
Yang makan gaji sekarang sibuk membincangkan pasal caruman KWSP peribadi sekarang. Mana lagi bagus? 8% atau 11%?
Ok. Ada tiga cara nak tentukan perkara ni.
Pertama. Adakah anda jenis yang tak fikir langsung nak carum KWSP 11%? Kalau ya, betullah tu. Orang yang tak fikir langsung nak carum banyak-banyak ni biasanya yang berpendapatan rendah/komitmen tinggi. Mungkin ada yang tak cukup, jadi dapatlah dicukupkan dengan lebihan duit ni.
Kedua. Dah tau ke nak buat apa dengan duit tu? Macam saya, lebihan ni boleh top up duit belanja saya dalam pasaran saham. Kalau ada alasan munasabah nak gunakan lebihan duit tu, maka teruskanlah dengan caruman 8%.
Ketiga. Adakah anda jenis yang masih tertanya-tanya lagi samada masih nak kekalkan 8% atau naikkan kepada 11% selepas membaca dua point di atas? Kalau ya, maka naikkanlah 11%. Kalau takde alasan, jangan cari alasan. Last-last duit lebihan tu nanti habis entah ke mana.
Saya tak berapa minat simpan duit dalam KWSP. Saya akan cuba keluarkan kalau boleh. Buat apa simpan dalam low yield savings kalau duit tu boleh buat guna aset (hartanah/saham)? Cukuplah dengan simpanan akaun 1.
Implikasi Cukai
Kalau ambil 8%, betullah anda membayar lebih sikit cukai pada LHDN. Sikit je, takdelah sampai tahap jatuh miskin.
Tapi.
Kalau anda bayar zakat pendapatan 2.5% setahun (tak termasuk zakat simpanan, emas, perak), anda akan perasan yang amaun zakat ni lagi banyak daripada cukai kena bayar setiap tahun. Ni saya cakap untuk yang berpendapatan pada tahap biasa-biasa sahaja ya. Yang high income tak tau, kira sendiri.
Zakat ni semua diberikan relief tanpa had untuk pembayaran cukai. Kalau tambah zakat lain seperti zakat simpanan tu semua, memang zakat yang lagi banyak dibayar.
Jadi untuk pembayar zakat, tak perlu fikir dah implikasi pada amaun yang cukai dibayar ni.
Untuk pelaburan, anda tentu mahukan lebih banyak disposable income berbanding duit yang susah nak dikeluarkan macam kat KWSP. Tapi macam saya cakap, kalau takde keperluan / alasan yang valid, tak perlu. Memang duit tu akan habis kat tempat lain.
Juga, untuk pelaburan, anda mahukan keberkatan daripada-Nya. Oleh itu, tunaikanlah zakat.

Comments
28 responses to “Caruman KWSP 8% atau 11% Sesuai Untuk Pelaburan?”
salam nk Tanya pendapat, kalau sy amek 8%, then duit lebihan tu sy buat simpanan tabung haji pn okey jgk kan…iya kan?
KWSP bagi 6.75%. KWSP bagi 5% + 3%. Kalau simpanan KWSP dah lebih 10k, dari segi pendapatan dividen KWSP lagi tinggi.
InsyaAllah kalau bayar zakat setiap bulan tanpa culas, kita memang akan dikecualikan dari cukai..ada lebih buat derma dan ambik resit pun boleh juga untu elak bayar cukai..zakat wajib, derma harus
Mungkin kalau saya masih makan gaji, saya tetap dengan 11%. Tapi itulah ikut keperluan masing-masing.
Setaka ini maintain lagi 11% selagi makan gaji dengan orang ni, tak lama lagi kerja sendiri mungkin dah tak ada KWSP dah.
kebanyakkan yang akan terkesan ialah pekerja swasta, sebab gov kebanyakkan akan ambil skim pence. Walaupun nampak macam best. Tapi hakikatnya itu duit kita juga, bukannya kenaikan gaji.
Info yang terbaik… Boleh muka mata kita. takda nak ikut je tanpa tahu hujung pangkal
bagi saya better stay dgn 11% kalau jenis yg tak pandai menyimpan. btw nice sharing tuan.
Berbual dengan rakan-rakan di tempat kerja. 11% tu better maintain je.
Betul tu. Baik buat yang 8% aje. Nanti duit lebihan tu digunakan sebagai modal pelaburan lain. Simpan dalam KWSP tak tahu lagi sepat merasa ker tak .
saya rasa harga pasaran pun tak menentu skrg ni. kalau beli emas dgn duit 3% tu pun ok juga. tapi kalau ambil PRS scheme pun untung juga. pilihan banyak juga
Ye,beli emas lg untung,7 buln beli emas keuntungn lbih kurg 17 %,jd sy pilih 8% epf
Tengok keperluan. Dulu saya ikut mana yang tinggi sebab saya invest dekat unitrust. Berbaloi juga masa tu. Sekarang tak pasti.
apakah sama dengan zakat atau sodaqoh
Tak sama. Zakat dibayar kepada pentadbir untuk agihan kepada asnaf. Zakat wajib.
Sedekah pula pemberian kepada orang yang memerlukan. Sedekah sunat.
Terima kasih tuan atas pencerahan. My husband tak sabar-sabar nak keluarkan duit KWSP nya. Sudah tentu kena plan betul-betul.
betul, ada banyak tempat melabur selain KWSP :)
baru saja balik dari KWSP utk keluarkan duit dari Akaun 2. pulang dgn hampa sbb ada masalah sikit dgn document. Susah nak keluarkan duit sendiri, saya prefer keluarkan duit Akaun 2 habis2an dan laburkan di tempat lain. Tapi utk 11%, saya rasa OK je simpan 11% ( I will elect for that). After all, yang saya dengar, caruman majikan takde beza, masih sama lagi..jadi tak kisah sangat. Fuhh..
Tak pernah ambil tahu pun pasal hal ni. Tapi tak sabar2 nak kluarkan duit dlm tu je.. huhu
oo saya nak ambil skim pencen la lagu tu
Nice write-up ariff. Tq for the info
kalau ada plan macam bro Ariff buat ni memang ok la, lebihan tu buat melabur pada benda lain. dapat la juga sikit dari habis macam tu je.
saya ambil skim pencen ;)
saya kekalkan 11% sebab akaun 2 untuk cepat kan habiskan pembayaran rumah. tempoh loan umah saya 35 thn. dgn bantuan akaun 2 saya dapatkan kurang kan menjadi 18 thn.
sekurangnya saya x pikir bayar rumah masa pencen jika saya memilih terus bekerja makan gaji.
Saya tak kesah pun pasal duit KWSP tu tapi banyak benda boleh buat sebenarnya. Kena plan betul2, tu pun duit kita jugak.
senang citer, tengok keperluan..kan?
kalau memang nak guna duit lebih, atau tahu kat mana nak labur, pilih 8%.
kalau tak tahu nak buat apa, kekal jer 11%..biar kwsp jaga :)
Sangat setuju dengan artikle ini, lebih baik lebihan kewangan digunakan untuk tabungan lain atau pelaburan yg lebih menguntungkan berbanding duduk dlm kwsp yg kita berkuasa terhad tuh.
Ada tanya konsultan unit amanah minta pendapat samada kekal 8% atau 11%. Memandangkan saya aktif melabur unit amanah mengunakan KWSP. Menurut beliau, untuk saya tidak significant sangat untuk kekal 11% atau sebaliknya.
Untuk kepastian saya syorkan dapat nasihat daripada konsultan unit amanah masing-masing mungkin setiap individu berbeza.