
Hari Rabu dapat panggilan daripada pihak pencetak. Katanya buku ada pada dia. Saya buat temujanji dengannya untuk berjumpa hari ini (Khamis). Ambil cuti sehari.
Pagi-pagi singgah ke pejabat pos Subang Jaya. Katanya stok sampul Pos Ekspres dah habis. pfft. Dah mula runsing mana nak cari sampul. Call AE tanya sebab dia dah biasa beli sampul ni untuk hantar buku dia kepada pelanggan. Dapat beberapa cadangan.
Perjumpaan dengan agen pencetak di Kota Damansara. Singgah ke TTDI. Memang bertuah sebab kat pejabat pos TTDI ada stok sampul ekspres ni. Saya borong satu kotak. Cash and carry.
Dapat buku hantar terus ke rumah. Lepas tu keluar balik.
Balik rumah, mandi, solat dan terus buat proses pembungkusan untuk penghantaran. Siap dalam masa dua jam dengan bantuan adik. Dapatlah kasi dia duit poket sikit.
Jadi esok (Jumaat) buku semua akan dihantar. Semoga takde masalah dalam perjalanan ke alamat anda semua. Semoga buku ini mampu melahirkan lebih ramai lagi pelabur hartanah yang berjaya di kalangan bumiputera.

Maaf kalau ada yang terasa lambat. Kelewatan ni bukanlah daripada saya ataupun penulis asal (Faizul Ridzuan) tetapi disebabkan oleh pihak yang mencetak. Almaklumlah sekarang kan musim pilihanraya. Mungkin mereka dapat banyak urgent job dan terpaksa tangguhkan kerja mencetak buku ni..
Masih ada stok dengan saya. Yang berminat boleh terus buat pembelian. Tunggu kat kedai buku belum tentu dapat lagi, especially mereka yang berada di luar Lembah Klang. Beli dengan saya, saya boleh terus pos.
Stok terhad ok. Saya mungkin terpaksa pulangkan duit pulak nanti. Siapa cepat dia dapat!

Comments
20 responses to “Buku Wa Tak Faham On The Way”
Aya berminat nak beli buku ni…
Buku yang bagus nie, tak rugi kalau beli..
semoga sukses dan lancar,,good luck!
mcmana nk order buka ni en ariff dan berapa harganya
Ikut arahan di page ni untuk order https://ariffshah.com/pre-order-buku-wtf/
Harga Rm39 termasuk kurier
Alhamdulillah buku dah diterima, terima kasih bro
Terima kasih ariff, buku sudah dapat sabtu lepas. Buku yg sangat2 menarik.
berbaloi tunggu lama. Terbaikkk lah.
terbaik..semoga terus maju jaya =)
semoga terus berjaya bro .. skrg sy tgh pokai, LainKaliLah ..hehehe
Bro… buku dah terima dengan selamatnya pagi tadi…
Alhamdulillah. Selamat membaca
adui tengah pokai pulak ..
wow tajuk mantapp !
Akhirnya… Terbaik la Ariff… Nanti nak jugak beli se, hehehe…
Buku versi bahasa Melayu akhirnya sudah berada di pasaran.
gua punya lu sudah simpan bawah bantal kan?
Tebaek bro..kalau aku tak beli english version hari tu, confirm aku beli yang dah translate punye ni.
Tahniah! usaha meramaikan cerdik pandai melayu
Gara2 buku ini jugalah gua terpaksa melepak di Kayu Taipan bertemankan ‘awek kari’ kat sebelah meja.. huhuhu.
Tak sabar. Cepat-cepat la pos. Heheh..