
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, ada projek besar yang saya sedang usahakan. Projek yang dimaksudkan itu ialah menulis semula buku WTF? 23 Properties by 30 ke dalam bahasa Malaysia.
Selepas pertemuan dengan penulisnya tempoh hari, dia menyatakan hasratnya untuk mengeluarkan versi bahasa Malaysia untuk buku tersebut. Secara peribadi, memang rasa nak buat tapi dua perkara utama ni membuatkan saya berfikir berfikir beberapa kali untuk menerima tanggungjawab itu:
- Tak sempat siap. Buku ni mengambil masa selama dua tahun untuk ditulis. Saya diberikan masa dua bulan untuk menulis semula kerana dijangkakan versi Bahasa Malaysia akan keluar pada penghujung tahun ini
- Kualiti. Saya hanyalah penulis blog biasa dan mengambil aliran sains di sekolah dulu. Tiada background penulisan dan sastera. Oleh itu, sememangnya banyak lagi penulis yang layak di luar sana
Akhirnya setelah mendapat galakan daripada AE (yang pada asalnya ditawarkan untuk job ini) saya menerima tanggungjawab itu. Merasalah juga jadi penulis buku :P
Kerja Senang?
Tak juga sebenarnya. Cuba sendiri dan anda akan tahu. Secara asasnya, kerja ni adalah seperti menulis semula buku ini. Adalah mustahil untuk melakukan direct translation kerana akan ayat yang keluar confirm memeningkan nanti. Buku ini mengandungi sekurang-kurangnya 40,000 patah perkataan dan biasanya versi bahasa Malaysia adalah lebih panjang berbanding versi bahasa Inggeris.
Draft pertama saya hampir siap (75% siap). Lepas ni akan di-submit untuk pembacaan kali pertama, edit semula, sumbit draft kedua dan langkah ini akan diulangi sekiranya perlu.
Betul-betul merupakan pengalaman yang sangat berharga. Insya Allah menjelang penghujung tahun ni dapatlah melihat buku ni dalam bahasa Malaysia dengan nama Ariff Shah terpampang di front cover =)

Comments
46 responses to “Buku WTF Versi Bahasa Malaysia Coming Soon”
Tahniah tuan. Satu kerja yang sukar.
Direct translation akan membuat pembaca makin keliru je. Seperti buku rujukan math tingkatan 2 (anak buah punya) dia buat direct translation ke english. Memang lawak dan konfuse jadinya.
wah! tahniah!!
nak review leh? hehe :p
buku ni memang ditunggu ramai…
cuma aku tak berapa sure kenapa…
tahniah Ariff!
WTF best tu..
Syabas bro… semuga Allah permudahkan urusan….
Tak sabar rasanye nk bace WTF dlm versi BM..
kalau nak baca dlm English , kompem berbulan-bulan tak habis2…
Pastikan Ariff translate dengan olahan sendiri yang sempurna! Takmau direct translation ya *goyang2 telunjuk*
#frust sesetengah buku terjemahan yang direct translation. terpaksa ambil masa nak faham >__<
Yes! Inilah yg saya nantikan. WTF berbahasa melayu. Sonang den nak paham.
Tahniah bro. Bro Ariff semakin maju dalam bidang penulisan.semoga sukses .
Congratz bro. Dah habis baca versi inggeris, mungkin akan beli versi bahasa malaysia juga bila keluar nanti. Ada penambahan isi ke? atau translate sahaja?
Tahniah bro.
Memudahkan orang lain membacanya dan mendapat ilmu dalam versi Bahasa Melayu.
Tahniah bro =) , mantap lah!
agaknya brpa hrganya buku ni ye Tn ?
Mungkin sama macam harga buku bahasa Inggerisnya (tak ingat berapa, tapi kurang daripada RM50)
Tahniah..teruskan usaha murni Tn..boleh membantu yg tak brpa mahir BI ni mcm org kg..heeee..
Hebatlah ariff shah. nak beli buku ni lagi lah, walaupun dah pernah menang dengan eyriqazz sebelum ni. Sebab tak berapa nak jelas bila baca english. :)
Takdelah hebat mana. Sekadar memanfaatkan pengalaman yang ada dalam menulis.
Timba banyak pengalaman jadi translator..Tahniah!
Timba banyak pengalaman jadi translator..tahniah AR!
Untung tu Ariff. Peluang yang bagus. Lepas ni kalau aku nak ada proof-reader, boleh suruh kau pula. Boleh? :)
wah bagus tu bro..
Wow! This is interesting. Well done ariff. Kalau sesetengah word tak boleh direct translate, just italic kan saja. Nanti susah faham pula.
Betul. Ada word memang kena pinjam terus term bahasa Inggeris dia. Selalunya kalau sampai part macam ni, memang pening kepala gak
Kena beli kamus banyak-banyak. Perkayakan vocabulary bro. Gud Luck!
Congrats…nak sign boleh? :)
Nak sign kat mana tu?
Dengan sokongan bro AE boleh dilaksanakan. Walaupun tidak semua istilah boleh dialihkan didalam bahasa Melayu kalau dapat 95% tepat pun boleh.
Kalau susah-susah hantar ke Institut Terjemahan Negara.
Ada ke institut tu? First time dengar
ada di Wangsa Maju…
buku Rich Dad Poor Dad pun diterjemah melalui ITNMB…
Kos mesti tinggi kalau nak suruh diorang translate
Apa kata Ariff cuba hubungi mereka dulu, tengok macam mana. Kalau tak terjemahan, khidmat suntingan pun ada.
Kadar perkhidmatan yang disediakan bergantung kepada faktor-faktor tertentu pada sesuatu projek. Kalau nak siap cepat tu biasalah.. pasti ada caj tambahan.
Buat apa? Buat sendiri pun nak siap dah
wah sangat ternanti-nanti ni cetakkan semula dalam bahasa Melayu.. memang aku tunggu2 senang nak baca n faham.. maklum jelah aku orang kg.. dulu masa kelas B.I.. suka tidur nilah jadinya.. hehehe
hehe.. takpe2. tunggu je versi dalam Bahasa Malaysia ni. Saya akan cuba buat yang terbaik
Rezeki Allah itu.. Mudah2an berjaya..
Aku dulu pernah regret sgt kerana menolak ajakan
kawan untuk menulis kembali sejarah Malaysia..
wow. menulis sejarah tu. Lagi besar tanggungjawab
wow..mesti beli nie..ada pre-order tak bro? takot sold-out lak nanti..haha..tak lupa juga, tolong sign kan nanti..hehe
Kalau sold out confirm akan dicetak semula :)
pergh! terbaik laa…
Ingatkan semudah Google translate…
Bukan senang nak olah bagi orang senang faham..
Apapun good luck..
terbaik ah bro… moga berjaya
tak sabar nk tggu keluaran buku nie lam bahasa malaysia, bukan tak pandai english tapi nak faham dia punya istilah itu yang memeningkan sedikit, mungkin kena jugak baca hampir 2,3 kali baru paham. Ada jugak baca dan tak faham-faham….:)
Harap versi BM nanti dapat membantu
tahniah bro. usaha tangga kejayaan
yeay. ada jugak bahasa malaysia. ingat nk beli dah buku ni. tapi dah nak keluar versi bahasa malaysia, boleh la kot tunggu sekejap :)
timeline tu tak berani nak cakap bila boleh keluar. Insya allah penghujung tahun nanti.
wah menarik ni..
nanti apa ye tajuk buku ni dalam bahasa melayu?
haa.. yang tu belum ditetapkan lagi. Kena bincang dengan penulisnya