Buka Puasa GengBlogger @ Dataran Shah Alam

Reading Time: 2 minutes

Bersama si cantik manis Ajwin Ajeera. Ehem.. Nasib baik ko datang Ajwin =)

Alhamdulillah semalam telah berlangsung aktiviti berbuka puasa GengBlogger yang bertempat di Dataran Shah Alam. Sebelum itu berlangsung pertandingan bowling GengBlogger di Plaza Alam Sentral yang tak sempat aku hadiri. Dah training banyak kot. Takpe.. takpe.. ada masa nanti kita bertarung lagi di bowling lanes ye.

Pertama sekali terima kasih tak terhingga kepada Joegrimjow sebab menganjurkan event macam ni. Kalau nak harapkan aku ni, memang susah la sebab problem aku paling besar adalah transportation. Susah kalau ‘takde kaki’ bila duduk bandar macam ni. Nasib baiklah ada part time driver aku Syahirul yang sanggup mengangkut aku ke sana ke mari sejak first time aku sampai sini dulu untuk gathering pertama, beberapa gethering & lepak bersama blogger yang lain (Mandi-manda di Sungai Gabai & Memanjat-manjat di Shah Alam Extreme Park ). Terima kasih yang tak terhingga kepada ko. Lepas ni kalau ada lagi lepak-lepak menjelang merdeka aku payung ko lah bro. hehe~

Pada masa yang sama, aku juga ada dengar yang Ayie pun ada menganjurkan gathering GengBlogger di Johor. Tahniah dan terima kasih diucapkan. Aku terharu dengan semangat blogger-blogger nih, dalam kesibukan kehidupan harian pun dapat menganjurkan aktiviti macam ni. Ada yang datang dari jauh semata-mata untuk menghadirkan diri ke gathering macam ni. Aku harap gathering macam ni tak stop setakat ni aje, teruskan. Sedih gaklah sebab aku tak dapat join dah lepas aku blah ni, tapi daripada benda ni stop terus macam tak best lak kan.. Jadi sila teruskan.

Oklah… banyak kot membebel. Jom tengok gambar.

Sebab tak sempat pergi bowling, maka kitorang pergi bazar Ramadhan kat stadium Shah Alam. Terbaik lah! Macam-macam ada. Gambar nih masa Tan Sri Ariff memilih juadah berbuka, ditemani oleh bodyguard dan orang-orang kuatnya..

Sampai awal, takde benda nak buat. Lama pulak budak-budak ni main bowling. Ish.. rugi betul aku tak dapat join. Dari kiri Blowie, Azhar, MK, Eny, Een, Paeh, Ayong & aku. Aku sukalah sunglasses yang aku pakai tu. Cun tak?

Upacara ice breaking. Perlu ni. Ramai yang masih belum berkenal-kenal, jadi sesi ni perlu diadakan setiap kali bergathering.

Semalam birthday Yus, jadi ada upacara pertepungan Yus berlaku malam tadi. Selamat ulang tahun kelahiran ke-26. Dan juga selamat ulang tahun kelahiran ke-23 kepada Zara (hari ini) yang tak dapat hadir.

Macam biasa lepas gathering lepak kat mamak la. Hm.. aku dah nak blah ni kena hargai la saat-saat melepak kat mamak. Kat Moscow mana ada mamak. Bosan! Bar je bersepah. Sengal punya orang Russia. Joegrimjow, Mr. Piratz dan Bro Framestone pun ada sekali malam tadi.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir. Aku tau ramai yang masih segan-segan antara satu sama lain tapi datang gak, termasuklah aku.. saya ni kan pemalu :P Kalau malu sampai bilalah nak berkenal-kenalan kan.. Bukannya apa pun.. Semoga persahabatan yang terjalin melalui perjumpaan macam ni berkekalan sampai bila-bila. Siapa kata kat dunia internet ni tak boleh cari kawan?

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

80 responses to “Buka Puasa GengBlogger @ Dataran Shah Alam”

  1. SharkFiq Avatar

    dok ajak pun..
    dah dekat sgt dah..
    shah alam~uitm di hatiku

  2. mieja Avatar
    mieja

    bestnye…

  3. ecar182 Avatar

    beshnyer!!!!!!!npe tataw p0n,, :(((
    umah dkat je ngn s13 :(((

  4. Nabiel Avatar

    bro..
    nanti kte repeat bowling naa..hehehe
    ko balik moscow bila?

