
Rasanya ramai yang sedang mencari maklumat tentang PR1MA ni. Untuk pengetahuan semua, permohonan untuk Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) bagi kawasan Presint 11 Putrajaya telah dibuka.
Pemohon boleh mengisi borang tersebut di laman web pejabat Perdana Menteri atau terus melalui pautan ini. Syarat utama untuk membuat permohonan dalam skim PR1MA bagi Presint 11 Putrajaya ini adalah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Bekerja atau menetap di Putrajaya
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM6000
- Merupakan pengundi berdaftar di Putrajaya (P.125)
Skim ini bukanlah untuk mereka memiliki rumah yang akan digunakan untuk pelaburan hartanah atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya. Lagipun pemilik rumah hanya boleh menjual semula rumah yang dibeli di bawah skim PR1MA setelah 10 tahun rumah tersebut dibeli.
Aku yakin mereka akan melakukan saringan yang ketat untuk memastikan golongan yang benar-benar layak diberikan peluang untuk memiliki rumah di bawah skim ini. Peluang untuk pemohon yang bekerja dan menetap di Putrajaya adalah sangat tinggi.
Cuma apa yang best tentang PR1MA ini adalah pembiyaan yang diberikan adalah 105% dengan pengecualian cukai stamp. No downpayment yo! Sesuai sangat untuk fresh graduate macam aku.
Mungkin impian aku untuk memiliki rumah sendiri seawal mungkin boleh dicapai melalui skim ini? Who knows kan..
[Kemaskini 6 Oktober] Terima kasih Ienafazlyna – td dah pergi ppj untuk dapatkan maklumat, katenye syarat pengundi parlimen putrajaya tu baru je ditambah..mungkin sbb ramai sgt yg mohon, so die nak sort betul2..setakat nie dah 5000 orang yg mohon sedangkan hanya 560 unit yg ditawarkan… so, saye pun ngah pk nak mohon ke x, sbb nak kena g tukar alamat ic n pusat mengundi dulu..uhuhuhuh… utk maklumat tmbahan tarikh tutup 12/10/2011 nie sbb pengundian akan dibuat pada 15/10/2011

Comments
23 responses to “Permohonan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Putrajaya Presint 11 Dibuka”
kena saring betol2, jgn jd mcm beras bersubsidi. last2 xdpt pd golongan sasar. dpt kt org bandar je.
td dah pergi ppj untuk dapatkan maklumat, katenye syarat pengundi parlimen putrajaya tu baru je ditambah..mungkin sbb ramai sgt yg mohon, so die nak sort betul2..setakat nie dah 5000 orang yg mohon sedangkan hanya 560 unit yg ditawarkan… so, saye pun ngah pk nak mohon ke x, sbb nak kena g tukar alamat ic n pusat mengundi dulu..uhuhuhuh… utk maklumat tmbahan tarikh tutup 12/10/2011 nie sbb pengundian akan dibuat pada 15/10/2011
Terima kasih atas maklumat tambahan ini. Sangat dihargai.
pengudian buat dimana
ariff..IBS tu Industrial Building system.bukan kat mane.tapi teknologi yg digunapakai untuk buat rumah.rumah pasang siap.takde dah indon susun batubata satu2 utk buat rumah.semua kerja pakai crane je..
OOh. faham. Macam kat Moscow ni buat rumah sebab kat sini cuaca dia teruk. Jadi pembinaan kena buat cepat2.
uiks, ko dah abis study ke? memang menetap kat putrajaya ke?
Eh. tak la.. Saje tengok2.
mesti kerja atau menetap kat putrajaya ke? baru ingat nak apply. tak de harapan la camni
i really hope dia buat skim ni di nusajaya pulak, sbb konsep dia jadi bandar kerajaan cam putrajaya gak…
leh arr sambar, wlupun skang dah ada 3 rumah…hihi
Nusajaya pun akan ada kalau tak silap. Tapi dah 3 rumah, susah sikit kalau apply.
Satu lagi ada rumah dari teknologi IBS lebih murah bermula 70k++ diiktiraf oleh CIDB
ok. IBS tu kat mane?
pergh…kalau dah kerja dan cukup umur,memang berminat gila nak mohon…
tapi umur tak cukup stahun,dan belum kerja…
lau tggu thun dpan,msti dah hbis kan..
huh…xda rzeki la nmpaknye..
kawan saya kerja dan menetap di putrajaya sambil duduk di kuartes kerajaan…masalah kalau ingin membeli mestilah status mengundi…memang ketatlah
this will be the great news for those who’re looking for skim PR1MA..:))
Untungnya..
Bila agaknya skim ni nak dibuka kat negeri-negeri lain
tgh kumpul duit…tapi tak tau bila cukup…
tak faham kenapa mesti ada syarat ni ‘…merupakan pengundi berdaftar di Putrajaya (P.125)’?
Diorang nak populate putrajaya. Supaya harga tanah kat situ naik.
hassle giler nak beli rumah ni sebenarnya. pening woooo hehe :)
Tau. Itu sebab kena prepare dari awal especially dari segi knowledge. Sampai masa nanti tak kelam kabut