
Projek penulisan ebook saya bermula sejak Januari lagi. Yang dipublish ni adalah draf ketiga ebook. Draf kedua telah saya hantarkan kepada mentor saya (dah upgrade jadi mentor.. hehe) tapi kena reject, actually bukanlah kena reject, tapi dia bagi cadangan lain yang lebih sesuai untuk masa itu. Jadi saya buat balik keseluruhan ebook tersebut.
eBook SEO Untuk Semua mempunyai DNA eBook Digging Into WordPress. Dan sebenarnya saya cuba untuk mengikut konsep penjualan ebook mereka iaitu dengan mengeluarkan updated version dari masa ke semasa. Of course kerja banyak sikit nanti tapi demi untuk menjaga kualiti dan nama, no problem rasanya.
Lagipun kalau saya buat macam tu, tak perlu lagi tulis ebook baru. Just update yang lama je. Harga mungkin akan dinaikkan bila keluar update baru, tapi kita tengok macam mana dulu.
Setakat yang saya tahu belum ada lagi penjual ebook tempatan yang buat macam ni.

Kepada yang dah lama dengan blog.ariff, terutamanya yang sejak awal lagi membaca entri tutorial saya, anda pasti tahu jenis entri yang macam mana saya keluarkan. Saya copy paste dan semua yang saya tulis lahir daripada pemahaman saya sendiri. Saya rasa itu selling point yang paling penting untuk ebook ini.
Sebenarnya tak banyak beza pun. Saya hanya meneruskan apa yang saya lakukan, cuma kali ini lebih mudah kerana takde kekangan seperti entri terlalu panjang dan sebagainya. Kalau tulis tutorial dalam blog, kena ada limit supaya tak terlalu panjang sampai pembaca boleh lost. Kalau ebook, pembaca boleh print dan baca sendiri pada masa lapang.
Jaminan?
Saya tahu ramai yang rasa was-was bila cakap pasal ebook secara umum disebabkan banyak kes yang berlaku sebelum ni yang berkaitan dengan penjualan ebook tidak berkualiti. Biasalah, saya pun rasa was-was kalau nak beli ebook orang, terutamanya kalau orang IM yang jual. Kadang-kadang marketing je lebih, tapi kualiti takde.

Jangan takut. Awal-awal lagi sejak penghasilan ebook ini saya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada pembaca. Lagipun, semua yang saya lakukan tu masih lagi saya amalkan sampai sekarang. Paling penting, it works! Dan percaya atau tidak, benda ni tak memerlukan pengubahan kod langsung sebaliknya teknik yang saya ajarkan ni adalah teknik yang bijak.
Mustahil untuk saya berikan jaminan yang anda akan dapat first page Google Search kalau beli dan ikut apa yang saya tunjukkan dalam ebook tersebut. Banyak lagi faktor yang perlu diambil kira. Apa yang boleh saya jamin, cara yang saya sendiri telah lakukan (dan terlah berjaya) serta faktor lain di sebalik kejayaan tersebut.
Harga
Ada orang kira bilangan muka surat untuk melihat samada berbaloi ke tak harga ebook yang diletakkan. eBook SEO Untuk Semua mempunyai kira-kira 30 muka yang penuh dengan teks dengan jumlah keseluruhan muka surat adalah 38. Ok fine. Mungkin sedikit. Resolusi yang saya gunakan adalah 720 x 576 pixel.
Saya lakukan research dengan membandingkan produk competitor (dirahsiakan). Dalam ebook mereka, saya cari muka yang ada paling banyak teks. Saya bandingkan bilangan perkataan dalam muka surat tersebut. Hasilnya, bilangan perkataan dalam ebook saya untuk muka surat paling banyak teks adalah dua kali ganda berbanding ebook pesaing.
Resolusi yang digunakan untuk ebook tu adalah untuk widescreen. Sekarang, semua benda guna resolusi widescreen, termasuklah tablet/ipad. Tujuan penggunaan resolusi tersebut adalah untuk mengurangkan scrolling.
Oleh itu saya rasa RM37 adalah harga yang adil. Kepada yang membeli, jangan fikir short term. Anggap pembelian ebook ni sebagai pelaburan untuk jangka masa setahun, jadi kosnya adalah lebih kurang RM3 sebulan. In a year, Insya Allah apa yang dipelajari akan memberi manfaat (more traffic, more income).
***
Publish ebook sendiri bukanlah kerja yang mudah, lebih-lebih lagi kalau tujuan utama kita menulis adalah untuk mendidik pembaca dan tidak mementingkan keuntungan. Dalam masa yang sama, reputasi dan nama baik perlu dijaga. Di peringkat akhir penulisan ebook tersebut, saya berharap sangat pembeli dapat memahami 100% apa yang saya cuba sampaikan.

