Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 17) – Cerita Di Gym

Aku tak tau kat Malaysia gym dia macam mana, tak pernah pergi dan join sebab ada membership fee yang biasanya kena beli untuk tempoh setahun atau enam bulan untuk dapat harga murah. Student macam aku ni manalah ada duit banyak macam tu, lebih-lebih lagi kalau tinggal kat kawasan perumahan orang kaya macam Subang Jaya. ish.. cari sampai ke lubang cacing sekali pun takkan jumpa low end punya gym. Semua nak main fitness center je.. Lagipun kalau cuti aku ada 2 bulan je kat Malaysia, maka eloklah aku bercuti je.

Apa-apa pun ini kisah kat gym sebelah hostel aku nih. Pengalaman ni adalah recollection/gabungan pengalaman orang lain, bukan aku sorang.

Mamat cermin

Gym adalah tempat paling banyak cermin selepas toilet. Kita biasa dengar yang kaum wanita ni suka sangat cermin atau permukaan-permukaan memantulkan cahaya supaya mereka ni boleh gunakan permukaan tersebut untuk betulkan tudung/rambut, touch up make up dan sebagainya. Tapi bila masuk gym, ada segelintir lelaki menjadi sangat berminat dengan cermin. Contohnya, lepas angkat dumbbell 10x mesti pergi kat cermin lepas tu check kalau-kalau otot dia dah membesar lepas exercise tu. Angkat dumbbell lagi seround, pandang cermin dan cuba tengok ada pembesaran pada biceps atau otot yang dia baru sahaja train.

Kalau rasa konfiden sikit, dia cuba buat gaya a la ahli bina badan yang kita selalu tengok kat kat tv tu, siap dengan riak muka ganas. Dalam kepala mungkin dia fikir yang body dia dah cukup cantik, kalau buka baju depan awek ramai-ramai mesti awek tu semua cair punya tapi dalam sedar tak sedar ada orang lain tengah gelakkan badan sekeping dia tu, dengan perangai berlagak tak sedar diri macam dialah yang paling kuat dalam gym tu. Meluat betul tengok orang macam ni, rasa macam nak baling selipar kat kepala dia je..

Mamat borak

Mamat borak ni macam minah joyah kat pasar tu. Beli barang sikit, tapi dok bergosip tu kemain lama.. Diorang ni biasanya memang ada geng tetap, adalah dalam 2-3 orang macam tu. Selalu datang gym berjam-jam, 3-4 jam minimum. Tapi lama tu bukannya buat apa pun, banyak habis masa sebab berborak je. Buat chest exercise, angkat dumbbell sepuluh kali, lepas tu borak setengah jam dengan kawan. Bila dah rasa lama sikit borak, kawan dia pulak buat seround lepas tu sambung borak balik. Gila bapak punya annoying kalau kita nak guna peralatan yang manusia-manusia ni tengah guna. Lagi satu memang menyemak betullah sebab sorang-sorang badan besar gedabak. Buat semak training area je..

Aku rasa orang macam ni pergi gym atas sebab escapism dari rumah. Lari daripada anak/bini mungkin. Itu sebab tak kisah sangat kalau lepak kat gym lama-lama..

Awek yang datang berkumpulan

Rasanya lebih kurang sama jugak dengan mamat borak atas ni, cuma diorang ni tak makan ruang sangat sebab dua kali ganda lebih kecil tapi kadang-kadang dua kali ganda lebih bising. Pernah dengar tak suara pitching tinggi macam suara pikachu? haa.. lebih kurang macam tu lah pitching diorang. Datang gym biasanya bukan apa sangat, nak memenuhkan kedatangan untuk report card je (pelajar universiti tahun 1-3 di sini wajib ada ko-ku). Biasanya diorang ni lah yang memenuhkan mesin seperti treadmill, basikal dan lagi satu mesin lari-lari untuk kardio tu.. Dan bila perempuan ni ramai-ramai, confirm pok pek pok pek non-stop. Bising.

Awek-awek muda yang bising ni memang gangguan. Lepas tu mulalah ada mamat Russia nak mengayat awek-awek ni, menambahkan kebisingan dan kesibukan kat gym yang kecik tu. Cuma satulah kebaikan mereka ni mengikut cakap kawan-kawan aku, diorang ni macam pemanis mata la. Faham-faham jelah pakaian diorang ni macam mana, cukup untuk orang yang memandang untuk memberikan rating. Ini kawan aku cakap laa.. bukan aku tau.

