Kurangkan masa yang diluangkan di bazar Ramadhan..
Kalau korang mencari bulan yang paling senang nak jadi kurus atau nak kurangkan lipatan-lipatan berlebihan kat perut tu, gunakan bulan Ramadhan yang mulia ni untuk capai target tu. Rajinkan diri bersenam di bulan puasa ni. Terutamanya pada waktu petang sebelum berbuka.
- Bila korang luangkan masa sejam untuk bersenam pada waktu petang di bulan Ramadhan ni, korang sebenarnya mengurangkan masa yang diluangkan di bazar-bazar Ramadhan ni. Dengan itu, takdelah terbeli macam-macam sebab dah 2-3 kali tawaf bazar Ramadhan tu.
- Dari segi kesihatan pula, bersenam waktu perut kosong ni lebih baik sebab tenaga yang diperlukan untuk bersenam akan diambil dari simpanan lemak dalam badan. Jadi berkurang la lemak dalam badan tu sebab dah digunakan.
- Untuk lelaki yang nak cepat dapat six pack, rajin-rajinlah buat sit up dan segala senaman abs supaya pembakaran lemak dapat ditumpukan pada bahagian perut. Oh, boleh juga diamalkan oleh kaum perempuan, takkan nak perut berlipat lak kan..
- Satu efek kalau bersenam sebelum berbuka ni, contohnya kalau ikut pengalaman aku buat 50 kali sit up sebelum berbuka ni, time berbuka nanti confirm makan sikit punya. Seolah-olah macam kantung perut tu mengecut dan nak makan banyak pun tak boleh. Cuba try sendiri kalau tak percaya.
Semoga Ramadhan ini menjanjikan kesihatan yang lebih baik kepada tubuh badan dan rohani anda =)

Comments
40 responses to “Bulan Ramadhan – Bulan Kurangkan Lemak”
Baik kau check kevinzahri.com Bos…kang tak pasal ade yang bersenam pre-iftar..naya je kot…
hurm…idea yang bagus.tapi saya ade jugak terbaca dlm paper cara pemakanan pun boleh bg efek pada penurunan berat badan…anti saya suh adik saya senam…hehehe…
Saya lain, sekarang pun baru separuh bulan dah rasa makin besar. Puasa memangla puasa tapi rasanya tiap kali berbuka makan banyak dan makan jenis lauk-lauk yang tak terkawal lemak/kolesterol. Nasib ada amalkan makan Khal, xdela efek lebih2.
baru keluar dalam tv hari tu (lupa rancangan apa) buat senaman sebelum berbuka memang elok. kalau senaman selepas sahur tak berapa bagus untuk kesihatan
Lepas sahur xleh. Nanti makanan tu tak di hadam dengan betul. Samalah kalau makan malam pun, kurang2 nak 4-5 jam sebelum tidur supaya boleh dihadamkan dulu. Kalau tak nanti senang boroi.
em xpernah lagi buat senaman sblm berbuka ni…em mcm best je…maklum la hidup bujang xyah masak bnyak menu so sempat ar senaman lu…em tapi tiap2 hari lepas keje pun mmg dah senam dah…senam kaki coz balik keje mmg jalan kaki je dari ofis ke umah…jauh gak ar…em senam kaki je la…tapi rasanya bulan puasa ni berat badan turun lagi kot coz pakai baju semuanya mcm dah terlebih saiz biasa je…
tp kan, klo da petang2…tenaga da tgl sikit..nk buat senaman pown xlarat…yg tgl hnya tok g tapau kt bazar jerk…hehehehe
Betul…kalau keluar peluh time-time pose ni, niat kerana Allah, lagi elok, minta tubuh badan yang sihat…
selama berpuasa nie.. rasanya baru 3-4 hari aku buat sit up sebelum berbuka dan sebelum tido. x byk.. 20x kiraan up tahan 4 secs down in 2 secs. aku x buat yg sit up laju2 tu.. rasanya boleh sakitkan pinggang sebab aku bukan athletic sangat. so aku buat berdasarkan kemampuan diri aku.
ptg nie aku nak print schedule la.. bg igt diri sendiri suh sit up ikut jadual.
