Case Study Retirement Planning

Reading Time: 3 minutes

Kira Perbelanjaan Selepas Bersara

Pasangan ini memerlukan 50% daripada pendapatan akhir sebelum bersara untuk kelangsungan hidup sampai umur 80.

Kiraan ini termasuk juga kenaikan gaji tahunan 6%

Kira pendapatan bersih tahunan selepas tolakan KWSP, SOCSO, EIS.

Pendapatan bersih tahunan: RM153,788.02

Kira pendapatan bersih tahunan pada umur persaraan 55. Kenaikan dikira adalah sebanyak 19 kali sahaja ya sebab kenaikan dapat hujung tahun, bukan awal tahun.

Jadi kita dapat pendapatan @ 55 bersih adalah RM451,921.51 setahun.

50% daripada amaun tersebut adalah RM225,960.76/tahun atau RM18,830.06/bulan.

Pasangan ini nak guna duit KWSP sahaja sehingga umur 80. Berapa amaun yang diperlukan dalam KWSP pada umur 55 dia start bersara dan mula keluarkan RM225,960.76 pada awal tahun pertama?

Amaun diperlukan adalah RM4,532,691.19.

Dengan adanya amaun ini, boleh hidup selesa tanpa perlu downgrade dan harapkan apa-apa daripada anak-anak.

Cukup umur 80, amaun ni habis berdasarkan penggunaan RM225,960.76 setiap tahun.

Persoalan sekarang, cukup ke kalau guna KWSP sahaja? Pasangan ini tak invest mana-mana guna KWSP, hanya follow apa yang diberi dan semua caruman/tolakan standard majikan/gaji.

Pages: 1 2 3