Sejak dua tiga hari ni aku banyak menonton video wawancara dengan Mark Zuckerberg dan pandangan aku tentang CEO muda ini ialah, dia buat Facebook sebab dia minat. Sampai sekarang, Facebook adalah sebuat syarikat sendirian berhad dan bukan public limited. Maksudnya saham Facebook masih lagi milik mereka sepenuhnya dan bukan milik pelabur. Walaupun dengan menawarkan Initial Public Offering (IPO) akan membuat pemiliknya Mark Zuckerberg memiliki berbillion-billion lagi wang tunai, dia masih belum merancang untuk ‘go public’ kerana lebih selesa menjadi boss kepada syarikat sendiri. Kalau dah public, nak buat apa-apa confirm kena buat melalui meeting dengan board of directors dan sebagainya. Jadi creative process tu nanti boleh jadi terbantut – sekadar pandangan orang yang bukan pakar..
Bintang David ni pula adalah simbol untuk agama Yahudi dan negara Israel. Itu sudah pasti. Dalam wawancara di atas tadi, ada scene di mana Mark Zuckerberg terpaksa menanggalkan hoodie yang dipakainya (yang sebenarnya adalah hoodie syarikat) dan telah merevealkan seal/insigna/jata Facebook. Pada asalnya, aku tengok jata ni memang cool dan aku rasa nak aje cari satu official hoodie Facebook. Serius. Mana ada company lain yang cetak jata company di bahagian dalam hoodie mereka dan lagipun mana ada company yang cool habis sampai boleh keluarkan hoodie sendiri dan distribute kat semua staff company tu. Mana ada..
Tapi bila diamati semula jata tu, aku perasan design basic dia adalah bintang David (kalau korang tengok mengiring sikit 45 darjah ikut arah jam). Benda ni jelas dan tak terselindung langsung. Persoalannya sekarang kenapa?
Pada pendapat aku, mungkin Mark Zuckerberg adalah seorang yang agak religious dan cuba mengabadikan simbol agama Yahudinya dalam jata Facebook tu sendiri. Aku tak rasa benda ni ada kaitan dengan agenda Israel Zionis. Apa pula pendapat korang?
+ imej penuh jata Facebook daripada Mashable
++ imej sebenar bahagian dalam hoodie tersebut

Comments
37 responses to “Bintang David Dalam Jata Facebook”
oh first time tengok benda alah ni.. wujud ye benda ni
tak perasan plak gambar bintang tuh..
Hmm.. pasni nak buat gak la. Logo tuk semua yang involve. Ada tulisan belakang. Kira company top secret, orang terlibat je tau. Huhuh.
mark ade pendapat n idea dia sendirik..baguslaa dia xnka public ikut suke hati dia laa..
+ just because dia org dr sane xsemestinye kite kene boikot fb….jawab komen or pendapat a few persons…korang tau tak system LHDN yg kite gune skrang dr company israel? wat rilex sudah…
cheers……
pula dah dia buat kerana minat.
design besar gedabak..lol..
pandang dari sudut positif..yg negatif tu cuba elakkan…kita mmang tak lari dari benda ciptaan yahudi..tp kalo terlalu menolak alamat kolot la kita..nabi sndiri ada buat perdagangan dengan yahudi satu masa dulu..tapi papepun sntiasa berjaga k…huhu
Aku sangat berhati2 dengan FaceBook & sehingga sekarang aku tidak mempunyai akaun FB. :neutral:
ye ker nih? pergh. tapi kenapa?
benda2 camni no komen..kena buat kajian dulu..tapi aku respek dengan mark ni
haha.. kesian mark.. kena soal siasat sampai berpeluh, haha.. tapi siyes stylo weh hoodie tue!!
erm, pendapat aku mula-mula nak tak setuju dengan admin, tapi bila last admin kata tak fikir hal ni ada kaitan dengan agenda Israel-Zionis, maka aku jadi nak setuju balik dengan admin..
apapun si CEO facebook ni memang power.
liputan luas yang dia dapat capai melalui jangkauan facebook ni buat semua orang tertanya-tanya, apa rahsia dia.
sedangkan dalam perbincangan, semua orang kata dia hasilkan Facebook dengan minat.
