Coastal 10%

Reading Time: < 1 minute

Objektif pelaburan: Seminggu minimum 8%. Yosh!

Coastal ni saya dah lama perhatikan sejak minggu lepas lagi. Kes sama seperti entri mega sale saya, saham dia tengah murah.

Syarikat biasanya berkembang dari tahun ke tahun. Jadi bila harga saham mereka jatuh disebabkan sentimen pelaburan pada masa tu tak menentu, tak semestinya bermaksud nilai syarikat yang sebenar jatuh. Selagi tiada berita buruk yang spesifik mengatakan syarikat tu teruk, kita boleh anggap mereka masih lagi mempunyai kekuatan yang sama.

Jadi bila harga saham mereka jatuh hampir mencecah paras terendah dan kali terakhir menghampiri paras tersebut adalah lebih daripada 2-3 bulan yang lepas, ia dilihat sebagai peluang untuk membuat sedikit keuntungan. Daripada pembacaan carta, kita boleh membuat perancangan untuk exit point (sekiranya analisis kita salah) dan take profit point (ikut selera anda).

Kalau tengok dalam chart, harga mencecah sehingga 1.92, atau menghampiri 50 MA (moving average). Rugi tak jual masa tu sebab ingat nak naik lagi. Kena disiplin lepas ni, untung banyak je terus jual. Tak boleh tamak.

Kepada yang nak belajar dan mula trading, boleh baca topik Investment Basics di laman web Bursa Malaysia. RAMAI pelabur di Bursa Malaysia yang saya jumpa tak tau dan tak pernah buka laman web Bursa. Baca dan fahamkan semua yang ada kat situ.


Posted

in

by

Comments

24 responses to “Coastal 10%”

  1. Akak Tulip Avatar
    Akak Tulip

    Belum berkesempatan cari buku yg kamu syorkan. Dlm hati ni masih tak yakin tapi insyaAllah buat masa ni follow dulu kata remiser. Buat permulaan,adakah kita simpan saham utk jangka masa pjg lebih baik? Bila bertukar-tukar pendapat dgn office mate, byk yg kata rugi kalau x simpan lama. Tp akak rasa mcm nak hold 2-3 hari,kemudian jual.sbb nak mengurangkan risiko.

  2. Oidre Avatar

    Belum Paham sepenuhnya dengan bermain saham.. :'( Masih dikatakan Newmbie. perlu banyak belajar lagi…

  3. Akak Tulip Avatar
    Akak Tulip

    Sgt takut-tp buat2 cool-haha- sbb xtau bila time sesuai nak jual. Ikut je rentak org bank yg jd org tgh.

  4. AkakTulip Avatar
    AkakTulip

    Salam ariff.selalu akak jd silent reader jek. Tp kali ni mmg nak discuss dgn minta pndgan la. Akak dah ‘terjebak’ dlm saham.haha.br buka akaun cds ni tgh tgu client code. Family in law yg byk suruh join. Masalahnya akak zero ni. Ada modal dlm 20k. Takut.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Ok. Akak relax dulu. Cari bahan bacaan or belajar from family in laws. Banyak tu. Kalau tersilap langkah, memang bahaya. For a start, buku azizi ali pasal saham not bad, dalam tu just basic. Sesuai untuk yang baru belajar.

  5. Sara Avatar

    Rasa susah sgt nak paham pasaran saham ni. Kalau nak main kene ada remiser yg betul komited. :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau belajar sendiri tak perlu dah harap remisier

  6. Nazrihe rules Avatar

    8% seminggu.. cantik target tu. Kena ada set of rules & follow the rules. Bkn sng nak sabarkan diri bila tgh untung.

  7. ReM Avatar

    Coastal is a good stock with good business model. Now price dips, should go in.
    f

  8. azydy Avatar

    ilmu kalau takde..tak payhlah main saham ni..susah nak estimate..

  9. Master Zuheir Avatar

    perghh pelaburan lagi eah bro.smart3

  10. Ekspresi Ruang Avatar

    blom sampai seru nak buat pelaburan yg byk bermain dgn spekulasi ni.

  11. boni Avatar

    pergh!! terbaik bro.. kalau nak terjun dalam bidang ni, aku kena mantapkan ilmu2 pelaburan dulu…

  12. Sya Isya Avatar

    Sya tengok graf emas je setakat ni. belum belajar pasal saham lagi :D

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      graf lebih kurang je sebenarnya

  13. Orang Kampung Avatar

    Assalamualaikum..apa tips2 awal utk berjinak2 dgn saham ni…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Baca link kat Bursa Malaysia yang saya bagi tu

  14. Wizurai Avatar
    Wizurai

    nak tengok chart tu kat website mana ye?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Guna software chartnexus

  15. azriMy Avatar

    wah, pening dah :p

    jemput komen entri latest kat blog, need some opinion..

  16. azman Avatar

    Dari dulu mmg tak faham baca graf tu..lepas ni boleh buat tutorial pasal saham..mesti ramai newbie yg nak belajar.

  17. muazfaris Avatar

    no komen, hakhak

  18. daddydee Avatar

    Ilmu mmg kena mantap dulu baru berani nak main saham ni…

    Thanks for info.

  19. penowo Avatar

    jadi apa tips aman buat melabur bang,,,