
Dulu tertanya-tanya, kenapa strict sangat kat dalam kapal terbang ni? Macam-macam pantang larang kena ikut. Antaranya ialah:
- Kenapa beg mesti letak betul-betul bawah kerusi depan (jauh nak masukkan dan ambil balik) walaupun muat nak letak bawah kaki kita?
- Kenapa tak boleh bawa hand luggage melebihi 7kg?
- Kenapa dalam tandas tak boleh hisap rokok?
- Kenapa perlu ada cabin crew?
Setelah berkursus selama empat hari di pejabat, dapatlah jawapan untuk soalan-soalan ni tadi.
Pertama, beg letak bawah kerusi depan. Dalam keadaan kecemasan (kapal terbang biasanya akan menjunam ke hadapan) beg tadi tak akan menghempap kaki penumpang.
Bayangkan kalau rekabentuk ruang bawah tempat duduk tu membenarkan beg diletakkan di bawah kerusi sendiri, sudah pasti beg tersebut akan bergolek ke hadapan sekiranya kapal terbang dalam posisi sedang menjunam.
Kedua, hand luggage yang terlebih berat. Kena faham bahawa ruang penyimpanan barang atas seat tu hanya boleh menampung berat pada had yang tertentu sahaja.
Dalam keadaan kecemasan, hentakan daripada beg yang terlebih muatan tadi boleh menyebabkan ruangan atas tersebut terbuka dengan sendirinya dan menyebabkan barang berat tadi jatuh atas penumpang yang berada di bawahnya.
Sekatan terhadap hand luggage terlebih berat ni takde kaitan dengan situasi pramugari tak larat nak angkat beg tersebut di mana membolehkan anda meminta nombor telefonnya setelah membantu mengangkat beg tadi.
Ketiga, kenapa tak boleh hisap rokok dalam tandas? Bukan sebab nak elakkan kebakaran daripada puntung rokok tapi sebab utama ialah dalam tandas dah memang ada smoke detector. Peraturan mewajibkan smoke detector diletakkan di dalam tandas.
Ini perlu untuk mengesan sekiranya berlaku kebakaran yang berpunca daripada percikan api peralatan elektrik dalam tu. Tisu tandas mudah terbakar dan percikan api yang kecil boleh menyebabkan kebakaran.

Keempat, cabin crew. Cabin crew bukan untuk dijadikan subjek cuci mata ataupun untuk di ayat. Cabin crew disediakan supaya atas faktor keselamatan – mereka telah dilatih untuk mengawal keadaan sekiranya berlaku kecemasan di dalam kapal terbang.
Course yang memang menarik walaupun terpaksa tahan mengantuk belajar pasal peraturan dan undang-undang yang digunakan. Setiap design elemen dalam kapal terbang dan setiap apa yang mereka buat dalam tu memberi penekanan kepada faktor keselamatan.
Kursus sampai Jumaat minggu depan. Harap dapat bertahan.

Comments
33 responses to “Ciri Keselamatan Dalam Kapal Terbang”
Kenapa kpltrbg kat mesia,tmpat duduk msti nak yang tu gak..kat yemenia air sempoi giler ,naik2 pramugari trus ckp any seats.. huhu..xtau la..ada klbihan kkurangan kot.
Yang tu bergantung kepada syarikat penerbangan. Ada yang tetapkan tempat duduk penumpang, ada yang kasi free seating
memang kena tahu bab-bab ciri keselamatan dalam kapal terbang. malang memang tak berbau. kena sentiasa berhati-hati.
pramugari lawa mesti banyak wat treatment.
habit naik flyte trs tido,lps dia bg safety instruction br bkak mata lol segan nk tgk hahaha
Terima kasih for information… terbaik lah,
:-) ckp pasal cabin crew ni mmg berat tugasnya lebih2 lagi kalau ada kecemasan, thahts why mereka perlu menghadiri test setiap tahun untuk terbang
thanks for the info.. Aya sampai sekarang nervous kalo naik kapal terbang… macam-macam difikir..hehehe..
