Daftar LHDN Kalau Nak Beli Rumah

Baru kerja dan basic gaji rendah. Perlu ke daftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)? Dalam entri ni saya nak kongsikan sedikit tentang LHDN khas untuk golongan yang baru bekerja macam saya. Mungkin ada yang boleh tambah untuk pengetahuan bersama.

Kalau nak beli rumah sekarang ni perlu ada akaun LHDN. Kenapa? Sebab sekarang nak jual rumah ada Real Property Gains Tax (RPGT). Cukai ni dikenakan kepada keuntungan yang dijana oleh pemilik yang menjual hartanah yang dimilikinya sebelum 5 tahun dia memiliki hartanah tersebut.

Maksudnya macam ni, apartment Shah Alam yang saya beli tahun ni, saya jual lepas tiga tahun. Harga jual let’s say RM120,000. Jadi keuntungan yang dibuat ialah RM120k – RM90k = RM30k. Cukai yang dikenakan ke atas keuntungan (RM30k) adalah 5% atau RM1500. Jadi RM1500 tu kena bayar pada LHDN.

Tujuan RPGT ni adalah untuk mengurangkan spekulasi, tapi kalau setakat 10% tu, pelabur hartanah tutup mata je bayar. Biasanya mereka buat untung puluhan ribu daripada kaedah flipping. Pada pendapat saya, memang tak efektif.

Kepada golongan yang baru bekerja, take note. Daftar je terus dengan LHDN walaupun anda tak termasuk dalam golongan pembayar cukai (berpendapatan sebulan RM5,000 dan ke bawah). Nak beli rumah nanti senang. Bila lawyer minta nombor cukai pendapatan, dah ada. Boleh cepatkan urusan.

19 Comments