  5. Frogy Avatar

    wah best nya dapat jumpa kwn baru.. knp sy tak di jmput…
    OPS sy tdk famous pun… Cheer… :)

  6. Sham Hardy Avatar

    lawa sehh formation gathering ko kat padang Shah Alam tuh, damn kenapa aku tak pergi! :(

  7. milimilo Avatar

    hai tan sri ariff.teruja lah jumpa tan sri walaupun nmpk dr jauh je.ahaha.ok ok.pic yg atas skali tu pic mama qhayden.ini bakal papa qhayden ye? ;D

  8. ct soleha Avatar

    wah..beshnyer leh gather2 camni..sayangnye jauh tul tmpat gathering ni..huhu

  9. ejam Avatar

    best nyer dapat jumpa lagi korg2 semua,
    tapi sorry ler tak dapat nk tunggu sampai sesi pecah ais tu coz dah janji dgn org umah utk jalan2 kat i-city tunaikan hajat dia…
    org umah aku sempat gak berkenalan dgn blogger yg dia br jer baca blog nya beberapa sebelum gath, btol2 blogger tu duduk blkg dia jer…hehe

    next time kalau ada apa2 event GB lagi boleh ler aku dan wife join sama…insyaAllah..

  10. zuez Avatar
    zuez

    mengeratkan silaturahim…syukur…

  11. mijie Avatar

    naper la sampai sekarang aku segan nak datang ke majlis sebegini

  12. eyriqazz Avatar

    wah meriah….teringin nak join tapi ada jemputan lain…

  13. Anwar Osman Avatar

    fuyyoo…lagi satu program yg berjaya. aktif sungguh geng nie. dlm diam-diam ada meet-up lg.

  14. orkid Avatar
    orkid

    As Salam…

    betul la ari tu kat bazar tu ariff…
    ingatkan pelanduk dua serupa…
    tp bile tgk pakai bj blogger tu rs mcm btul la ariff… :)

  15. Shahiran Avatar

    Patutlah web gengblogger down je. Korang ada agenda meet-up di dunia nyata rupanya.

  16. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    aduh terlepas pulak kali ni…kalau tak boleh jugak mintak tolong ajar cara nak setup suma ni kan

  17. JAI Avatar

    Aku jugak yang tak sempat jumpa lu bro sejak lu balik dr moscow..belum jodoh agaknya..kita orang dah berusia memang susah sikit nak berjumpa…mana dgn family lagi mana dgn anak2 lagi..apa2 hal congrats buat gengblogger kerna berjaya menyatukan blogger2..

  18. arrizz Avatar
    arrizz

    waa nyesal tak pergi..hehe..takpe2 akan datang sure akan pergi..tapi sayang lak ko n joe nanti takde dah kat msia..aku nak sangat jumpe n kenal2 ngan korang ne,hehe..

  19. ENCIK TIKUS Avatar

    tergelak aku bila ariff shah mengatakan dirinya pemalu. kui3 ;P

  20. Mr.Z Avatar

    meriah betul aktiviti kat sana..

    nak pergi jauh pula..haha..
    ada gak ye MK aka senior kolej aku dulu.. :D

  21. idasm Avatar

    tumpang seronok tengok pic u all. tahniah dan syabas.

  22. APi Avatar

    ngat nak join lepak kat mamak tu..
    tapi member lak nak gune moto..
    huhu~

  23. MM Avatar

    MM sempat tgk diaorg men bowling jer, x sempat gak jmpa ariff, huhuhu

  24. hakimfaridzul Avatar

    serius best!
    takpe, this year aku dah habis foundation kat kedah.

    next year insyaallah dah kat shah alam, so beloh join2 gathering selalu sebab mostly gathering buat kat area selangor n kl~

  25. zool Avatar

    Wah korang cari makan kat Stadium Shah Alam ek… Tempat aku merayau2 sorang-sorang pada setiap Ahad 12 tahun yang lalu.. Tak sempat aku singgah sana semalam.. :(

