Kadang-kadang saya suka shopping barang rumah.
Tadi jalan-jalan kat Ikano. Singgah ke Harvey Norman (memang tempat feveret saya). Tengah ada clearance sale sekarang ni.

Perkara pertama yang buat saya tertarik adalah carpet yang dijual pada harga diskaun 80%. Bukan tipu. Memang jenis carpet yang tebal dan berat, harga RM900 dan ke atas.
Saya tanya manager kenapa ada clearance. Jawapnya karpet ni semua dah tak bersih sebab benang dari karpet lain dah melekat di atasnya. Ada yang mungkin kotor sikit kena habuk masa disimpan di dalam stor. Mereka memang tak bersihkan karpet tersebut untuk dijual pada harga normal. Jadi jual je terus pada harga clearance macam ni.
Dan karpet ni bukan show unit yang orang dah pijak. Ada yang kotor sikit, tapi boleh kata 95% look like new. Lepas hantar dobi confirm nampak macam baru.
So apa lagi, saya pun sambar satu pada harga RM240 after diskaun. heheh..
Kepada yang mencari carpet, silalah ke Harvey Norman Ikano. Sementara stok masih ada. Kalau tak percaya dengan harga dan kualiti carpet yang dijual, compare dulu dengan harga carpet yang lebih kurang sama kat Ikea.

Comments
11 responses to “Carpet Murah”
bestnyer dapat price murahh…
Murah gak ..diskaun gila2 ni..hehe
Mungkin demand untuk carpet nie agak kurang ….antara sebab harganya jatuh menjunam selepas diskaun….walaupun diorang still untung lagi kan….
wah dapat dgn harga berpatutan selepas promosi :)
pandai hang ambil kesempatan aa..
Sebagai pelabur saham, aku dah dibiasakan untuk membeli sesuatu kalau harganya murah tak masuk akal
Murah bebenor. boleh try tgk2 ni
murahh.. jauh tu potong dia dr rm900plus ke rm200plus.. bleh beli tuk raya nanti ^^,
wah tinggi betul potongan harga yang diberikan ya.. memang berbaloi rasanya jika nak dibandingkan membeli pada harga asal yang hampir RM1k
Tak ada peluang untuk mengunakan karpet kerana ada ahli keluarga yang mengidap Asma.
takde keperluan lagi nak beli..