Dah masuk hari kedua demam tapi masih degil nak jumpa doktor. Tak tau macam mana boleh demam, takde pulak meredah hujan minggu lepas. grr… Nak buat apa-apa pun tak jadi. Tulis advertorial pun tak dapat.
Leceh sebenarnya nak pergi jumpa doktor ni. Kalau pergi klinik kerajaan, faham-fahamlah jaraknya yang jauh daripada tempat tinggal. Prosedur pun leceh. Tu belum lagi cerita nak tunggu giliran. Yelah, klinik free, sentiasa ramai orang.
Pergi klinik swasta pulak, macam biasa kenalah standby duit. Kalau bekerja, okaylah sebab ada company bagi benefit dan boleh claim. Yang belum dapat kerja/masih mencari kerja ni semua kena tanggung sendiri. Paling kurang RM50.
Padahal demam selsema biasa je. Jadi solution paling senang, pergi farmasi, minta dia ubat demam selsema. Brand biasa yang ada Panadol CF ni la. Ubat ni memang kasi mengantuk, jadi janganlah makan kalau nak keluar pergi mana-mana. Kalau dah makan ubat ni dan masih lagi berlarutan, mungkin boleh dipertimbangkan untuk jumpa doktor.
Sekian tips daripada saya yang demam, takde mood dan malas nak pergi klinik. Doakan supaya cepat sembuh.


Comments
29 responses to “Demam Tapi Tak Nak Jumpa Doktor”
kalau aq turun jer padang terus sampai kuar peluh..tapi xtaulah hasilnya memberangsangkan ker x..haha..sbb slalunya aq mmg buat camtu kalau demam.
bro kalau demam cuba guna asam jawa.. jimat pun jimat..
campur kan air sikit dengan asam jawa tuh, pastuh balut dengan kain.. sebelum tidur letak atas kepala, sampai bangun tidur…
jgn risau kalau kepanasan masa tidur. sbb tuh disebabkan asam jawa tuh.. InsyaAllah.. elok demam..
dah sihat ke belum?semoga sihat dan boleh membuat kerja yang lain :)
Alhamdulillah sihat dah
semoga cepat sembuh… dah makan ubat tidur jer lah…
sama perangai mcm aku…kalau demam memang susah nak pergi ke klinik…kalu pergi pon sebab nak minta MC
kalau masih lagi tak elok, pergilah jumpa cik nurul.hehehehe
aku tak demam. masalah aku, susah nak tido malam aje sekarang.
ko kena makan pil tido. senang sikit
get well soon bro..ko minta AE belanja klinik la kalau tak baik jugak..hehehe
hahahaha… first time dengar minta belanja pegi klinik
Minum air suam banyak-banyak kerana ni dapat stabilkan suhu badan yang panas. Kalau badan dah rasa ok skit, pergi jogging keluarkan peluh. Rasanya lebih cepat sembuh…
banyakkan minum suam dik :)
mudah2han cepat sembuh :)
lain kali meh jumpa gua,gua supply free saga..hik him
hahaah.. betul gak. lain kali cari ko je kalau nak ubat apa-apa
Get well soon.
Panadol ni jgn diamalkan sgt brother.. Ada serai ketuk sebatang dua dan rendamkan dalam air panas suam + madu. minum.. insyaAllah kurang ler tuh nanti
Eh, bukan bro Ariff dah kerja ke? Kompeni takde klinik panel ke?
Kalau tak nak pergi klinik takpe, cuma tak dapat la nak MC kan kalau dah kerja. Hehe~
Dah stop kerja hari tu. Kini dalam proses peralihan
try penadol soluble bro. Saya kalo selsema minum ni je.. Pas tu rest dalam selimut bagi berpeluh.. hehe
Aisyey moga cepat sembuh , puanbee pun demam tp tk pergi klinik , malas juga ..
tapi anak2 demam bawak pg klinik , hubby demam bawak juga , cuma diri sendiri agak tk suka pergi klinik , balik2 ubat dia sama je .. kan ..
mmg lah leceh nk g hospitak kerajaan …
tapi dah 2 hari demam tak baik .. lebih baik g jumpa doktor takut apa2 jadi kan … apa2 pun semoga cepat sembuh ^__^
Itulahkan, di situ kita nampak betapa ‘rezeki’ itu bukan hanya pada wang dan material yang memberi kesenangan pada kehidupan. Kesihatan itu juga antaranya. Bila tak sihat, wang juga boleh mengalir keluar. Hargai 5 perkara sebelum tiba 5 perkara. Waktu kecik dulu, klinik kerajaan memang tumpuan saya dan keluarga bila ada masalah kesihatan. Dari batuk, demam dan cabut gigi, semua klinik kerajaan. Kecuali ‘dsperate’ sangat. Macam kes adik terkena air panas. Namun syukur anak-anak sekarang bertuah, sakit sikit gi panel. Ubat makan main-main. Sampai kadangkala ubat berlambak-lambak. Kekadang tong sampah makan. Selalu juga ngomel. Banding masa saya kecik-kecik dulu. Mereka kurang menghargai.
semoga cepat sembuh, kalau berlarutan pergilah jumpa doktor… kesihatan penting kot
Kalau simtom demam biasa tak apa jangan simtom demam disebabkan lain perlu mendapat diagnosis daripada doktor.
Ada ubat selsema yang tidak mengantuk ada dijual dan boleh didapati di farmasi. Saya tidak boleh hendak kongsi nama ubat tersebut kerana etika.
Sebaik-baik pergilah jumpa doktor walaupun 1001 kali alasan pun kerana demam ini akan memberi kesan jangka masa panjang dikemudian hari yang lebih serius berpunca demam. Sekali lagi saya tidak boleh kongsi disini kerana etika.
get well soon bro…demam rindu awek rusia ke bro?
demam selsema ada orang ckp elok pekene sup panas2.. sup ayam ke, sup daging ke, kuetiaw sup ke.. lapar plak.. haishh..
semoga cepat sembuh :)
boleh bygkan macam mana rasa ketidakselesaan badan time demam…duduk x kena, baring x kena…
get well soon! kene cukup rest n minum air suam bebanyak kalo taknak gi jumpa doc k =)