5 Ciri Menarik Samsung Galaxy Note

Reading Time: 2 minutes

Samsung Galaxy Note akan mula dipasarkan di negara kita dalam masa terdekat ni. Ia tidaklah sekecil smartphone biasa dan tidaklah sebesar gajet yang ada perkataan ‘tab’ atau ‘pad’ di hujungnya. Konsep Samsung Galaxy Note adalah untuk menjadi gajet yang memenuhi keperluan kedua-dua gajet jenis iaitu smartphone dan tablet.

Dengan Samsung Galaxy Note, anda tidak perlu mempunyai kedua-dua smartphone dan tablet device, lebih menjimatkan dan menyenangkan betul tak? Tapi persoalannya sekarang, adakah Samsung akan berjaya? Berikut adalah 5 ciri Samsung Galaxy Note yang saya suka.

More info here

  1. 5.3 inci HD Super Amoled Display. Saya adalah pengguna Samsung Galaxy S dan amoled display untuk SGS memang cukup bagus. No doubt versi HD akan memberikan kualiti gambar dan video yang lebih baik.
  2. Kamera  8 megapixel. Satu kelemahan SGS adalah kamera 5 megapixelnya. Dengan upgrade ke 8 megapixel dan beberapa fungsi lain, rasanya semua orang boleh menghasilkan gambar seperti seorang professional.
  3. Bateri 2500 mAH. Untuk pengetahuan semua, bateri SGS adalah 1500 mAH dan masih boleh tahan sehingga ke malam walaupun dengan penggunaan yang berterusan. Kapasiti bateri yang lebih besar untuk Samsung Galaxy Note membolehkan anda menggunakan ia lebih lama secara berterusan.
  4. Full touch + S pen. Dah lama sebenarnya konsep pen stylus ni dilupakan oleh pengeluar smartphone dan kini dihidupkan semula. Saya sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana prestasi S pen ni pada Samsung Galaxy Note.
  5. Ciri ke-5? Sebab ia adalah Samsung. Dalam banyak-banyak brand yang membawa Android OS, aku rasa Samsung adalah yang terbaik.

Harga? I say sub RM2000. Maybe dalam RM1900 macam tu. Siapa yang akan bawa masuk? Tak tau lagi. Kita tunggu dan lihat. What do you think? Kalau ada bajet, nak beli tak?

[Update] Harga pre-order Samsung Galaxy Note 16GB adalah RM2299. Harga sebenar mungkin sama atau lebih sedikit daripada harga pre-order.

Dan ini adalah video unboxing Samsung Galaxy Note dalam Bahasa Malaysia.


Posted

in

by

Comments

39 responses to “5 Ciri Menarik Samsung Galaxy Note”

  1. k-rol Avatar
    k-rol

    nk tnya bleh x?input pen sama ke dgn input jari?kn klau zoom in/out guna 2 jari kn..so klau gna 1 jari + pen,dia zoom x?lg ms kita lukis/tulis nota guna pen,phone ni reject x jari?in case nk slide kiri kanan ms lukis/tulis..tq

  2. rex Avatar
    rex

    salam semua geng2..sy ade menjual hpon samsung note ni,,kalau nak pm sy atau call ya..harga rm2000 012-3607876…boleh COD n tengok dulu..new full box..

  3. akubiomed Avatar

    Saya tidak menjangkakan Samsung akan mengunakan Stylus dan pada sama ada skrin sesentuh. Walaupun tidak berpeluang untuk mengodek dan merasai kehebatan Samsung Galaxy Notes ini bagi saya tidak perlu adakan Stylus kerana penggunaannya adalah kecil dan tidak menjejaskan penggunaan apps. Saya suka simplify lebih baik dari Complicated.

  4. download movie baru Avatar

    menarik…tapi aku cam x suke je…hahaha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Semua orang ada citarasa masaing2 ;)

  5. Ekspresi Ruang Avatar

    suka dgn ciri tambahan S Pen tu. mmg memerlukan pen kalau nak btol2 precise navigation. ada ja button yg sgt kecil dan susah nk disentuh precise dgn jari.

  6. Sya Isya Avatar

    wah! menarik, tertarik. kalau ada duit memang ler beli

  7. Miss Meen Avatar

    Terima kasih memberi / membuka pandangan ttg gajet nie..
    ;) llallaaalalaa

  8. paihujey Avatar

    fungsi pen tu menarik..boleh tulis untuk short note..bleh crop gambar lagi..bleh letak software photoshop dah..hehehe

  9. Liyana Lunia Avatar

    memang cooliiawww, pagi tadi tengok ads dia pun dah mengalir air mata mahuuuu ! tapi itu lah, harga dia tak sesuai untuk student mcm saya uwuwuw =.=! batterynya tahan berapa lama?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Rasanya sehari setengah on heavy usage internet 3G. Kena tunggu result daripada org yang buat review

