Pada pandangan aku, sekarang adalah waktu yang sesuai untuk menceburkan diri dalam pelaburan silver (perak). Harga silver sekarang adalah dalam lingkungan $30/oz, jatuh setelah beberapa bulan sebelum ni berada dalam linkungan harga $40-$50 /oz.
Maksudnya, untuk harga silver mencecah semula pada paras $40 tu (~ 30% kenaikan) adalah tak mustahil sama sekali. Kalau orang tanya aku bila nak beli, maka aku jawab tunggu bila harga kurang daripada $30/oz, barangkali dalam lingkungan $25-$27, tapi lagi bagus kalau lebih murah kan?
Range harga ni memang tak jauh lagi dah dan aku rasa berkemungkinan besar harga silver akan jatuh pada paras tersebut pada bulan hadapan. Kenapa? Sebab kegawatan ekonomi dunia semakin hampir dan semakin dinanti-nantikan oleh pelabur.
Kenapa pelabur suka kegawatan ekonomi?
Soalan yang agak tak logik, mungkin kejam tapi itulah hakikatnya. Jawapannya mudah, banyak peluang keemasan terbuka luas di sana sini sekiranya anda pandai dan cekap untuk mencari peluang tersebut
Contoh paling mudah, bila ekonomi jatuh, macam-macam saham jatuh. Mungkin saham syarikat penerbangan akan jatuh sebab kekurangan pelanggan dan mungkin saham syarikat penerbangan tambang murah pula akan naik sebab semakin ramai orang mula mencari alternatif lain yang lebih murah.
Bergantung kepada strategi dan kajian kita pada sektor-sektor yang mungkin menenerima tempias yang besar daripada kejatuhan ekonomi, kita boleh merebut peluang tersebut untuk membuat sedikit keuntungan.
Kejatuhan ekonomi wajib diselamatkan dan penyelamatnya adalah kerajaan. Selagi ada kerajaan yang stabil di dunia, selagi itulah mereka akan bertungkus lumus untuk menyelamatkan ekonomi.
Apabila ekonomi bertambah baik (biasanya dalam lingkungan satu hingga tiga tahun), saham yang dibeli pada harga murah tadi akan naik berkali-kali ganda.
Aku bukanlah pakar, tapi ini hanyalah logik mudah yang ramai tak nampak. Idea ini pun diambil daripada pembacaan blog-blog trader yang berpengalaman.
Pelaburan Silver 2011-2012

Mengikut pembacaan aku di forum-forum Forex, ada yang menjangkakan silver boleh naik sehingga mencecah $75/oz pada penghujung tahun hadapan. Lumayan kan? Kalau dapat beli pada harga $25, boleh dapat 3 kali ganda keuntungan.
Mungkin $75/oz agak jauh, tapi kalau dapat sampai $50/oz pun memang cukup banyak dah. Terpulang pada korang, aku dah kongsikan apa yang aku tau melalui pembacaan aku, boleh ikut kalau rasa nak mencuba.
Apa yang penting sekarang, mula kumpulkan modal. Bila ada modal, barulah boleh cerita lebih sikit, betul tak? Tak perlu banyak pun, untuk pelaburan silver, RM 1000 dah boleh dapat 250 gram. Cukup banyak untuk mereka yang baru nak start.
Kalau sesiapa ada twitter, boleh follow tentang perkembangan emas dan perak di sana. Biasanya aku akan retweet apa-apa penting yang berkaitan kalau ada.
Dan kalau ada modal dan inginkan pengetahuan yang lebih tentang pelaburan silver, boleh beli ebook yang ada melalui banner di blog ni. Pengetahuan macam ni memang tak ternilai untuk jangka masa panjang.

Comments
35 responses to “Nak Cuba Melabur Dalam Silver”
salam,sy ingin bertanya bagaimana nk membeli perak itu dan kemudian menjualkannya kembali..
BIasanya jual sesama trader melalui Facebook. Tak susah pun cari buyer. Mungkin boleh minta tolong ajen/individu yang jualkan silver pada kita dulu.
Kalau beli dengan syarikat seperti Public Gold, mereka ada jaminan buyback. Memang takde masalah kalau beli produk mereka.