Awek yang datang berseorangan

Ada 2-3 orang tu selalu datang seorang, termasuk beberapa orang Malaysia. Tak faham kenapa, mungkin budak perempuan kat sini memang tak sporty langsung sampai nak ajak teman pergi gym pun takde. Tapi kalau ajak makan mesti ramai-ramai nak ikut punya.. Aku tengok dari jauh macam kesian pun ada sebab yelah, bila awek ni sorang-sorang mesti rasa malu dia bertambah berkali ganda. Lepas tu orang pulak dok pandang-pandang, lagi tak senang la orang tu nak mengeluarkan peluh. Segala benda yang dia buat mesti dalam hati rasa macam ada benda yang tak kena je..

Ikut pengalaman aku, nak pergi gym ni atau kat gym tu eloklah ada geng. Lagi senang macam tu, melainkan kalau hari tu korang nak buat kardio atau lari-lari atas treadmill je..

Yaakob, Brader Rock & Dance Trainer

Kat gym ada dua orang trainer tetap, sorang nama dia Yakubenko atau dibahasa Melayukan oleh sebagai Yaakob supaya senang nak mengata di depan atau belakang dia tanpa kekantoian. Yaakob ni satu perangai dia, dia suka marah orang. Kalau Yaakob jaga gym memang rasa macam duduk dalam penjara di mana Yaakob itu adalah ketua warden penjara tersebut. Kalau masa angkat besi tu terlanggar/terhempas sikit sehingga menghasilkan bunyi yang bising, confirm dia datang tengok dan kalau nasib tak baik kena marah. Memang semua orang lemah sikit nak pergi gym time Yaakob jaga..

Brader Rock adalah cool, lebih muda daripada Yaakob, tinggi lampai dan kuat giler. Ada orang pernah tengok video dia buat clean & jerk sebelah tangan je dengan beban lebih kurang 50kg sebelah  (walaupun aku sangsi dengan kesahihan cerita tersebut, namun masih boleh dipercayai). Rambut dia memang style rocker/biker habis, panjang kerinting siap ada janggut. hahaha.. Kalau dia jaga gym, pasang radio station lagu rock dan fresh je, bukan macam Yaakob yang lebih suka pasang station radio lagu lama orang Russia. Personaliti kedua-dua trainer ni memang bertentangan.

Dance trainer ni baru lagi, tahun lepas aku pegi takde pun. Muda, tak pernah kenal pun tapi selalu ada je kat gym tu. Dia buat kelas menari untuk budak-budak Russian dan mungkin kelas aerobik? Aku pun tak tau sebab aku tak pernah intai apa yang berlaku di sebalik tirai tempat kelas-kelas tu dijalankan. Satu benda pasal dia ialah pakaian dia kat gym tu sama je; tights panjang warna ungu, tank top warna oren dan baju yang jenis longgar giler nampak bahu sebelah tu.. Tak pernah tukar ok! Aku rasa dia ada banyak pasang baju yang sama..

Penimbang Berat

Penimbang berat adalah satu lagi section kegemaran kepada sesetengah orang yang pergi gym ni. Standard berapa kali pergi timbang berat badan adalah sekali untuk setiap sesi di gym. Paling banyak pun dua kali la kasi chance.. Lebih daripada tu, memang dah no point. Datang gym timbang berat, lari atas threadmill 30 minit timbang berat lagi, lepas buat 2-3 round sit-up timbang lagi.. adei.. Kelakar pun ada kadang-kadang. Biasanya kalau yang pergi timbang berat badan banyak kali tu memang takde idea nak buat apa dah kat gym tu.

***

Apa-apa pun gym adalah tempat untuk merehatkan otak. Kalau balik kelas mood tak baik, pergi gym angkat besi sampai badan penat boleh menenangkan diri. Tak perlu pun pergi gym, asalkan bersukan dan mengamalkan cara hidup sihat, maka sihatlah mental dan fizikal. Duduk depan komputer 24/7 sangatlah tak cool. Serius.

Premium Sponsor

37 Comments