  26. Azrul Avatar

    wohohoho…gambar yg first tak tahan tu…haha

    1. ariff Avatar
      ariff

      hehehe…

  27. aizuddin Avatar

    best la korang leh lepak ramai2..hehe

  28. mrnamie Avatar

    best best… aku cuma memerhati dari Melaka je la.. hukhuk

  29. syahirul Avatar

    gyahahahahah~

    wahai tan sri ariff shah, happy dah dapat bergambo ngan ajwin? amboi2.. hehehehe.. beta akan menjadi driver part time sampai puasa ni aje.. pastu masing2 dah takde jumpa :)

    b4 balik rusia, spec tu ko bagi aku aje la, sana sejuk, takyah pakai spec kan? gyahahhahaha~ ramai agi wanita nak bergambo ngan ko smlm tapi mereka segan.. sian ko… ape2 pon aku sonok smlm :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      hehe.. hepi2

      erk.. spek kesayangan tu. seumur hidup sekali je boleh beli benda camtu. aku pun hepi ah. thanks a lot!

  30. ery farieha Avatar

    isk
    ade gak gmbr ery termasuk dlm prank tu
    hahahahah

    btw, semalam langsung tak tego ariff
    haduhaii sbb ariff dok ngn geng ja :P

    1. ariff Avatar
      ariff

      alaaaa… eheh.. segan lagi :P

  31. mx Avatar
    mx

    seronok la…
    happening sangat…
    bila la aku boleh join gathering korang ye…
    huhuhu

  32. yusenze Avatar

    wahhh!!! gambar hangit weh.. hahha..

    melekit satu badan..

    baik ko ngaku riff, ko ade subahat x mandikan budak botak tu dgn tepung??

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahahah.. tak nak ngaku terlibat dalam apa2.

      apa2 pun selamat ulang tahun kelahiran ke 26!

  33. chekgu naman Avatar

    wah..menarik ye..sampai ke sudah tak boleh join lagi ni gathering GB..ehe

  34. iddin Avatar

    Best..bila lah kesempatan blogger2 dari Sabah dapat gathering macam ni..uhuk-uhuk-uhuk

  35. Bro Framestone Avatar

    knpe ko kne letak gambar ko dgn ajwin..

    nie nk ngorat ke or nk cupcakes cam si joe nie he..23x baik ngaku sekarang….

    1. ariff Avatar
      ariff

      dua-dua pun boleh kan bro =)

      hehehe..

  36. mcjust~ Avatar

    bestnyaaa buat gathering. ;))

  37. AyongQiela Avatar

    terbaik! seb bek smpt menjoinkan diri. hihi~ cume jeles tak dapat lepak. hahaha :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Takpe ayong. Nanti ada punya lepak sama2 lagi

  38. suffer8zine Avatar

    smart!!! ramai dan sgt best la

  39. liyanaziz Avatar

    wow!! bestnya!!! next time kalau ada lagi nak kena pegi gak, tak kira! =)

  40. atokk Avatar
    atokk

    Mmg happening smalam hehe…1st time jumpa semua bloggers dan jumpa ariff…hargailah kedai maple sblum anda berangkat ke moscow hehe

  41. Lord Zara Avatar

    LOL!
    Yusenze kena?
    Woot!

    Dan ya, thanks Ariff atas ucapan birthday di atas tu~
    Wee~ ^__^

    P/S : post kau tentang GB berbuka sahaja yang aku baca. well, don’t called me discriminate pada yang lain, but I do have my reason =)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Takpe. Memahami!

      Insya allah satu hari nanti kita jumpa gak ye.

  42. nursarah puteri biru Avatar

    sebabkan ramai sangat semalam, tak berkesempatan nak tego Ariff. padahal ni dah kali ketiga kan jumpa. huhu

    nice ah dapat jumpa semua bloggers yg hadir. yg banyak ku tak kenal actually. semua pun sweet2 belaka, walaupun segan2. hehe!

    next time bilalah dapat jumpa lagi. hukhuk

  43. jaws Avatar

    ppeargh..
    gath ni mmg gempakla..
    tahniah!!!

