Cari Loan

Reading Time: < 1 minute

03877d324

Nak uruskan pembelian sebuah rumah. Bukan rumah saya.

Pakej menarik sekarang yang saya jumpa adalah dari Citibank. BLR – 2.4% untuk rumah berharga RM500,000 dan ke bawah. Kalaulah masa saya nak beli dulu ada tawaran bagus macam ni.. Tapi yang ni untuk non-zero cost package. Maksudnya legal fee kena tanggung sendiri.

Untuk zero cost package, BLR – 2.35%. Still, very low interest.

Saya lebih suka interest yang lebih rendah walaupun terpaksa keluar duit sikit untuk legal fee. Lagi rendah interest, lagi kurang duit yang perlu kita bayar kepada bank.

Walaupun begitu, tak semua orang nak tanggung legal fee. Kalau boleh masukkan dalam loan, mereka akan masukkan. Rumah untuk rental income eloklah masukkan sekali legal fee ke dalam loan supaya entry cost kita rendah.

Perjanjian jual beli kali ni unik sikit. Completion dia dah dipersetujui pada bulan Februari tahun hadapan. So takdelah rushing nak meet dateline.

Harap semuanya berjalan dengan lancar.

* Selain daripada bank dan kenalan, saya cari mortgage consultant kat sini. Banyak info yang dikongsi especially pasal interest rate dan current promotion daripada pelbagai bank untuk loan rumah.


Posted

in

by

Comments

13 responses to “Cari Loan”

  1. yana Avatar

    Assalam, BLR skrg takda yg tetap..semua berubah2 … risiko sedikit. bank semua fikir keuntung saja. baik study dulu sebelum sign dokumen perjanjian.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Memang kena study dulu sebelum sign.

  2. Ali Avatar
    Ali

    Pnah nak refinance dr leong ke hbsc.at last leong bagi offer sama dan lawyer semua dia tanggung sbb smua proses dah jalan…jika kita byr cantik bank mmg x bagi kita pindah.

  3. titan Avatar

    tunggu masa yang sesuai. tengah hunting rumah.

  4. sohoque Avatar

    waaah.. makin kencang bro ariff berkecimpung dlm property ya.. tahniah bro.. moga terus sukses

  5. Mas PuTRi Avatar

    Masreena suka Maybank BLR – 2.2%

  6. Hafizul Avatar

    Emm semoga berjaya yer ariff..hehe..

  7. sukma Avatar

    sepuluh tahun lepas beli rumah BLR tinggi….banyak procedure yang kena ikut selalunya menguntungkan bank…sebagai pengguna kita harus tahu cara dan bagaimana….dulu saya guna AMBANK semuanya even kita request statement sure kena caj….

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau still di rate BLR lama, elok refinance

  8. orang kampung Avatar

    Memang best klu semua bank ada buat tawaran mcm ini…

  9. hafizrahim Avatar

    rendah jugak ek interest..aku ambik dengan rhb pun tak rendah macam tu

  10. lamanblog Avatar
    lamanblog

    Citibank strict tak dalam application loan berbanding bank lain?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Biasanya dalam offer period macam ni bank akan kurang strict.

      Apa-apa pun, make sure ada good financial record. Approval ni semua bergantung kepada kekuatan application kita