Ciri Yang Perlu Dilihat Semasa Site Viewing Rumah

Reading Time: 2 minutes

Semasa site viewing kali pertama semalam, agak blank tentang apa yang perlu dibuat. Mujurlah ada dua peneman iaitu AE dan Brader Mil yang dah memang berpengalaman dalam pelaburan hartanah ni.

Dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa perkara asas yang perlu dilihat semasa site viewing.

Pertama, periksa suis semua suis elektrik termasuk kipas dan lampu. Pemilik apartment Seksyen 7 ni awal-awal lagi dah suruh handyman dia betulkan kesemua benda ni, jadi semalam nampaklah yang kerja-kerja membaik pulih dan menukar baru suis dan plug dalam progress. Jadi rasanya takde masalah sangat nanti.

Kedua, air. Check air keluar ke tak daripada paip. Kalau air keluar, tengok warna dia. Dan kalau boleh, flushkan tandas untuk memastikan yang ianya tak tersumbat.

Perkara lain yang boleh di-consider. Thanks to officemate abe Saiful

Ketiga apa? Kalau tanya AE dia mesti cakap (yang ni lebih kepada tips sebelum site viewing):

“Kalau agent tu perempuan, kamu check dulu agent tu dah kawin ke belum.”
– Macam mana nak check?
“Masa call tu, kamu tanya dia nak panggil dia ‘cik’ ke ‘puan’. Kalau dia jawab cik, pastikan orang yang kamu bawak masa site viewing nanti kurang ensem daripada kamu”

Dalam kes semalam, akak tu dah kahwin. So tips hartanah yang ketiga ni bolehlah diabaikan.


Posted

in

by

Comments

19 responses to “Ciri Yang Perlu Dilihat Semasa Site Viewing Rumah”

  1. Hafizul Avatar

    Haha..kelakar la AE ni…hhehe

  2. donnyien Avatar

    boleh dipraktikan tips ni nanti bila sudah bersedia. kalau menyewa tak penting sangat kot. terima kasih sudi berkongsi.

  3. Tho Ha Avatar

    Kalau untuk pelaburan hartanah saya rasa memadai dengan pemeriksaan yang saudara nyatakan, tetapi kalau berhasrat untuk tinggal menetap periksa sekali habitat bakal jiran anda.

    Masalah timbul apabila kawasan perumahan baru yang tidak tahu siapa jiran seperti yang berlaku kepada keluarga saya sekarang. Jiran saya suka siram pokok pagi dan tengahari. Kakak saya kalau dengar bunyi orang buka grill, cepat-cepat dia masukkan ampaian ke bawah atap.Kalau tak habis basah pakaian yang disidai turut disiramnya. Kakak saya gelar dia bomba sukarela. Positif lah jugak berbanding dia yang menggelar kakak saya penyangak terhormat. Bagi mengurangkan masalah tersebut, saya hantar sebahagian pakaian saya ke kedai dobi.

  4. hazman aka species1980 Avatar

    Kalau tips dari AE mesti ade unsur nak mengorat or tackle gadis remaja…..hahahahaha

  5. boni kacak Avatar

    tiba2 komputer ni hang masa baca tips ke tiga tu..hahahaha

  6. Lawrence Vision Avatar

    tips ketiga boleh praktikan lepasni kalau nak beli apa2 hehe

  7. Orang Kampung Avatar

    Kalau agent tu bujang…site viewing confirm tak menjadi…heeehee

  8. Encik Din Avatar

    haha.. lawak plak tips yg last tu. papepun nice post. berguna nanti

  9. zam Avatar

    tips last yang mantap … terbaik…. hahaha…

  10. abangensem Avatar

    “Awat hang reveal tips yang last tu?”

  11. akubiomed Avatar

    Hendak pecah perut baca tips terakhir dari AE. :-)

  12. Juan Avatar

    siot betullah tips last tuh, hehe

  13. cmratu Avatar

    check juga sudut dinding dgn lantai, macam rumah saya beli ni diding dgn lantai tak 90 darjah.. tak boleh rapatkan almari dgn dinding..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Error macam tu biasa sangat sebenarnya

  14. BK Avatar

    try duk situ? itu dah duduk dah tuuuu :)

  15. azriMy Avatar

    hahaha, AE bagi tips yang sempoi je

  16. Izwanyusof Avatar

    tip ketiga super win. ha3

  17. Anarm Avatar

    tips ketiga tu oleh sebab PAKAR yg ckp camtu, so boleh dikira penting jugak..

  18. Ekspresi Ruang Avatar

    tips ketiga mmg xleh blah. tp nk buat cmne, dh tu kata pakar. kena la ikut. hehe