
Baru kerja dan basic gaji rendah. Perlu ke daftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)? Dalam entri ni saya nak kongsikan sedikit tentang LHDN khas untuk golongan yang baru bekerja macam saya. Mungkin ada yang boleh tambah untuk pengetahuan bersama.
Kalau nak beli rumah sekarang ni perlu ada akaun LHDN. Kenapa? Sebab sekarang nak jual rumah ada Real Property Gains Tax (RPGT). Cukai ni dikenakan kepada keuntungan yang dijana oleh pemilik yang menjual hartanah yang dimilikinya sebelum 5 tahun dia memiliki hartanah tersebut.
Maksudnya macam ni, apartment Shah Alam yang saya beli tahun ni, saya jual lepas tiga tahun. Harga jual let’s say RM120,000. Jadi keuntungan yang dibuat ialah RM120k – RM90k = RM30k. Cukai yang dikenakan ke atas keuntungan (RM30k) adalah 5% atau RM1500. Jadi RM1500 tu kena bayar pada LHDN.
Tujuan RPGT ni adalah untuk mengurangkan spekulasi, tapi kalau setakat 10% tu, pelabur hartanah tutup mata je bayar. Biasanya mereka buat untung puluhan ribu daripada kaedah flipping. Pada pendapat saya, memang tak efektif.
Kepada golongan yang baru bekerja, take note. Daftar je terus dengan LHDN walaupun anda tak termasuk dalam golongan pembayar cukai (berpendapatan sebulan RM5,000 dan ke bawah). Nak beli rumah nanti senang. Bila lawyer minta nombor cukai pendapatan, dah ada. Boleh cepatkan urusan.

Comments
19 responses to “Daftar LHDN Kalau Nak Beli Rumah”
Hmmmm….bagaimana dengan bayar RPGT tu dapat kurangkan speculator dan dapat kawal harga rumah daripada melambung-lambung? Sungguh pelik. Heeeee
oo daftar je walaupn tak termasuk golongan pembayar cukai eh?
Yes daftar je
betul. x efektif! dan harga rumah pon terus melambung naik
Assalamualaikum Ariff Shah,
Nak tanya x? Kalau belum apply kerja n masih belajar sebagai medical student skrg, bolehkah permohonan borang ni nak beli rumah?
Kalau jugak, orang OKU boleh permohonan borang ni x?
Thanks..
sekarang pendapatan tetap masih belum ada lagi..keinginan untuk memiliki rumah sendiri memang terasa kuat sekarang ni..hehe
kalau belum bekerja boleh apply jgk ke? hehehe
Belum bekerja rasanya takde masalah nak apply LHDN. free je
bukan gaji lebih RM2.5k baru kena daftar ke? limit dah naik ke?
thanks for the info
dah naik untuk tahun depan. Diorang umum masa bajet hari tu
ooo…baru tau pasal limit baru nih…thx for sharing bro…
nak tanya.. if dah penah bekerja (ada KWSP)
tapi sambung belajar…
dengan duit biasiswa… bawah RM2500…
boleh ke apply?
Tak pastu tapi rasanya takde masalah sebab masa saya daftar untuk e-filing LHDN hari tu, belum lagi bekerja
thanks.. nak apply LHDN..online pun boleh?
Boleh. Tak pasti kat mana nak kliknya, tapi memang online
terima kasih atas info – :)
Bagus info ini. Persediaan masa depan.
Tak ramai gologan muda dan berpendapatan rendah mahu bukan fail LHDN alasan tidak layak. Kalau bukan akaun LHDN masih lagi tidak perlu bayar cukai kalau tidak layak.
Saya ada akaun cukai dari day 1 bekerja daripada tidak layak bayar cukai sehiggalah melepasi tahap minimum untuk bayar cukai.
Yup. setuju dengan ariff. Jika sudah bergaji rm 5k ke atas kenala byr. Tp seingat sy, time sy baru kerjapun dah kena byr wpn gaji xcecah rm 5k lg. so how? nak kena tanya lhdn ni