  44. Piratz Avatar

    Yang penting aku sampai umah awal semalam dari korang walaupun sedikit kebasahan.. hehe…

  45. khaizarien Avatar

    hope ianya berterusan….
    n bile arif dh balek sane, hope masih ingt rakan2 blogger d malaysia :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      ishh.. takkanlah nak lupa. Kenangan yang sangat sukar dilupakan..

  46. molmolla Avatar

    Aigooooo! Memang segan ah kan nak tegur anda. hahahah^^
    Nway, kawan aku kmslm kat anda. Dia tak dapat datang.
    But, dia suka sangat baca blog anda dari dulu lg~ :)
    Insya’allah lainkali jumpa lg~

    1. ariff Avatar
      ariff

      laa.. ye ke?

      nanti kirim salam balik. semalam memang tak sempat berkenalan dengan semua orang. ish..

      thanks sebab datang tau =)

  47. lyla_ROCKprincess Avatar

    yesterday was awesome…
    cuma xdpt bergambar personal ngan ariff jerk…
    xper2…
    next time i try lg…
    hee…

    1. ariff Avatar
      ariff

      ye.. insya allah next time =)

  48. fadhilah Avatar
    fadhilah

    abg arrif dah takde harapan lagi ker broadband kat malaysia ni?
    satu pun xde yg laju sume nak gak join si kude laut duit bayo mahal-mahal.
    saya udah try si maxis dan sekarang si lembu celcom nak tukar tapi x tau lerr mane lg baik tgk komen org lain sume maki2 broadband kat malaysia ni hapak takder!!

    1. ariff Avatar
      ariff

      erk.. hmm.. ni broadband kat area mana? try survey apa yang orang guna kat area tu la. lagi senang macam tu.

  49. syahrilhafiz Avatar

    best nya..
    macam ni dapat jalinkan hubungan silaturahim sesama blogger lagi…

  50. eyra Avatar

    hahahhaha apesal ko ta dtg bowling dowh. ko kan gila bowling ahaks

    1. ariff Avatar
      ariff

      eheh… ada kelambatan sikit. Takpe2. Esok aku balun main sorang2.

  51. ieQa sWetLuv Avatar

    tension.. 2 kali miss gathering huk3.. =(

    1. ariff Avatar
      ariff

      ala… takpe2. Lain kali mesti dapat pergi.

      Aku pun tension gak balik Moscow ni mesti tak dapat pergi gathering lagi dah.

  52. dayah Avatar

    bestnya! tak dapat join, bhrp ada rezki jumpa lagi kan, intenet boleh carik kekawan banyak2 pon bole :)

  53. kech Avatar

    yeah! Best gila semalam.kitrang datang awal kat plaza alam sentral tapi pi layan karaoke dulu pastu lambat pi naik tempat boling.alih2 kena buat group sendri untuk main.ape2 pon semuanya happening.hehehe.jumpa lagi kawan2!!

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha.. sempat karaoke.. ni karaoke ngan azizan kadir sekali ke? geng bertiga tu memang rajin karaoke.

  54. hanisaleeya Avatar

    hehe.. Kak zaraku sayang.. same birthdate with me..

    hmm.. bahagian tengah sudah, bahagian selatan sudah.. entah bila nak buat gath kat utara.. huhu.. bz oh bz..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Happy birthday kepada kamu juga hanis =)

      Nanti buatlah gathering gak. Baru meriah.

  55. PJ Avatar

    ai takkan belanja syah je..haha..nice to know u..ko mmg malu2 kambing

    1. ariff Avatar
      ariff

      eheh.. itulah. Aku memang macam tu.

  56. joegrimjow Avatar

    gambar buat suspen, huhu

    waghhh
    xde pon link blog joegrimjow

    1. ariff Avatar
      ariff

      ahaha.. dah letak. dah letak. sekali terlepas pandang pulak..

  57. ZE Avatar

    kenangan pertama bersama gathering gengblogger..memang segan sebab 1st time join..datang pun sorang jer, sorang pun tak kenal..dapat jugak jumpa ariff =)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks for coming bro!

  58. Syira ITIK KEJAM Avatar

    ouh bestnye korang!

    1. ariff Avatar
      ariff

      apesal tak datang?

  59. nia_oii Avatar

    wah..macam seronok je…

    1. ariff Avatar
      ariff

      memang seronok!