  10. Sham Hardy Avatar

    thank you bro pasal masukkan video un-boxing aku :D

    perlu banyak belajar lagi dalam buat video review :P

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Nak buat video review susah broo… Tengok dalam Youtube sume ok je sebab mat saleh ni memang dah buat banyak video. Kita masih baru dalam arena ni. Baby steps.. Lama2 nanti oklah

  11. […] (maklumlah kerja dah buat tadi) maka saya termasuk ke blog Ariffshah yang ada bercerita pasal 5 ciri menarik Galaxy Note ni.  Boleh refer gambarajah kat bawah […]

  12. bean moreno Avatar

    ko orang kedua yang meracun aku untuk beli benda ni

  13. Pacifista Avatar

    kamera 8 megapixel tu ok jugak :)

  14. naihusna Avatar
    naihusna

    oh tidak..seperti mengantuk disorongkan bantal..mmg bercdg nak beli S2..ade plak kuar yg baru..bleh consider ni..huhu..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      tunggu jelah sebab diorang akan buat roadshow besar-besaran untuk Galaxy note ni. Mana tau ada offer best2

  15. puanbee Avatar

    guna pen stylus tu mcm tak sesuai dengan orang seperti saya , ibu yang sentiasa dengan anak2 .. boleh hilang pen tu :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hehe.. dapat kat anak2 memang boleh hilang

    2. klcitizen Avatar

      saya pun setuju bab pen stylus tu. senang nak hilang, kecuali dia attach pd phone dgn rantai ke. :) apa pun sangat menarik le pulak gajet ini . telan air liur

  16. Lord Zara Avatar

    Setakat ni berpuas hati guna android sendiri.
    Isi markah pun guna phone je, online guna wi-fi sekolah, haha. Tapi tak dinafikan, kalau ada benda ni lagi mudah kan?

    Dan ya, Tab tu, aku agak er, kesian dengan kawan2 yg terpaksa call guna benda alah tu. Selalu tertinggal bluetooth punya device tu =.=”

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau tak tertinggal, lupa nak charge. Leceh..

  17. afiqaiman Avatar

    sekarang tengah guna galaxy mini je. samsung dulu org tak pandang tapi diorg bijak. kerjasama dengan google lepas tu hasilkan smartphone yang gempak. galaxy S2 contoh terbaik. ramai org akui S2 lebih baik dari smartphone lain termasuk iPhone.

  18. ivasaionji Avatar
    ivasaionji

    baru usha semalam kat Utube..dan tak sabar nak tunggu masuk malaysia..sebab saya seorang yg suka melukis dan edit gambar so saya mmg berkenan sangat ngan gadget ni..memang superb…memang tgh usha yg terbaik dari samsung..ramai gak yg kata baterinya kurang tahan,..sebab saya pengguna HP sepenuhnya..so saya harap hal bateri tu hanya dongengan..huhuhu…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Setakat saya guna ni, bateri ok je.. Kalau suka melukis tu, samsung galaxy note memang pilihan tepat.

  19. jeff Avatar

    Guna Galaxy Note boleh melukis atau baca ketika dok dalam jamban atau melepak minum kat kedai seorang2.haha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      tak reti langsung melukis..

  20. Noriz Avatar

    mahal ek… more pricey than galaxy tab… huhu

    akak yg malas nak praktiskan smartfon ni setakat amik berkat baca entry je lah…hehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Harga tu anggaran kurang professional saya je.. hehe

  21. eyriqazz Avatar

    Nampak macam menarik….compare dengan IPAD 2,pandangan bro,which one better?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      ipad 2 takde fungsi phone, jadi kalau naklebih nilai dari segi functionality, Galaxy Note better.

  22. KNizam Avatar

    rindu plak nak pakai stylus ni. hehe :)

  23. takky Avatar

    slalu ye kalau dh ade pen 2….
    org yg guna mesti tulisan lawa…
    sebab kalau x lawa, nty phone x kenal urup yg ditulis….

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Touch screen dulu dengan sekarang lain. Tu sebab aku excited nak tengok dia punya performance macam mana.

  24. Fazreen Avatar

    daripada apa yang aku baca review dkt engadget s pen tak berapa nak efektif sgt tp still boleh recognize hruf dgn baik kalau menulis dgn s pen

  25. FauziNor Avatar

    If aku ada duit,aku mahu beli boleh tambah galaxy family..

  26. Isu Panas Avatar
    Isu Panas

    wow.. agak menarik..
    bile blh pakai gak nieh..huhu

  27. Aqif Azizan Avatar

    Fungsi yang menarik. Integrasi 8 mega piksel kamera itu adalah fungsi yang aku suka kalau pakai smartphone. Yang kedua, kadar ketahanan bateri. Tidak pernah guna Samsung.

    Saiz kecil, superb. :D