Comments
33 responses to “Cabaran Dalam Menulis eBook”
rugi betul tak jadi pembeli awal… baru baca newsletter ariffshah.com dalam email… dah buat pembayaran… tapi tak guna maybank… so mesti lambat dapat… nih…
tahniah sebab berjaya keluarkan ebook sendiri :)
seriously, mmg sangat susah nak buat ebook tambah2 lagi yang berkaitan dengan seo.. silap2, customer tak puas ati dan tak dapat nak paham..time algo change lak, nak kena update lagi…mana lagi nak luang masa dengan projek sendiri, dengan nak layan karenah orang…anyway, tahniah..
Menarik.. Good Job.. teringin nak tahu isinya. nak tanye, bayar guna PayPal blh ke x?
try tengok teaser kat page ebook tu. paypal $12. no hal
Insyaallah akan beli bile dpt gaji…
syabas dan tahniah. satu pencapaian yg boleh dibanggakan.
kalau benda bagus, orang akan cari. Kalau ebook bagus, even orang kat uganda pun akan cari. :)
bro..mantap ebook awak tu..saya suka widescreen format tu..mesra tablet specially iPad
Harga mmg dah kira murah giler
Keep it up bro
sebenarnya saya belum try lagi kat ipad. Jadi kalau boleh snap picture cun gak. hehe
mesti rasa lega kan bila ebook ni dah siap. cabaran dah berjaya ditempuhi.
hmm, tengah kumpul fulusss nak cekau satu :D
aku tertarik sbb design… walaupun isinya aku suka jgak…. tpi disebabkan faktor lain, aku akan beli jugak bila “masa sesuai” nnti… hew hew hew
takpe2. takde paksaan dalam membeli. bila rasa sesuai dan ada bajet, gitau je
Jadi ebook ni dah mmg boleh mula di beli ke bro?
yes. memang dah dijual
heharap bulan depan harge ebook ni masih rm37.. skng ni xdpt beli. bulan ni kena kompaun mbmb plus side mirror motor kena curik. huh
insya allah sempat
aku suka cara ni sbb lain dari IM yg gile duit tu$$ .. btw, nak tny. Kalo beli tu, dpt satu ebook lengkap la. Yg bro kata akan update tu camne plak? kira sape yg beli, akan ade update version dari semasa ke semasa.. gitu?
yup. satu ebook lengkap. kalau ada update nanti, akan diemailkan terus sebab lepas pembeli isi borang tu, email dah tersimpan dalam database.
tak sabarnya nk baca dan fhm ebook ni
by today i will bank in n will update u. tq
i rasa nak buat ebook tutorial make up lah.. ahaksss… tak pun tutorial inul goyang ke? ekeke…
kalau ebook InulGoyang pasti ramai yg beli madam
Aku dah beli ini ebook aritu lagi. Berbaloi la. Kalau jual 50 pun aku beli… Woha!
Insya Allah aku beli dalam masa terdekat ni. Tunggu duit masuk je, sappp terus aku order.. Hehe..
gudluck !
Tak sangka akhirnya ariffshah ada ebook sendiri… ;)
Memang akan beli juga eBook ariff ini nanti sebab banyak lagi yang kena belajar tentang SEO
namee suka betul yang ariff tulis pasal Lynas tu. bagus. kawan2 semua duk baca . syabas syabas.
Soalan saya bagaimana bro Ariff mengekalkan pengetahuan mengenai ilmu SEO maklumlah Google selalu kerap mengubah algorithm mereka.
bro ariff akan buat update version..huhu..
Idenya kreatif sekali tu..butuh berapalamabuat menyusun seperti ini? Sinopsis-nya sepertiapa ya?
Kimpulan tulisan sendiri yang dibuat ebook. sungguh kreatif dalammemanfaatkan peluang
Finally siap sudah. Congrats 2 u brother..
InsyaAllah.. mudah2an laris macam goreng cempedak.. hik3
memang mencabar buat ebook nih.. tapi kalau hasilnya beri kesan positif kepada pengguna, sudah tentu berlipat ganda. =)