Very helpful post man, thanks for the info.
salam ariff
klu dapat…mintak explain pasal pelaburan emas…mintak bro ariff explain macam ko explain pasal isu kejatuhan dollar US tuh…senang paham skit…hehehe
sebenarnya sangat berminat nak ceburkan diri dalam pelaburan emas…tapi tak tau cara n takdapat info yang menyeluruh
popular betul silver sekarang ye.. :)
Nak kumpul skit modal melabur dalam silver ni
i did purchase 250gm silver masa CNY lepas dpt rm888, sakng dah naik tpi mmg saje nak simpan utk long term…
harg tgh rendah ni jgn lepaskan peluang…
beli sket2 by month , leh buat ‘cost-averaging’
nice. Good price dah tu, just wait till next year.
salam. saya pon ada baca pasal pelaburan emas ni. ni semua gara2 dikatan us dolar semakin kukuh dan emas turun. hakikatnya, us dolar naik turun pun, emas semakin meningkat tp kadang2 jatuh sikit tu biasala. may be silver sebagai alternatif memandangkan orang dah fikir agak mahal nak labur emas ni. tak salah mencuba.
Betul tu. Kalau ikut kira2 kenaikan kecil pun dah besar percentage. Tak macam emas.
Kalau kita pandai.. mmng boleh wat duit kan.. Good investmnt nie ;p
Insya Allah,bila dah dapat ‘bonus’ nanti,aku pun memang nak melabur dalam silver ni.emas tak berapa nak mampu la :p
wow. bonus tu..
pehhh!!! baca forex
Baca.. jangan tak baca. Ilmu tu.
memang saya galakkan beli Perak, tetapi saya selalu tekankan
bahawa Emas dan Perak bukanlah satu Pelaburan. Ianya satu Penyimpan Nilai. (ini pendapat saya yang tak pandai)
rezluv – trend tu bukan juga sebab orang ramai sudah mula sedar kenapa KENA beli PERAK. Mereka kini lebih educated dan bija membuat pilihan sedangkan dulu kita lansung tiada pilihan.
PERAK memang berpotensi tinggi, malah lebih tinggi drpd PERAK.
Tak percaya ? Kita tunggu Bulan May 2012. (5 bulan lagi)
maksud tuanbri PERAK memang berpotensi tinggi, malah lebih tinggi drpd Emas lah kan. hehe..
Dulu saya terlambat sampai silver naik harga, tapi sekarang dah turun balik, memang tak akan lepaskan peluang.
Cayala Bro Ariff
btol!! silver tgh murah rite now.. silalah beli..
Wahhhh.. madam pon dah pandai citer pasal ‘Perak’ rupanya..
Kalau ada mahu juga labur emas dan perak sebagai pelaburan jangka masa panjang
Sebenarnya jangkamasa pendek pun boleh untuk silver sebab harga masih murah. Do the math.
Contoh: Beli masa harga ~ $30/oz
Then minggu depan harga naik jadi $33/oz
Kan dah 10% tu. Lebih banyak daripada ASB.
bila perak dalam tangan. kemana hendak jual? kalau nk kira 30 poie 33 oz. kira oke la 10% kalau spread orang amek 5 %. setengah orang beli barang pandai, nak kira untung pakai mata kasar.
Sebenarnya tak susah pun nak trade benda2 ni. Banyak dah group/page facebook untuk trade gold dan silver. Dan contoh 30-33 tu aku nak cakap kenaikan 10% tu sekejap sangat, dalam seminggu dah dapat. Terpulanglah nak jual ke tak bila naik 10%, tu semua preference sendiri dalam pelaburan.
nampaknya investment silver dan emas ni dah macam menjadi trend skang ni..sampai aku pun rasa terpengaruh nak masuk nanti..:D
Aku memang dah terjebak dah, member ramai dalam bidang ni. hehe
best gak ni.. nak study gak bab silver lepas ni.. harga makin turun, cari masa yg sesuai utk beli..
tuhla..haritu pun denaihati syorkan melabur dalam perak…Umm,nak melabur tapi duit skangni digunakan utk renovate rumah….
Modal 1k pun dah cukup bro.
Tapi apa-apa pun, jangan sampai buat loan pulak semata-mata nak melabur. Bahaya tu…
p kan Bro ariff, buat loan, and pandai menguruskan dana tu, tidak mustahil untuk mendapat keuntungan :)
Belajar dgn yg Otai
Tunggukan syarikat pelancaran syarikat jual beli Silver terulung di Malaysia akhir bulan Oktober. Insyallah syarikat ini akan dapat menjadi platform kepada pelabur atau trader silver 1Asia.
bro DH terlibat sama x dlm company ni nnt?
yup. Memang DH terlibat nanti.
kalau dah terlibat mesti makin masyuk lepas ni :D
A’a br teringat, jaws ada bagi tau jugak pasal ni. memang kemas Silver nya