Musim pengundian untuk Malaysia Social Media Award akan tamat pada 6 Febuari. Ini adalah usaha terakhir saya meraih undi untuk anugerah Upcoming Blogger of the Year dan juga sponsor blog.ariff iaitu Denaihati sebagai Best of the Best Blog of the year.

Kenapa Denaihati layak untuk anugerah Best of the Best Blog of the year?
- Sebagai blog personal, Denaihati adalah no. 1 untuk trafik dari Malaysia dan pernah tersenarai dalam top 100 (kini ranking ke-106).
- Hadiah untuk contest yang diadakan di blog Denaihati adalah yang termahal, termewah dan lumayan. Saya sendiri pernah menang iPad 2 daripada Denaihati dan kini dalam peringkat terakhir contest gadget impian yang menjanjikan sebuah MacBook Air kalau menang.
- Dari segi kewangan, blog.ariff mendapat sponsorship yang cukup solid daripada Denaihati. Sangat dihargai.
- Sebagai salah seorang penulis jemputan di Denaihati, kemenangan Denaihati adalah kemenangan saya. Jadi sebenarnya secara tidak langsung, saya sedang bertanding untuk 2 buah kategori.
Cara mengundi
- Pergi ke Social Media Award page
- Register (kurang dari 2 minit)
- Undi denaihati.com
- Jangan lupa undi saya sekali XD
Oleh itu, kepada belum mengundi, harap dapatlah membantu Denaihati untuk mendapatkan anugerah tersebut. Entri ini adalah testimoni terhadap keyakinan saya bahawa blog Denaihati layak ditabalkan sebagai pemenang anugerah Best of the Best blog 2012.
Terima kasih kepada semua yang telah mengundi saya dan bagi pihak Denaihati, ribuan terima kasih juga atas undian anda.

Comments
12 responses to “Denaihati untuk Best of the Best Blog of the Year!”
dua2 calon ni mmg layak mng. goodluck bros!!
Denaihati dan Ariffshah layak untuk Juara… Tahniah Bro…
Assalammualaikum.. Muna dah vote untuk abg ilham..abg ariffshah dan abg amanz :) semoga berjaya ok? :)
aku dah vote korang berdua.. gd luck utk semua…
Good luck bro berdua..dah undi
dah jadi finalist tu dah cukup baik :)
Selamat, brother… saya harap saya bisa seperti itu… keep blogging
Bila dah tersenarai umpama dah menang tu….tahniah buat kalian
memang selayaknya DH dan ariff menang,,,,
blog yang layak dan patut menang..
Sokongan terus diberikan moga blog bro berjaya. Nanti buat entri khas.Gud luck bro
Masih lagi boleh raih undi. :-)
Undilah DH kepada yang belum berbuat demikian..