Chicken Pox

ubat chicken pox

Hari tu ingatkan bolehlah update blog sehari sekali sepanjang cuti sakit ni. Dapat cuti sakit 5 hari straight kot. Jackpot bak kata mat saleh. Tapi nampak gayanya, macam tak je..

Hari pertama / kedua relax lagi. Malam je badan jadi panas melampau. Hari ketiga, malam kurang panas dah tapi sebab gelembung air kat badan banyak yang dah pecah, pedih sakit satu badan rasa. Senang cerita, memang macam orang sakit. Nak buat apa pun tak jalan sangat.

Awal-awal haritu nak admit. Sampai hospital Dr cakap tak boleh. haha.. Nanti saya cerita kat blog takaful.

Bagi yang tak pernah kena chicken pox ni, pergi klinik ambillah vaksin. Tak berbaloi sakit lama-lama macam ni. Kalau setakat demam cuti 5 hari tu ok lagi. Ni kalau melibatkan luka satu badan, memang satu penyeksaan. Cuti seminggu pun belum tentu cukup.

Paling tak best, nak tengok anak pun susah sebab dah kena kuarantin. Dan lagi tak best memikirkan dah pegang anak sehari sebelum tau ada penyakit ni buat saya tak senang hati. Harap tak berjangkit. Setakat ni, alhamdulillah.

Doakan cepat sembuh.

5 Comments