Blog.ariff – Perancangan Untuk Tahun 2010

Gambar masa meeting akhir tahun blog.ariff minggu lepas..

Jadi apa perancangan blog.ariff?
Tahun ni aku nak banyakkan backlink, sebanyak mungkin. Mulai hari ini, tinggalkan je komen kat mana-mana bagitau kalau korang dah link blog aku, and nanti aku akan update link list secepat mungkin. Kenapa? Sebab bila ada masa lapang, memang aku lawat semua link yang ada dalam link list tu. Tu sebab aku buat satu subdomain khas untuk link list, letak template yang super simple supaya kalau orang lain nak lepak situ sambil blogwalking pun senang.

Apa yang aku belajar dalam masa 3 bulan blogging ni, kalau nak orang datang blog kita, kita kena datang blog dia dulu. Kita ni bukannya siapa pun kan, jadi bila kita tunjuk inisiatif dan minat kat blog orang tu, nanti mestilah dia cenderung untuk mengetahui siapa kita ni.

Kedua, aku nak try dapatkan trafik dari search engine. Ni mencabar sket sebab kena bersaing dengan ramai orang. Setakat ni pun mana yang dah dapat tak sampai 10% daripada jumlah keseluruhan harian. Kena pandai pilih topik yang orang tengah cari la. Lagi satu link back tadi memang dapat membantu sebab bila link back banyak, pagerank Google naik dan kalau pagerank Google tinggi, senanglah blog kita nak muncul kat first page search result kalau orang search something yang kena dengan keyword kita.

Ketiga, teruskan dengan beberapa lagi siri Ariff Shah Nak Kasi Duit Free. Sebenarnya modal tu dapat daripada orang klik-klik iklan je. Rasa macam seronok pula memberi.

Itu jelah perancangan Blog.ariff untuk 2010 nih. Concentrate kat tiga ni dulu.

Ariff Shah: Ada Twitter? Jom berTweet ngan aku. Follow @ariffshah Dah follow nanti tegur la kat Twitter, senang aku nak follow balik.


Posted

in

by

Comments

15 responses to “Blog.ariff – Perancangan Untuk Tahun 2010”

  1. Kujie Avatar

    link dari backlink dan pingback berbeza dgn link blogroll
    kualiti link dgn url blog berbeza juga dgn url entri

    1. ariff Avatar
      ariff

      betul la tu. link dari post adalah yang paling mahal kan kak jie?

      1. Kujie Avatar

        kak jie dah add kat Teman Tapi Mesra
        .-= Kujie´s last blog ..Entri popular 2009 =-.

        1. ariff Avatar
          ariff

          Thanks a lot kak jie =)

  2. Nizaa Avatar

    selamat tahun baru…nnti sy link kan…

    1. ariff Avatar
      ariff

      thank you. sangat dialu-alukan

  3. shuko Avatar

    lupe satu g..aku suke cek hrga blog org..hehe..juz utk hilgkn bosan..blog ko hrga nye 464 817,16 руб ..aku xtau py6 tu ape..matawang russia kot..btol x?ko convert la sndiri k..mane tau ko makin smngt pasni..(464 817,16..bkn 464 817.16..koma..bkn noktah)
    .-= shuko´s last blog ..Recover balik file yang terdelete menggunakan Recuva =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      betullah tu matawang russia. tapi aku pelik, kalau check kat sini memang sedia maklum la akan keluar ruble sebab aku kat russia, tapi ko check kat malaysia pun keluar camtu gak. memang xpaham.

      400 ribu rubel tu lebih kurang rm50 ribut la.

      1. shuko Avatar

        die klua ikut kt ner ko dftar blog tu..cmtu la..bleh thn la ko dpt rm50 ribu..pngunjung ko msti lbeh dari sratus dlm sehari kan..
        .-= shuko´s last blog ..Recover balik file yang terdelete menggunakan Recuva =-.

        1. ariff Avatar
          ariff

          lebih kurang situ gak la. tapi xdela sampai tahap dapat buffer ads lagi

  4. shuko Avatar

    ariff..nnti aku nk jd kn ko sbgai cntoh leh x?ko ade wawasn..yess..baik utk blogger baru cm aku yg xtau pa pe ni..yg exchange link tu nnti aku buat kt bog aku..lmbt ckit la..mseh learning kn..n tagline yg ko ckp kt post dulu..aku nk tuka..tapi xde idea g..byk info yg bgus kt blog ko ni..thanks ariff
    .-= shuko´s last blog ..Recover balik file yang terdelete menggunakan Recuva =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      terharu pulak ko nak jadikan aku contoh. tak layak lagi kot, banyak lagi yang hebat-hebat kat luar tu.
      yang link exchange tu, xde paksaan pun. kalau ada masa, buat la.

      1. shuko Avatar

        hehe,,aku nk buat dlm satu post nnti,letak sume link kt situ..sbb blogspot xleh nk buat page baru kn..tp lepas aku exam final la..ku ambil ko sbgai cntoh la dulu ye..aku nk pintas ko nnti..hehe..kalau dpt..lpas tu,kak kujie..(besar btol azam ku ni..entah dpt ke x)
        .-= shuko´s last blog ..Recover balik file yang terdelete menggunakan Recuva =-.

        1. ariff Avatar
          ariff

          Settlekan exam dulu. haha.

          Pintas aku? hm.. aku ni biasa biasa je la. pintas kak kujie tu yang sebetulnya.

  5. nOj Avatar

    yela aku pun nk berperancangan begitu gak ni… skang ni sibuk sgt, sempat nk follow je, lum sempat nk letak link list lg… kalo dh ade kt list senang sket nk tgk sape apdet… jom sama sama kte buat terbaekkkk di taun 2010… gud luck for u n me… heheheh