Chong Wei Bakal Menemui Pengganti

dan Lin Dan bakal menemui pesaing baru. haha

Awal-awal masa masuk sekolah dulu main ragbi. Lepas tu tukar ke basketball. Lama main basketball. Sekarang start main sukan baru, badminton.

Sebenarnya bukan apa pun, main sebab nak bersenam. Memang kadang-kadang keluar jogging, tapi percayalah, jogging ni antara senaman yang paling membosankan. Lagi-lagi kalau lari sorang-sorang.

Bila bersukan ni dibuat secara berjemaah, taklah bosan sangat. Main pun happy je. Dapatlah melupakan stress dunia luar sekejap.

Daripada ambil membership gym yang saya tak tau bila boleh pergi dan mahal, eloklah ikut rakan sekerja main badminton. Walaupun ‘lauk’ tapi tetap puas hati sebab dapat keluarkan peluh dengan jayanya.

Dalam sukan, saya percaya pada kata-kata practice makes perfect. Nak capai sampai tahap Chong Wei tu takdelah, tapi at least lama-lama nanti takdelah dilaukkan dalam setiap game oleh rakan sekerja. Tak boleh miss pergi court lepas ni.

18 Comments