
Bukan selalu kita dengar pertandingan yang memberikan peluang kepada pemenangnya untuk ke angkasa lepas. Melalui cabaran AXE Apollo Space Academy, AXE Malaysia memberi peluang kepada individu yang ingin melangkaui kebolehan sendiri – menjadi seorang wira negara.
Pemenang cabaran ini akan merasai sendiri sausana angkasa yang luar biasa dan kembali sebagai wira kebanggaan seluruh negara sekaligus memberi inspirasi kepada seluruh warga Malaysia yang lain.
“Perjalanan angkasa untuk semua orang adalah perbatasan selanjutnya dalam pengalaman manusia,”Produk AXE Apollo direka untuk membantu lelaki berasa yakin dan paling penting berbau harum seperti saya :P Bukan setakat kelihatan segak dan kelihatan tampan, kaum lelaki perlulah berbau wangi dan berasa selesa supaya mereka lebih berkeyakinan.

Inilah sebabnya mengapa deodoran semburan terbaru AXE Apollo dengan keharuman yang segar dan bersih, menggabungkan ‘sage’ segar dengan ‘crisp mandarin’ yang nyata dan kayu cendana yang lembut adalah sesuai untuk lelaki moden.
AXE Apollo kini menjadi pilihan saya untuk dibawa ke mana-mana terutamanya ketika menghadiri event blogger. Sebagai modern man, saya suka dengan baunya yang sangat sofistikated.

Berbalik kepada cabaran AASA, seramai 20 calon angkasawan akan dipilih daripada lebih 100 buah negara untuk menjalani latihan saringan terakhir di Kem Angkasa Lepas Global NASA, Orlando, Florida.
Calon angkasawan dari setiap negara akan dipilih berdasarkan undian terbanyak sebelum menjalani sesi saringan di peringkat kebangsaan. Sesi saringan ini adalah lebih kepada saringan fizikal di mana keupayaan fizikal calon akan diuji untuk memastikan bakal angkasawan ini mempunyai tubuh badan yang sihat.
Untuk kempen ini, AXE juga telah menghasilkan beberapa klip video iklan AXE Apollo yang bertemakan “Tiada yang dapat menandingi seorang angkasawan. Sememangnya.” Iklan ini memang kelakar!
Semasa pelancaran kempen ni hari tu, saya ada terfikir nak menyertai cabaran ini dan menjadi salah seorang calon angkasawan. Kalau menang, boleh jadi sejarah blogger Malaysia pertama diterbangkan ke angkasa lepas, sekaligus layak digelar angkasawan.
Kata Buzz Aldrin, angkasawan tersohor dan juruterbang pesawat angkasa lepas bersejarah Apollo 11 yang telah mendarat di bulan pada tahun 1969:
“Memang tak dinafikan perjalanan ke angkasa lepas boleh dikatakan sebagai pengalaman yang paling menakjubkan bagi seorang manusia”
Malang untuk saya kerana tidak dapat menyertai cabaran ini disebabkan komitmen kerja. Takpelah.. mungkin ada peluang lain di masa hadapan. Mungkin ini adalah peluang untuk pembaca blog ini.
Oleh itu, saya ingin menjemput para jejaka bakal angkasawan seluruh Malaysia untuk menyertai cabaran ini. Daftarkan diri anda di laman AASA sekarang, cipta profil dan beritahu seluruh dunia mengapa anda adalah calon terbaik untuk ke angkasa lepas.
3 langkah mudah untuk peluang terhebat ini. Jangan lepaskan.
Untuk info lain, sila lawati:
- Laman rasmi AXE Apollo Space Academy
- Laman Facebook AXE Malaysia


Comments
22 responses to “Cabaran Ke Angkasa Lepas Axe Apollo”
Dia ada ambil kira latar belakang pendidikan sekali ke? Fizikal pun kene bagus gak tu. konfem sape tak tahan, mesti muntah kene bende pusing2 tu huhu
Pendidikan? Not really. Semua orang boleh masuk
bagus juga cabaran nie.. cuma masa je tak da, menguji ketahanan mantal dan fizikal
menarik cabaran ni…bilanya audition bermula? harap2 sempat datang untuk menonton bukan menyertai huhuhu…
mesti nama bro naik Apollo nanti tersebar..hahaha
Best ni kalau terpilih. Agak2 ada ke melayu blh dapat ni?kena beli banyak deodorant ni kot.
Hehe..memang bukan calang2 cabran nih,,.
deodorant sexyyy……So, bila nak fly ni bro? hik3…
ada ke angkasawan wanita yg stylo-mylo + super gorgeous mcm dalm gambar tu???hahhah..
btw..kalau dapat peluang ni..jgn di lepaskan..menyaksikan kejadian Allah Yang Esa dari sudut berbeza mungkin menjadi satu anjakan paradigma dalam kehidupan kita.
kalo ariff join confirm pecah rekod blogger pertama ke angkasa :)
wah..peluang baik tu jd blogger angkasawan..hehe :)
wah ko join eyh rip…
Takdelah. Nak ajak ko join lah ni
try bro tahan nafas selama lima minit? boleh tak?
i dare you. konfem tak leh! hoho.
salah satu ujian saringan angkasawan datuk dr. sheikh muszaphar shukor yg hensem dulu. huhu.
Wow. Serius? Lima minit lama tu. Kalau saya, confirm pengsan
wow.. bunyi macam best, sayang bro x join.. ada potensi tu
fizikal dan mental kena kuat ni…
just joined. mohon undi saya… ;p
Bro kena join ni. ada harapan nak menang tu. ramai peminat akan vote
blogger angkasawan.. perghh..
boleh je bro. kalau terpilih boleh ambik cuti tanpa gaji lagi2 bila dah makin popular bila masuk metro ahad hari ni
Cabaran yang hebat dari segi fizikal dan mental