Serius la. Kalau setakat makan gaji camni, takkan nak pakai cermin mata sampai harga RM2,000 kan.
Actually, cermin mata ni hampir percuma. Ini jelah yang mampu. Company bagi benefit RM500, selebihnya pandai-pandai top-up. Benefit RM500 ni akan tolak benefit outpatient RM2,000 setahun.
Pergi kedai cermin mata kat Ikano. Macam biasa ada sale. Tak taulah samada jualan murah betul-betul ke tidak ataupun semua frame tu diorang letak harga mahal supaya boleh kasi diskaun sampai 50%. Apa-apa jelah. Try-try jumpa frame Ray-Ban ni. Cun! Ada gaya hipster sikit.
Frame RM800 lebih, diskaun 40%. Jadilah RM300+
Bila ditanya lens, salesman mula tekan-tekan kalkulator. Bersungguh-sungguh dia kira. Lepas tu dia tunjuk.. RM1,400.
“Ni dah masuk frame ke?”
“Belum, masuk frame jadi RM1,800+”
Kepala hotak. Mahalnya. Tambah sikit lagi dah dapat iPhone 6. Rupa-rupanya dia bagi quote untuk lens hoya nulux EP double aspheric.
“Lens ni bagus, bang. Lagi clear dan fokus lebih besar.. bla.. bla.. bla.. “
Selama berbelas tahun saya pakai cermin mata murah RM300 – 400, takde masalah pun. Nampak terang je. Boleh la nak dapat result power walaupun duduk kat belakang masa kat sekolah dulu.
“Takpelah. Bagi quote dulu. Nanti saya decide” .. memandangkan dah masuk Maghrib masa tu.
Next day datang balik. Terus minta dia quote untuk lens paling murah.
“Betul ke ni bang? Power abang tinggi, frame ni besar. Lens jadi tebal nanti. Kalau dah tebal, berat pulak. Tak selesa nak pakai,” 1001 keburukan dia bagi. Saya dah malas nak layan. Yang penting buat terus. Cermin mata lama memang dalam keadaan yang menyedihkan.
Jumlah semua RM800. Dapat subsidi RM500, jadi saya perlu keluarkan RM300 je untuk cermin mata baru yang membuatkan saya nampak lebih muda walaupun sebenarnya dah memang nampak muda.
Bila pick-up tadi, tengok balik betul ke tebal sangat jadinya? Kalau tebal, boleh guna peruntukan tahun depan untuk tukar lens.

Takdelah tebal mana. Selagi lens tu tak terkeluar daripada tepi frame, kira ok lagilah. Ceh.
Jadi rupa-rupanya salesman tu jenis yang nak maximize komisen jualan. Haiyaa.. Lepas ni tau dah. Memang tak beli dengan salesman tu.
Bisnes komisen memang best kalau boleh push barang mahal kat klien. Tapi once client tau yang kita ni jual benda yang dia tak perlukan, memang takde dah returning business.
Sama jugak dalam bisnes takaful, kita dilatih untuk advice berdasarkan apa client perlu dan mampu sahaja. No point kalau push polisi mahal tapi end up client terpaksa stop sebab tak mampu bayar.
Nasib baik company baik hati. Ada company aviation lain bagi RM1,000 untuk cermin mata. Lagi hebat!



Comments
13 responses to “Cermin Mata Macam Harga iPhone”
Hi.nk kwn boleh?pm.:)
current company sy keje ni pn ad gak peruntukan gitu..tp rsanya RM500 je kot..hehehe..x thu nk gne cner lg..
Baru beli cermin mata utk orang rumah. Dapat RM750 je termasuk cermin transition. Tak paham juga dengan harga-harga cermin ni, tapi asalkan tak tebal melebihi lense itu kira OK dah.
Salam Ariff,
Dari dulu sampai sekarang,mmg satu kedai cermin mata je aku pergi. Hoya 1.6 hanya RM240. Survey kedai lain, RM400++.
See,puas hati gila.Siap dapat authentic card for lens lagi.Puas hati!Jimat duit.Hihi.For bingkai,beli bundle,tapi not bad since Titanium dan brand terkenal juga.Hihi.RM300 kot bingkai.Setel
my previous keje Rm800(dental specs) and then keje skrg tm1700 (dental specs)
Yang tak rabun nak claim banyak tu boleh? haha memang syok makan gaji kalau kebajikan semua jaga.
Yang tak rabun boleh pakai untuk claim cermin mata hitam
Ni untung kerja dgn company yang bagi benefit macam ni. Kalau tak guna tahun ni, tahun depan boleh carry forward ke?
Kalau orang tak tahu pasti dah amik dah yang mahal tu. Mahal tak semestinya kita perlu. Betul kan?
Teringatkan kepada rakan sekerja beli bingkai di pasar malam jenama RayBan yang gred baik sikit pada harga RM10. Beli sampai 3 bingkai sebab anak patahkan bingkai sebelum ini. Pergi kedai cermin mata buat cermin sahaja. Mula-mula hairan juga tengok dia asyik bertukar bingkai design sama. Korek rahsia baru tahu. :)
memang ada macam tu.kenal pilih bingkai yg sesuai boleh masuk lens
kalau employee yang tak rabun dapat jugak ke peruntukan untuk cermin mata ni? haha
mahalkan kos pemakai cermin mata, malangnya tiap-tiap tahun digalakkan tukar tapi kesan pemulihan tiada pun.
seperti pelaburan untuk menjadi teruk jer rasanya…hehe