
Gambar sekadar hiasan. hehe..
Saya agak terkejut macam mana loan kereta boleh cepat approve. Senang sangat rupanya.
Total proses dalam masa dua hari je. Submit dokumen hari Rabu, diorang verify dokumen dan interview next day, then hari ni dah dapat berita approved. Interest 2.59%, loan amount 90% dengan tenure 9 tahun. Apply dekat bank harimau je.
Kalau ikutkan DSR saya agak tinggi sekarang. Ada PL, dua mortgage dan beberapa kad kredit. Memang saje apply sebab sekarang ada diskaun tambahan RM2k untuk kereta keluaran 2014.
Apa-apa pun, tolonglah.. hentikan lecture pasal resale value ni semua. Tak releven sebab kereta ni memang nilainya akan jatuh. Kalau nak benda yang naik nilainya, saya dah beli saham dan property. Setakat resale value beza RM2k-3k dengan kereta keluaran 2015, lagi baiklah saya ambil penjimatan ni sekarang. Entah bila nak jual pun tak tau.
Kereta ni letak nama isteri. Dan isteri ada bisnes, tapi loan nama saya seorang je sebagai guarantor isteri. Jadi mungkin bank nampak income bisnes isteri sebab guna akaun daripada bank sama dan juga mungkin bank nampak komisen takaful sikit-sikit tu. Oklah. Passive income.
Plus bank pun tau, semua orang kat Malaysia ni lagi sanggup berlapar sebab nak bayar kereta daripada beli rumah. Orang yang ada kereta dipandang lebih mulia daripada orang yang naik motor pergi kerja tapi ada rumah sendiri. Ye tak? Kalau bukan sebab baby incoming, tahun depan le agaknya baru saya nak beli kereta sendiri.
Kereta biasa je. Bukan kereta dari Eropah. Belum lagi.
P/s Maaf takde gambar berdiri atas kereta.

Comments
14 responses to “Cepat Betul Loan Kereta Approve”
kereta untuk keperluan diri, tahniah dah beli keter!
Assalamualaikum…En. Ariff saja nak tanya…KTM Duke masih digunakan lagi ke? Kalau masih digunakan lagi apa kat buat long-term review. (Dalam dilema antara KTM Duke 200 dgn Honda CB500X) One is the best that I can afford.. which is comfortable for daily 100km journey and the other one is value for money. So need your opinion regarding Duke 200. (Don’t suggest me Duke 390…it just couple thousand than CB500X)… Glad you could help me…thanks in advance
Waalailumussalam.
Kalau daily 100km, memang tak sesuai naked bike. Sampai rumah nanti penat dia sampai esok tak hilang. So Duke is a no.
Duke long term ok. Takde problem sangat dan kalau ada just minor. Contoh problem saya sensor kat tongkat moto tu jadi tak betul, so enjin boleh mati kadang2. Bila hantar kedai ketatkan balik, ok dah.
Tentang CB500X saya tak boleh komen sangat. Xde experience.
Terima Kasih kerana sudi menjawab bro. Ok will put into consideration.
haritu ada borak dengan pegawai bank yg uruskan berkenaan loan kereta. tanya dia apa kriteria yg buatkan dia lulus cepat. antara sebabnya kalau kita dah pernah buat loan sebelum ni, dan jumlah kedua tu tidaklah terlalu drastik jauh dari jumlah loan pertama.
of course dia tgk juga sejarah bayaran kita, jika tak pernah kantoi bayar loan maka memang senang loan lulus.
kalau dah kahwin dan ada anak..
memang akan jadi satu keperluan bab kereta nih.
cepat approve loan kereta eh.. aku cadangnya berhajat untuk amik kete mampu miik tahun ni gak…kumpul2 downpayment dulu..
Rasa aneh kadang-kadang, rumah kalau harga 40k pun susah nak approve loan, tapi kereta 100k pun senang je lepas. Haha
Sebab budaya kt malaysia yang lagi sanggup bayar kereta berbanding rumah seperti yang tertera di atas kot.
Beli kereta hujung tahun banyak diskaun kan. Rebat katanya. Beli kereta untuk keselesaan sebenarnya bagi saya. Pada masa yang sama ukur juga Baju di badan sendiri.
Tu la kan. Demi keselesaan & keselamatan anak. :)
Bukan kereta eropah…
Tapi kereta jepun kan? he he..
Sudah keperluan untuk memiliki kereta kerana bakal mempunyai anak mudah untuk bawa ke klinik contohnya.
Tapi kalau nak buat loan rumah nanti memang susah , sebab macam kes aku sendiri kena . Nak buat pinjaman untuk rumah tak lepas sebab dah ada komitment untuk loan kereta . Gaji yang aku ada tak cukup walaupun memang aku dah buktikan dalam buku simpanan aku mampu bayar bulan-bulan .
Saya letakkan target dua biji rumah dulu, baru beli kereta. Alhamdulillah. Target tercapai