Cashout 8Share

Reading Time: < 1 minute

Dulu dikenali sebagai Says, sekarang 8Share.

8share malaysia

Cashout RM129 je, jadi apa kecoh? Sebenarnya kalau akaun tak aktif selama 6 bulan, balance yang ada dalam akaun akan luput. Jadi kalau tak cashout, burn terus duit dalam tu.

Saya pun tak ingat dah zaman bila punya earning, tapi duit still duit. RM129 tu boleh la guna untuk renew domain lain. Jadi untuk dapatkan kembali duit saya yang telah luput tu, saya hantar email kepada pihak 8Share untuk mengaktifkan semula balance saya.

Mula-mula ingatkan tak dapat apa-apa jawapan yang positif. Tengah hari tadi (email dihantar beberapa hari yang lepas) baru dapat jawapan. Mereka setuju untuk aktifkan semula balance saya yang lama dengan syarat ini adalah kali pertama dan terakhir. Lepas ni tak boleh dah.

Jadi kepada mereka yang ada akaun dan menghadapi masalah ni, tulis email elok-elok pada pihak 8Share supaya mereka activate semula balance anda. Kepada yang belum join 8Share, boleh join dan mula buat duit melalui laman ini.

Untuk blogger baru, belajar dapatkan earning secara sah daripada program macam ni adalah latihan yang berguna untuk meningkatkan skil blogging anda. Tak percaya tanya blogger hebat macam Encik Titan.

Saya masukkan term ‘secara sah’ tu sebab saya tahu ada segolongan di luar tu pandai manipulate program ni. Tentang status halal/haram income tu, I don’t know la. Pandai-pandai korang nanti..


Posted

in

by

Comments

15 responses to “Cashout 8Share”

  1. Eridy San Avatar

    Baik hati betul 8share nie hehe

  2. Wan Gerrard Avatar

    ok la tu, tapi dah lama x bukak 8share tu

  3. hazman aka species1980 Avatar

    Jarang la tengok bebudak skang guna cara jujur dengan 8share nie….

  4. Noridah Avatar

    saya baru dapat reminder sebab tak aktif selama enam bulan, terus promote balik, saya lebih tumpukan churp2 sebenarnya

  5. Mohd Isa Avatar

    lama dah tinggal, skg baru nak mula balik. hehe

  6. Farid Adam Avatar

    First time dengar 8share nih. Boleh la nak cuba…

  7. hafizrahim Avatar

    Ada jugak 8share ye..ingatkan xde. Hehehe

  8. titan Avatar

    bila masa plak ni wehh..

  9. saljuhumairah Avatar

    8share saya belum boleh cashout lagi… tak tau bila…

  10. Abang Ensem Berketak Avatar

    Haaa… Blogger hebak macam lu cuma renew RM129 je? Apasal gua renew sampai 4-5 ratus?? Adakah kerana gua lagi hebak dari lu??? Mohon pencerahan.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Domain mana ada mahal sampai macam tu. Paling kuat pun RM40 je setahun

  11. Izzuddin Fauzi Avatar

    Banyak oooo cashout… Puas hati la… Nasi baik duit tu x burn gitu jer…

  12. Bahrain Avatar

    8share pun ada limit juga ka?..

  13. akubiomed Avatar

    Banyak juga tuh. Lepas beli beberapa domain. :-)

  14. Azri Johan Avatar

    Dulu rancak main churpchurp, lepas tu makin lama dah tak buat apa-apa dah. Income pun dari Innity je sekarang