Saya telah dijemput oleh aunty Zuraida (kalau anda semua tak ingat, boleh refer entri ini) untuk menghadiri press conference myChef. Walaupun jemputan diterima lambat, tapi sempat jugalah saya hadirkan diri.
Press conference ini adalah bersempena upacara tandatangan kontrak baru myChef oleh chef-chef selebriti (Chef Ismail, Chef Florence Tan, Chef Zam, Chef Liza) dan yang terbaru, Chef Ezani. Chef Ezani adalah pemenang Masterchef musim lalu.
myChef mengeluarkan produk makanan segera dan berkhasiat untuk pasaran tempatan. Banyak jenis lauk yang ada yang hanya perlu ‘dimicrowavekan’ sebelum dimakan. Harga pun kurang daripada RM10 untuk portion 3-4 orang.
Saya sempat bertanya kalau produk ni akan dipasarkan di luar negara atau tidak, katanya mungkin ke Singapore & Brunei dalam masa terdekat ni. Sebenarnya kalau diikutkan, boleh je dieksport ke negara Eropah seperti Jerman atau mungkin Russia. Paling tidak pun, ada market pelajar Malaysia di sana :p wow. Memang syurga untuk student kita di perantauan kalau produk macam ni ada di sana.
Selain tu, rupa-rupanya ada takdir yang lebih besar menanti saya pada hari ini. Dapat bertemu semula rakan baik ketika di bangku sekolah rendah dulu. Siapa tak kenal dengan Aizul Marcello kan? Banyak cerita antara kami berdua dulu. Memang havoc. Tak cukup satu entri kalau nak cerita. hehe..

Apa-apa pun saya dah book photoshoot percuma kat studio dia di Shah Alam. hehe.. Tak sabar nak photoshoot. Manalah tau lepas ni ada modelling agency hire pulak kan.





Comments
23 responses to “Dr. Ezani Farhana Kini Bersama myChef”
assalammualaikum sememang nya terjamin…halal,sedap dan sangat2 membantu sekiranya utk travel jauh….kesedapannya dijamin…..alhamdulilllah…..terasa……sampai ke perut…saya syorkan supaya cuba…..insyaallah
nanti aku beli la nak bwk balik islamabad. hehe :)
Ezani ni kawan sekolah wife saya.
Bro nk buat photoshoot srg2 je ke? Buat je photoshoot prewedding nnt. hehe
haha.. prewedding apanya lama lagi.
Memang rezeki dia la..doktor gigi aje pendapatan dah besar..tambah lagi dengan masterchef pulak..sekejap aje die ni aku rase mesti jadi jutawan
best la ko yekkk. hehe..
wah hebat chef dr ezani ni..tahniah :)
chef ni sekadar promote barangan mychef ke? tapi bagus la
Wah yang didalam gambar semuanya otai-otai chef yang biasa keluar tv. Boleh gelar mereka chef selebriti.
untung dia,dahla doktor gigi,juara masterchef pulak…bukak kedai makan kat bawah,kat atas bukak klinik…masyuuukk
katanya kontrak 3 tahun dengan mychef. so kena hold career kedoktoran tu dulu
minat mengatasi segalanya
Baguslah kalau ada usaha2 yang macam ni…kita blogger boleh tolong promote kalau ada jemputan.
1st time tgk produk mychef.. Macam best jer..
Bestnya dpt org pakar masak ni… dpt mkn sedap2…
Bro, kalau lu jd model.. Mmg terbakar ae beb.. Hahaha
haha. aku tau. confirm punya
Untungnya dapat jumpa semua chef selebriti. Tak dapat sampel percuma ke?
dapat2. ada dalam peti sejuk tu. tak try lagi
tak pernah dengar pulak nama myChef ni..
Makanan yang berkhasiat tidak akan menggunakan microwave
untuk memanas atau memasak.. Mengundang risiko penyakit
kanser..
not sure about that though. kalau kena kanser dah lama orang ban =)
Orang skrg tidak kesah itu semua.. yang penting mereka rasa mudah jika ada micro.. gelombang micro penyebabnya.. Cuma jgn selalu guna.. =)
memang makanan segera macam tu adalah carcinogenic.macam kentang goreng,sosej dan sewaktu dengannya…