bagus tips2 ni, untuk panduan kepada yang tak pernah naik flight.
takde entri kenapa pramugari biasanya lawa-lawan? haha
Humm.. owner blog ni designer kapal terbang kan.. leh x sarankan pada company boeing ngan airbus (dua ni je kot sy naik) design kerusi tuk ketinggian orang asia, xpun ada adjustable heigh ker.. Sbb skrang ni tiap kali naik flight sy sbnrnya tak rasa selesa pun. Kerusi flight jenis kerusi ada lengkung2 konon nak ikut shape badan untuk lebih selesa, tp masalahnya shape kerusi tu untuk orang barat yang tinggi. Bahagian support lengkung kedepan kat tengah kerusi tu tak berada kat tengah-tengah belakang badan saya, tp dah keatas sket, ganggu bhagian atas belakang badan efeknya sy jd macam ‘membongkok kedepan’ sket. Dan ni buat sy jadi lenguh2 badan lepas setiap kali naik flight. Tinggi sy 161cm jer.
@faizalfredley
mcm pernh baca sebab dia..tp x igt kat mane..
lawak pun ada bila baca ni .. tak terfikir.
first time aku naik flight waktu hendak ke china, macam-macam benda yang tak boleh. guna telefon pun tak boleh, padalah untuk capture gambar je. kena sound terus ngan pramugari. hehe…
p/s: bro, artikel ni bila punya? kenapa tiada post date or bylines for info?
kenapa bila saya bukak website ariffshah dia akan keluar version mobile dulu walhal saya buka pakai browser kat pc…
Kalau guna Chrome, memang dia akan detect mobile version. Guna browser lain
klu guna opera pun sme gak
onboard meals singapore airlines terbaik!!! #ehh tetibe
Baru tahu cabin crew singapore airline paling lawa sebab seumur hidup belum pernah cabin crew secara live sebab tak pernah naik kapal terbang.
ohh..macam itu rupanya. patutlah..
Menarik utk dibaca…tapi cabin crew yg ader skrg lebih kpd pencuci mata yak..heehee
Kalau tak ada kabin crew sapa nak tolong penumpang kalau nak makan or apa yg diperlukan oleh penumpang. – suka tgk bila cabin crew bagi taklimat sebelum pesawat nak berlepas :)
#angkat tangan# Soklan, kenapa Sing Airline boleh pakai kain labuh tapi Air Asia singkat sesingkatnya? tak friendly lak tuh hehe
Air Asia tambang murah,takder duit nak beli kain labuh hehehe…walaupun penumpang byk orang kaya :)
Gossip: Ada orang cakap sesetengah cabin airasia ni adalah daripada yang direject/bermasalah daripada airline lain. ehem.. ni orang dalam industri cakap la..
Info yang sungguh menarik :)
hanya penumpang kelas perniagaan atau kelas pertama je yang akan dpt cuci mata dgn cabin crew yg lawa2.
kelas ekonomi? dpt jamu mata tgk gmbr cabin crew yg ada dlm flight magazine je la….
Menarik tu..
1) macam mana plak pasal tak boleh pakai peralatan elektronic sms take off dan touch down. Apsal tak boleh guna?
2) apsal cermin ke buka dan meja kena lipat masa sms take off dan touch down
sekali baca macam lucu pun ada, tapi bila banyak kali baca, memang ada kebenarannya.. ;)
TQ untuk info
Cis… Lu dah reveal salah satu teknik yang gua selalu pakai untuk ayat stewardess.
kadang2 ada penumpang yang tak fikir perkara2 camni..sedangkan bila diadakan sesuatu peraturan yang perlu diikut, pasti ada faktor2 yang menyebabkan penguatkuasaan tu diperlukan..
bila engineering dok belajar undang-undang..ngantuk la jawabnya..
entri yang menarik. Kenapa ye? Mungkin sebab ada pencuci mata tu kot. hehehe…
Baru tahu cabin crew bukan untuk cuci mata rupanya ada fungsi lain. :-)