Bukan Salah Kucing

kucing

Dapat surat ni beberapa hari yang lalu. Ada jiran yang tak puas hati dengan kucing-kucing tak bertuan yang berkeliaran di kawasan perumahan di sini. Saya memang tabik semangat tak nak tegur orang sebelah penghantar surat ni sampai sanggup print, beli setem dan pos surat-surat ni di pejabat pos semata-mata nak sampaikan mesej untuk memerangi kucing-kucing ni.

Memang banyak kucing kat kawasan ni, maklumlah, kawasan kampung Melayu. Kalau kawasan Cina, anjing bersepah.

Masa saya dan isteri baru tinggal di sini dulu pun masalah yang sama kena. Kucing kencing kat pintu depan rumah, kasut dan penjuru luar rumah. Tiap-tiap minggu memang kena basuh. Motor saya jadi tempat tidur kegemaran kucing. Syok agaknya tidur atas seat motor.

Isteri pernah dapat hadiah bangkai tikus daripada kucing-kucing ni.

Tapi lama-lama takde dah. Rasanya kucing-kucing tu pun bosan tengok muka kami. Jadi mereka pergi menyapa orang yang baru pindah ke kawasan ini. Dan saya rasa yang menghantar surat ni adalah orang yang baru berpindah ke kawasan ini.

Binatang ni boleh dilatih. Kalau tiap-tiap kali dia kencing depan rumah dan kita kemas dan basuh bersih-bersih, lama-lama dia pun malas dah nak kencing depan rumah kita.

Saya tak rasa kucing adalah haiwan yang mendatangkan masalah. Oleh itu, sayangilah kucing yang berkeliaran di rumah. haha

6 Comments