Selamat berjaya bro. Tak makan waktu siang tak semestinya tak perlu bersenam kan =)
ya benar skali
sepanjang dah 12 hari kita berpuasa ni…lom pernah sekali pon i pegi bazar ramadahan..hehehhe..salu berbuka kt umh je..sume masak..
selang seminggu kena timbang berat badan, ada perubahan ke tak…eerrmm…
nanti lah cuba… :D
cm xcaye pon ade…smlm timbang berat ak 48 je…dlu koman2 pon 50 xley turun da..ntahla..mesin timbang rosak or mmg btol berat ak da trn mndadak cmtu…klu ikutkan bmi ak nk da trlbh kuwus..xtaula samaada nk maintain or nk makan bnyak lg..mkn bnyak buncit lak..bkn gemok…huhu=(
Betul tu… Exercise memang bagus… Macam saya suka swimming. Tapi bulan puasa ni tak bolehla swimming. Kang makruh pulak. He he..
kurangkan lemak sahaja rugilah sebab bulan bukan puasa pun boleh je dapat 6 pack. berapa ramai pelakon-pelakon barat yang ada 6 pack walaupun tak puasa. kurangkan dosa lebih baik di bulan puasa, mudah-mudahan semua pembaca-pembaca di blog ini diberi hidayah oleh Allah.
mcm sy time buka pun makan sikit..takde nafsu lebih2 pon..same je mcm2 ari2 biasa..perut kecik kot..hehe..
mmg betul klw dah buat sit up kita akan rasa perut kita akan sakit klw mkn bnyak.. so mkn sikit je la..bulan buasa ni ramai je nafsu buaya..
klw nak senang untuk kurangkan lemak jom la join saya daki 99 anak tangga hari2, belum masuk tangga faculty n block.. 1 hari 3-4 kali jugak la turun naik..
Pergi bazar pun salah satu eksesais. bertawaf banyak kali bazar ramadhan tu dan berkumun dengan orang kat bazar pun boleh kuarkan peluh. Haha.
Tapi, tak suka pergi bazar. Suka makan masakan mak.
point no 1 tu, bagus jugak.. :D
info bagus ni…
nak cuba laa…
thanks ariff….
kena try ni!
aku nak main tennis time ramadhan, the problem is, tak de siapa mahu main sewaktu ramadhan la…
dia orang patutnya baca entry kau!
hahahahaha
tapi aku nak gemuk, mcam mane tue ?
dah kurus sikit ni..sapu juga losyen pati halia mustajab..hehe
sama la kita, gunakan pati halia mustajab, hehehe
hmm cita2 mmg nak senam tp payah betul nak dicapai, x makan byk kesian plak dkt mak yg sediakan mcm2, nak pilih yg mana satu nih
Makan sikit dari yang bermacam2 mak sediakan dah la. Atau Lin rasa je, jangan melantak orang kata. Haha
eheh.. mak sediakan untuk ayah suruh makan banyak. anak-anak makan sikit no hal
kalau nak naikkan berat badan lak boleh x?
boleh je. Silalah makan banyak2
huhu.. nis mmg jenis tak makan banyak pun. kalau makan banyak pun ikut time.. selalunya berbuka tu la sahur. bukan sebab malas bangun, tapi sebab makan sikit pun dah kenyang sangat..
aku baru pergi sekali je bazar Ramadan tahun ni.
tu pun beli air tebu je.
sadis kan?
hahaha~
aku kalau bulan puasa, tak suka sangat makan nasi~
aku lagi suka minum air~
haha.. aku suka pergi bazar. Kena jalan kaki. Pergi balik adalah 45 minit camtu. Eksesais gak tu. Bila dah jalan kaki, takdelah nak beli benda banyak2. So beli cukup2 je lah..
tkde maknenye nk senam2 time bulan pose ni derr..
apesal? aku bersenam relax je, tak mati pun
tapi org macam aku mmg xleh…berat bdn aku 44-45kg je padahal dah nak masuk 18 tahun…kurus sgt…masalah
huhu, tapi banyak senaman kat bazar…jalan kaki pusing 1 bzr…
aku pulak amalkan makan oat yg di campur dgn kellogs special K dan sedikit pisang/kurma untuk sahur. Kenyang, energy ada, semalam timbang dah kurang dkt 4KG. :D
Nice. Tahniah bro! Makanan ruji kita (nasi) ni memang faktor utama berat badan naik. So kalau kurangkan nasi tu pun efek dia banyak dah.