
Suka tengok ragam blogger waktu-waktu award macam ni..
Semalam berborak dengan mother in law pasal MSMW. Selalunya time award inilah kita dapat kenal lebih ramai blogger, tak kiralah blogger baru dan lama. Ada blogger yang selama ni underground mula jadi mainstream, ada blogger yang selama ni dikenali pada nama sahaja mula menampakkan muka.
Bila bercakap tentang award, saya selalu tanya diri saya balik, layak ke? Melihat kepada kategori tahun ni, saya sedar blog.ariff tak layak untuk mana-mana kategori yang dipertandingkan. Kalau ada pun macam kategori lifestyle tu, masih lagi rasa tak memenuhi definisi sepenuhnya blog lifestyle.
Pada saya kalau nak jadi lifestyle blogger ni, kena lebih aktif menulis blog. Right now, memang nampak slow sebab nak keep up dengan gaya hidup yang baru (marriage, new job). As for now, blog ni masih lagi personal blog di mana saya menulis berdasarkan topik tertentu dan ikut mood. Simple.
Satu yang kelakar time award ini ialah branding yang blogger gunakan pada blog mereka. Time award inilah diorang mula nak define blog masing-masing. Ada yang baru dua tiga kali berjalan dan update dalam blog dah guna title travel blogger, ada yang wife baru mengandung dah panggil diri sendiri parenting blogger. ha ha..
Branding doesn’t work like that. Kalau saya, segan sangat nak brand diri sendiri something dan walaupun sebelum ni orang pernah panggil saya pakar this and that, saya selalu rasa tak kena dengan panggilan tersebut.
Mungkin ada yang tak setuju dengan saya. Well up to you guys. Apa-apa jelah.
All the best to all contestant. Hopefully MSMW ni akan membawa blog anda ke tahap yang lebih baik berbanding sekarang, tak kiralah menang atau kalah. Sebagai calon award MSMW untuk dua tahun berturut-turut (dan pemenang.. ehem) banyak blog yang tak menang tapi blogger-blogger ni improve a lot lepas MSMW.
Nothing is impossible!

Comments
13 responses to “Blogger dan Award”
Emm seronok baca artikel ni..saya ni masuk calon dalam MSMW..tapi lepas baca artikel ni rasa memang saya tak sesuai dalam kategegori yang dipertandingankan..tak apa..saya tak harapkan kemenangan..sebab kategori tu memang sengit..hehe..terima kasih bro….seronok kan kawin..hahaha
Pada dasarnya saya bersetuju apa yang diperkatakan tu… cuma dengan kewujudan award sebegini seharusnya membuka mata rakan blogger untuk tumpukan niche blog agar membantu branding blog mereka….
one of a good point on blogger award. Ada orang fikir itu cuma untuk promosi blog diorang but for me biar kita menulis apa yang kita tahu dan pegiktirafan biar datang dari orang bukan kita yang letak diri kita sendiri. but that is only my 2 cent :)
Setiap percalonan akan diluluskan oleh pihak penganjur. Sekarang ini terletak kepada penganjur untuk tapis sejauh mana percalonan layak untuk kategori dipilih. Untuk keputusan akhir pihak penganjur juga akan mendapatkan khidmat professional untuk menentukan pemenang yang layak.
Kalau tidak akan mendapat komen negatif ibarat ‘rumah siap pahat berbunyi’
Haha orang dah kenal hang bro. Sebut ariff shah semua kenal. Ini sebabnya tahun ni aku nak try branding nama blog ke peringkat lebih tinggi sikit. Tapi aku macam hang jugak, banyak benda nak buat, blog pun aku bukan lifestyle sangat, tembak je.. Rasa nak update update. :)
Tak pernah lagi terlibat dalam blog award sebegini. Hmmm dan takda perancangan pula nak join dalam masa terdekat
lagi satu tak berapa berkenan dengan cara pemilihan kalau ikut vote..
Bukan masanya lagi untuk join event macam ni lagi. Insya Allah nanti-nanti… hehe
kak jie mengelak utk award dalam blogging. entah ngape, rasa tak selesa untuk diri sendiri
lalui je hidup as blogger mcm biasa – ada turun naik ada pahit manis tak berkenan bile difokus sebagai itu sebagai ini.
betul jugak yg bro kata kan tu…..
Tapi gua still tak puas hati sebab takde sape yang nak calonkan gua under katergori “Celebrity Blogger”. Penat je gua pomot tagline –> “Tengok Aaron Aziz, Teringat kat Abang Ensem”.
Ada betulnya point2 yang bro nyatakan. hehehe
yap. Nothing impossible. Hoho..