Buang Google Sitelinks Yang Tak Digemari

Kepada yang tak tahu, Google Sitelinks boleh dibuang dan digantikan dengan yang baru. Tujuan pembuangan sitelinks adalah untuk memberi keutamaan kepada link yang lebih berguna atau penting dalam blog kita supaya selari dengan niche blog. Kadangkala Google melakukan kesilapan dengan meletakkan link yang terdapat dalam navigation di dalam senarai sitelinks.

Jangan takut untuk buang kerana kalau dah cukup 8 sitelinks (maksimum), maka sitelink yang telah dibuang tadi akan diganti dengan link lain. Buang sitelinks satu persatu (kalau ada lebih daripada satu yang hendak dibuang) kerana Google akan cukupkan bilangan sitelinks dalam nombor genap (4,6,8) secepat mungkin.

Biasanya page yang mendapat sitelinks akan juga mendapat kelebihan PageRank yang lebih tinggi berbanding page lain di dalam blog kita. Sila log in ke Google Webmaster Tools > Site configuration > Sitelinks untuk mengubah sitelinks anda.

+ Katalog Rewards telah dikemaskini dengan insentif yang tunai kepada pembaca setia. Check it out!

Klik block untuk mengeluarkan sitelink yang tak sesuai daripada senarai

32 Comments