Aku tak tengok sangat pelawanan peringkat awal FIFA World Cup ni. Alasan dia? Waste of my time. Banyak benda aku boleh buat dalam 90 minit perlawanan tu. Aku dengar perlawanan peringkat awal ni banyak kejutan dan kekecewaaan. Biasalah tu, acara sukan ni mana pernah tak ada surprise element dia. Mesti ada punya. Itu sebab syok tengok.
Dalam tak minat sangat nak ikut, kadang-kadang aku bukak la jugak FIFA.com, saje nak tengok kalau ada apa-apa yang menarik. Ya, vuvuzela itu memang satu alat yang celaka dan membawa malang. Aku rasa sebab tulah banyak pasukan kat FIFA World Cup tahun ni tak perform seperti apa yang diharapkan. Benda tu memang annoying. Aku harap masa final match nanti diorang ban terus benda tu. Satu dunia komplen pasal vuvuzela tu.
brought to you by
Bayangkan orang yang ada Dolby Digital 5.1 surround sound system mesti bajet nak pasang kuat-kuat punya kalau tengok live football match. Aku faham sentimen tu. Kalau aku tengok NBA pun budak bilik sebelah, bilik atas dan bilik bawah pun dengar sekali match tu. Seronok pasang kuat-kuat sebab ada feel dia, macam berada kat stadium tu sendiri. Dengan gemuruh sorakan penyokong pasukan masing-masing, kadang-kadang boleh jadi semangat lak. Jadi bila ada bunyi dengung vuvuzela masa perlawanan World Cup ni.. ish.. surround sound system tu boleh buang dalam longkang jelah. Tapi sekarang katanya dah ada software solution untuk cancel out bunyi tu. hm..
Berbalik kepada tajuk entri ni.. yes.. setelah aku buat analisis (bajet pandai sangat la ni) aku rasa Brazil la jugak yang akan menang FIFA World Cup tahun ni. Analisis aku berdasarkan data yang ada kat FIFA.com, aku cross reference kan semua data dari segi attacking, defending, passes dan sebagainya dan tengok average. Mungkin masih terlalu awal nak percaya data yang diorang kasi, tapi tunggu lama-lama pun tak best gak. Oh ya, ni sebenarnya nak masuk pertandingan anjuran Denaihati. Tarikh tutup 23 Jun ni. Saje cuba nasib.
Tapikan aku ada rasa Argentina pun not bad gak. Ni firasat aku jelah. haha..Ok , sekarang korang rasa sape akan menang? Aku tanya ada kawan kat sini tadi dia boleh bantai cakap Algeria. haha~ Kepda blogger, tulis entri korang pasal ni dan letakkan link korang kat Denaihati.com. Untung-untung boleh dapat RM250 kalau team korang menang dan korang bertuah dan terpilih untuk dapat wang tunai tu.
p/s: Suka tengok Shakira dalam video ni. hehe.. Shakira - Waka Waka

Comments
20 responses to “Brazil Juara FIFA World Cup 2010?”
[…] 4. Brazil : Razis.co.cc, zuriey86.blogspot.com, Ariffshah.com, Azizankadir.com,Acapawn7.blogspot.com […]
Argentina is the best team in current. Messi will do well at striker side ;)
[…] 4. Brazil : Razis.co.cc, zuriey86.blogspot.com, Ariffshah.com, […]
portugal baru je belasah korea drp 7 – 0.. giler ar.. td tgk last minute je adesss…rugi tak dapat tengok pesta gol diorang.. apapun masih berharap England menang last match nanti. hehe brazil memang ada chance jadi juara.. England macam tak berapa yakin ar.. adess
ramai yg meramalkan brazil akan menang, game semalam pun best brazil menang 3-1
spain la champion!
kalah aritu pun pancing je. :P
argentina lah of coz!
dari tahun 2006, smua game argentina ak tgk..demi Messi..
