
Jangan terkejut kalau ternampak igloo besar warna putih di tengah-tengah shopping mall masa tengah panas macam sekarang ni. Walaupun cuaca di luar panas, tapi dalam igloo tu memang best. Sejuk jer. Lagi sejuk daripada aircon dalam shopping mall.
Last weekend saya melawat Clear Igloo di Icy Cool CLEAR Wave roadshow yang bertempat di The Curve, Mutiara Damansara. Event ini juga adalah bersempena pelancaran rupa baru syampoo anti kelemumur CLEAR Ice Cool Menthol.
Okla.. info sikit pasal penjagaan kulit kepala dan rambut. Di Malaysia ni, masalah utama berkaitan kulit kepala bagi lelaki adalah kelemumur. Kelemumur adalah petanda kulit kepala anda tidak sihat.
Kulit kepala golongan lelaki mempunyai lebih banyak kelenjar sebum dan ini menjadikan kulit kepala mereka lebih lemah berbanding wanita dan cenderung kepada masalah kelemumur. Jarang kita dengar perempuan ada masalah kelemumur.
Oleh sebab itu juga lelaki dan perempuan ada produk syampoo masing-masing. Boleh je nak gunakan syampoo perempuan, tapi kalau anda mempunyai masalah kelemumur, mungkin kurang efektif.
Syampoo anti kelemumur CLEAR dengan teknologi Nutrium 10 adalah penyelesaian yang berkesan kepada masalah kelemumur dan juga pelbagai lagi masalah kulit kepala yang lain. Syampoo ini membantu menjadikan kulit kepala anda sihat, selain dapat memberikan kesegaran kepada pemakai.
Dengan bantuan International Academy of Dermatologi (IACD), CLEAR telah berjaya merumuskan formula yang mampu menghapuskan masalah kelemumur, membekalkan nutrien kepada kulit kepala dan mengembalikan kulit kepala kepada keadaannya yang asal. Ini sekaligus menjadikan CLEAR sebagai pakar dalam penjagaan kesihatan kulit kepala untuk lelaki dan wanita.

Pilihan saya adalah Cool Sport Menthol, sesuai dengan gaya hidup saya yang aktif. Saya basuh rambut sekurang-kurangnya seminggu sekali, kalau lebih tu tengok keadaann la.
Dan kesan daripada penggunaan syampoo CLEAR selama ini, skor untuk tahap kesihatan kulit saya adalah 8/10 – memang sihat. Pengujung ke CLEAR Igloo akan diberikan pemeriksaan kulit kepala secara percuma dan serta nasihat tentang penjagaan kulit kepala oleh pakar di sana.


Selain tu, ada Refreshing Zone di mana pengunjung akan dihidang dengan minuman yang menyegarkan. Nasib baik tengah puasa, kalau tak memang dah try semua minuman yang ada.
Last sekali ada Cooling Zone di mana anda boleh mengambil gambar dengan polaroid untuk disimpan sebagai kenangan. Gambar ini juga boleh digunakan dalam contest yang sedang berlangsung di page CLEAR Malaysia.
Kepada yang nak merasa pergi ke Korea, cuba nasib anda dengan menyertai contest di laman Facebook CLEAR Malaysia. Tak susah.. Upload je gambar menggunakan app yang disediakan dan anda dan pasangan anda berpeluang untuk memenangi percutian 5 hari 4 malam ke Korea Selatan selain daripada hadiah saguhati berupa 5 x iPad Mini.
Follow page CLEAR Malaysia untuk mengetahui bila dan di mana roadshow Icy Cool yang seterusnya akan berlangsung.

Lastly, orang tanya, kenapa igloo? Kepada yang dah masuk ke dalam igloo tersebut, anda akan merasai sendiri kesejukan dan kesegaran di dalamnya. Boleh santai-santai sambil menikmati minuman yang menyegarkan. Samalah macam menggunakan produk syampoo CLEAR, lepas syampoo memang rasa sejuk dan menyegarkan. Badan rasa relax, kepala rasa ringan.
Check out video masa dalam igloo.


Comments
8 responses to “CLEAR Igloo di The Curve”
seminggu sekali biasanya. Tapi kalau terlupa..dekat sebulan lebih pun pernah baru nak shampoo. haha..
Not recommended tu bro. At least seminggu sekali
mmg menjadi amalam bershampoo waktu mandi.
saya suka pakai head n shoulders. rs mint tu mmg refreshing btol.
tp kalau difikir2 blk, no wonder kes2 kanser (nauzubillah) semakin byk zmn moden ni. waktu mandi je berapa kali sapu ngan bahan kimia. muka (facial), rambut (shampoo) apatah lg bdn (gel mandi).
masuk dressing room, ltk deo lg.
Boleh kena kanser ke macam tu?
Sudah menjadi rutin mengunakan shampoo kalau tidak kepala rasa gatal.
Samalah. Memang kena shampoo every week
saya jarang pakai syampoo. sebulan sekali jer pegi cuci rambut.. hahaha
at least seminggu sekali la bro..