Celcom XPAX Twitter Adalah SMS Yang PALING Murah

Memang terbaik la Celcom XPAX

Sini aku nak ajar macam mana nak SMS guna Twitter kepada insan tersayang anda yang duduk kat oversea. Yes, langkah ni adalah yang paling jimat, paling murah dan paling berkesan. Aku dah lama terfikir benda ni, sejak daripada masa kat blog.ariff yang lama lagi dan aku dah pernah buat post pasal ni (malangnya database lama hilang). Baru sekarang ada Celcom XPAX Malaysia berani buat servis unlimited Tweet ni pada harga yang sangat murah. Mereka memang HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

Pertama sekali, korang kena ada akaun Twitter yang private. Maksudnya Tweets tu semua mestilah protected. Dengan ini, xde orang yang boleh baca Tweet korang tu kecuali orang yang korang dah approve. Jadi kalau korang approve akaun bf/gf korang je, maka mereka ajelah yang akan dapat lihat Tweet tu semua. Pada masa yang sama, pihak lagi satu pun kena ada akaun private gak. Yelah kan, kalau couple2 tu mestilah nak private. Tapi kena buka website dulu la kalau nak approve.

Kedua, mestilah kena ada Celcom XPAX kan? Takkan nak ada Digi or Maxis pula.. Cara-cara nak register aku dah copy paste dari blog Ladynass. Malas nak tulis sendiri. Pergi blog LadyNass and say hi.. haha..

  1. Sila klik link ini dan aktifkan. Celcom XPAX
  2. Kemudian, follow kawan-kawan twitter anda dengan menaip FOLL  <id kawan anda> dan hantar ke 29800. Contoh FOLL ladynass / FOLL ariffshah kemudian hantar ke 29800.
  3. Setelah anda memfollow kawan-kawan anda, anda akan menerima twitter dari mereka secara live. Begitu juga sebaliknya, mereka akan menerima twitter dari anda sekiranya mereka memfollow anda melalui celcom sms twitter ini.
  4. Kalau anda hendak UNFOLLOW kawan-kawan anda, taip UNFOLL <id kawan anda> dan hantar ke 29800. Contoh UNFOLL ladynass / UNFOLL ariffshah (jangan la unfollow aku lak.. xcool la macam nih) kemudian hantar ke 29800.
  5. Kalau anda hendak berhenti melanggan Twitter via Celcom SMS ini, taip STOP ALL dan hantar ke 29800.
  6. Akhir sekali. Selamat berTwitter diucapkan.

Nak lagi best? Kalau korang memang gila SMS boleh je guna ni untuk contact siapa2 yang kat Malaysia gak. Celcom XPAX ngan Celcom XPAX la kan.. RM1 je seminggu untuk unlimited SMS melalui Twitter nih. (Tak tau la kalau SMS Celcom XPAX biasa lagi murah daripada tu.. selama ni aku guna Digi). So try test la. Kalau jadi gitau aku. Aku pun nak buat.. hehe.. mana tau tak lama lagi aku kena selalu SMS ngan siapa-siapa yang memang guna Celcom XPAX ke..

10 Comments