50 for argentina
50 for brazil…
england? cara main exactly MU main.sepatutnya bila dah tau trick tu dah try 2,3x tak menjadi, tukar la style lain…adeh….
jgn main2 dengan argentina musim ni. kerana messi, argentina MENJADI!
Mungkin ramai pemain yang terkena sihir dan patung vodoo. Sebab tu pasukan ternama asyik tumbang. ^_^’
Apa-apa pun Argentina tetap jadi pilihan hati. Permainan berpasukan tak macam England dan Perancis. Semua posisi dipenuhi bintang yang dikenali ramai, strategi pun baik, hantaran yang menarik. Cuma Messi sahaja belum mampu mempamerkan status Pemain Terbaik Dunia lagi.
Ops, satu lagi. Aku tak sabar nak tengok Maradona lari bogel keliling Buenos Aires. :))
tahun nie Argentina pun ganas jugak…tak mcm previous punye FIFA Worl Cup…ad chan jd champion
Spain & Brazil!! hohohoh
aku rsa argentina..
aku lg minat blogging dari bola.. ha3..
bola..tak dpt ape.. blogging.. dpt.. mcm2..
aku sokong argentina dr brazil. hehhehe
vuvuzela tu kalau bunyi kat stadium bola kita, mesti tu alasan utama kalau kalah..haha..tarikh tutup dah berubah…masih sempat nak buat entri…on my way…
Terima kasih terima kasih bagi meriah aku punya demam bola ni
Setakat ni, cuma pasukan dari Eropah dan Amerika Selatan saja pernah menang World Cup. Satu lagi fakta yg menarik, setiap kali dia mesti selang seli antara Eropah dengan Amerika Selatan.
Contoh. Tahun 2002 Brazil menang (Amerika Selatan), 2006 pasukan dari Eropah pulak menang (Italy). Cuma pernah terjadi dua kali je, pasukan dari Eropah dan Amerika Selatan menang dua kali berturut.
Italy: 1934 & 1938
Brazil: 1958 & 1962
Kalau ikut aku, mesti la harap Netherlands juara. Tapi tak pernah terjadi lagi dalam sejarah dua pasukan berlainan dari Eropah menang World Cup berturut-turut. Tapi tak boleh nak buat andaian macam ni je kan.
Dekat sini aku list kan senarai juara sepanjang sejarah World Cup:
1930: Uruguay (S.America)
1934: Italy (Europe)
1938: Italy (Europe)
1950: Uruguay (S.America)
1954: West Germany (Europe)
1958: Brazil (S.America)
1962: Brazil (S.America)
1966: England (Europe)
1970: Brazil (S.America)
1974: West Germany (Europe)
1978: Argentina (S.America)
1982: Italy (Europe)
1986: Argentina (S.America)
1990: West Germany (Europe)
1994: Brazil (S.America)
1998: France (Europe)
2002: Brazil (S.America)
2006: Italy (Europe)
2010: ?????
aku benci gila benda alah vuvuzela tu~
buat aku tutup suara tv kalau tengok bola
pening gila seh~
adakah blogger tegar macam en. Ariff punyai masa untuk tgk bola? hehehe telah terbukti ya. Bantai la..
Aku yang separuh tegar ni pun tgk bola sambil blogwalking..
Pasal Brazil juara Piala DUnia tahun nie? 50 50 antara Brazil atau Argentina. Yang lain pun boleh gak. Tapi berdasarkan performance permulaan, Argentina ada segala-gala untuk jadik juara. Walaupun Maradona agak annoy sebagai jurulatih, kewibawaan dia aku rasa tak boleh nak disangkal kot sebab dia ada sesuatu yang dapat mendorong anak2 buah dia main dengan bagus. Itu kot yang takda pada jurulatih lain.
haha aku dah pesan sebijik vuvuzela. harap2 lepas la kat kastam sini masa pos nanti. selama ni dok dengar vuvuzela kat tv ngan 3Gs adjer hehe :)
hahahahaa… souvenir terbaek!
berapa eh harga satu? Nampak macam murah je.