Two words, customer service. Walaupun barang yang dijual berharga RM1 sekalipun, customer servis kena tip top kalau nak buat bisnes online kat Malaysia ni.
Dan ini bukan saya reka sendiri. Isteri pun ada online bisnes kecil-kecilan (dah beberapa tahun buat), saya pun pernah jual produk online dan ramai rakan saya yang buat bisnes online. Pengalaman daripada orang yang dah alami sendiri macam mana nak manage bisnes online kat Malaysia ni.
Benda yang paling biasa nak manage ialah orang yang malas baca. Tulislah detail macam mana pun tentang produk tu, samada cantik atau tak, besar atau kecil font, orang ramai masih akan tanya pasal harga walaupun dah tulis dengan jelas pada description produk.

Rungutan Sham Hardy
Sebagai blogger, saya sendiri lihat benda ni hari-hari. Kadang-kadang apa yang ditulis dalam blog lain daripada reaksi pembaca di ruangan komen. Bukan tak faham, tapi kadang-kadang nampak sangat yang tukang komen ni tak baca dengan betul blogpost yang ditulis.
Kemudian customer’s expectation. Mereka expect kalau post harini, esok sampai. Walaupun dah bagitau bila expected date barang sampai, still ada yang akan tanya bila expected date sampai.
Nak jadi online seller kat Malaysia ni memang kena banyak bersabar dan bersungguh-sungguh sebab servis yang diminta tu kadang-kadang seakan-sakan untuk barang yang bagi untung ribu-ribu.
Kena ubah attitude dan mentaliti kalau nak buat bisnes online kat Malaysia. Ramai rakan yang berjaya dalam bidang ni memang faham dan menerima hakikat ini.


Comments
15 responses to “Asam Garam Buat Bisnes Online Kat Malaysia – Apa Yang Paling Penting Untuk Berjaya?”
Pepatah mengatakan, Pelanggan adalah raja, jadi tetap harus dilayani walau bagaimanapun.
HAHAHA ragam Malaysians yang masih lagi ragu2 untuk online shopping. Kekadang gambar dah cukup jelas terangkan segalanya, so pandai2 upload gambar yg tertarik dah tak payah nak PM2 walaupun decription produk panjang lebar.
Bab khidmat pelanggan tu memang sedia aku jawab, tanya la selagi boleh, cuma yang tak masuk akal pun jawablah. Janji depa puas kita puas.. :D
Banyak faktor customer service, ambil berat jangan lepas tangan sudah, baru dia datang balik dan beli semula :))
Dah ada benda depan mata still tanya lagi. Excited sangat agaknya. haha
Ini dah jadi kebiasaan customer-customer manja kat Malaysia nih. Walaupun jari-jari sampai patah riuk menaip info, tetap PM kita cakap: “info plzzzz…”
Sakit jugak hati, tapi tetap redha melayan kerenah pelanggan. Nak tak nak kena la layan elok. Bukan apa, kena ingat the power of words. Sekali kita layan customer tak elok, dia akan sebarkan kat 10 orang lain. Setiap orang tu pulak sebar ke 10 orang lain. Lama-lama tak ke berjuta orang tau yang kita tak OK?
So, sabar, senyum, redha = duit masyuk.
:-)
Makin teruk fenomena PM sekarang ni. Dah letak harga besar-besar pun masih nak “PM harga”.
Hahaha betul sangat tu. Maklumat terpampang depan mata, gigih lagi duk minta PM PM. PM kepala hotak dia. Lagi satu, kalau buat online store yg guna cart tu, tak pandai-pandai juga nak klik button place order dan isi borang kemudian bayar. Gigih juga SMS/WhatsApp tanya barang wujud ke tak wujud padahal kat website terang-terang ada logo 24 hours delivery. Aiiih. Naik geram dengan karenah orang kita yang degil tak nak belajar cara shopping online.
Berniaga online perlu bersabar dengan kerenah pelanggan yang bermacam-macam hal.
haha..
yang aku tau. Kita kena banyak bersabar..itu aje.
Setuju sangat bab PM plsssss padahal dah terang2 letak cara nak contact. Sabar333..
Betul3. Kena banyak bersabar dan melayan customer. Yang penting suara kene ceria. Ahahaha. Tak pe lah. Die nak tanya 1000 kali harga berapa pon kita jawabkan aje lah. Kan ada satu ayat tu bunyi die mcm: customer is always right. Walaupun die salah. Lol
Sebab tu sekarang banyak yg tak letak details, kalau nk details boleh whatsapps atau pm… lebih berkesan
harga dah tulis…PM plz….errrr geram gak.
nasib baik disebalik panel kaca bergelar skrin ini tidak boleh lihat betapa kacaknya muka penjual berhadapan dengan situasi ini.
baik encik esok barang sampai…*senyum*
Kena guna smiley face banyak walaupun muka sendiri tengah tak senyum
Haha..tu la kan..kadang2 nak mujur baca sepntas lalu jer..leas tu mula bagi pendapat yang bukan2…biasalah..manusia memang banyak ragamnya..hehehehe
Dunia bisnes online dekat Malaysia boleh pergi jauh, cuma ragam pembeli itu banyak kerenah sangat. Satu lagi kita kurang menggunakan sepenuhnya tool jual beli online spt paypal dsb. Banyak yang masih guna cdm nak beli online, kurang efisyen hehe