jadi, tak kisahlah dia ada agenda Israel-Zionis ataupun tak (kita tak ada bukti kukuh, semua dalil yang ada hanya andaian), yang penting pencapaian dia yang mengkagumkan ni patut dicontohi.
malah, perlu pula kita cari jalan untuk tandingi beliau agar survival hidup umat manusia yang mahukan kesejahteraan secara menyeluruh dapat tercapai..
konpirasi lagi ke :)
alo2 kepada semua aku cadagnkan kita ke http://www.millatfacebook.com its good for muslim unite hehe..promote2 hehe
Bro..besa la tu bro..star of david tu memang dah jadi macam pegangan dorang. freemason, iluminati? no komen.
terbaiklah la ko bro, rajin dok cari video2 cenggini..hehe
TheSharkox’s latest Entry Masihkah korang ingat lagi apa korang buat lepas SPM??
Seorang Yahudi tak semestinya Zionis. Seorang Amerika tak semestinya Kristian.
masih tak paham cemana nak tengok tu.. yang sebenarnya macam mana tu?
salam.
pada saya tak mustahil benda ni salah satu dari agenda yahudi…
cuba tengok profile fb kita, dari kita sorang boleh terus link pada suami, isteri, adik-beradik, anak beranak… semua data2 kita secara mudahnya ada dalam tangan mereka… cuba bayangkan kalau sedara mara osama ada fb gak, agak2 amerika boleh jumpa tak osama? mesti senang kan nak cari org2 yg dikehendaki…. apapun, setiap benda ada baik dan buruknya, cuma pandai2lah kita menggunakannya…
ibarat kata pepatah, pisau dan mentimun di tangan kita…. ;)
kalu pegangan kita kuat…
kita xkan goyah dgn benda2 mcm nie…
kalau berdasarkan citer The Social Network tu, aku rasa Mark Zuckerberg ni mungkin religious jugak. sebab dalam citer tu, bila dia dah launch site theFacebook, dia macam berdoa kot. tu berdasarkan dalam citer tu la.
masih tak nampak..arghh..cmna nak tengok nie?hmmm
aku sebenarnya tak peduli pun..israel lah..freemason lah
macam2 lagi ideologi..
sebab ni bukan kali pertama dengar benda2 macam ni..dah banyak sangat dah..
mula2..orang ramai akan bising
lama2..senyap je..
kalau bising pun..apa boleh buat
yang penting..sebagai muslim..kita jaga diri
kekalkan jati diri..usah terpengaruh dengan benda2 mengarut ni
biarlah dia nak buat apa pun dengan FB…dah dia yang punya..
sebagai pengguna..kita gunakanlah kearah yang positif
=>
apa lah aku cakap ni..haha
sokong..sependapat
TheSharkox’s latest Entry Masihkah korang ingat lagi apa korang buat lepas SPM??
tak reti nak tgk bintang tu huhu.. tp ape2 pun dah ada rumours pun FB nak kena ban di mesia nih..
freemasonkah? ekeke…
Masalah kebanyakan kita terlalu mudah berminat dengan perkara-perkara mistik seperti hantu, keramat, freemason, alien dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.
Pantang ada objek atau alat yang berkaitan, semua mahu dikait dengan unsur-unsur sebegitu. Walaupun mungkin ada kebenaran dan keabsahannya.
Yang penting, kita ada asas pegangan agama yang kuat, sudut pandang yang jelas dan cara berfikir yang betul apabila ada isu dan permasalahan.
Apa masalahnya kalau Mark Zuckerberg seorang Yahudi, Freemason atau Atheist? Kita juga boleh terpesong dengan mudah atau kita tiada asas agama yang kuat?
Ada kawan yang bercakap jangan guna FB. Itu produk Yahudi. Bagi saya itu pemikiran kolot lagi ortodoks. Jadikan Facebook sebagai wahana sebaran ilmu dan berbincang perkara yang baik sudahlah. Bukan buat onar, mengutuk dan menyebarkan fitnah.
aku sokong sepenuhnya pendapat ko…nice!
yup.aku setuju dengan pandangan msbmna ni. kaau kita nak benda tu jadi baik, kita boleh buat dan sebaliknya. semua tu atas diri masing-masing. biarlah apa pon agenda mark ni, asalkan kita tak terpengaruh.Dari sudut lain, FB boleh digunakan untuk penyebaran ilmu atau dakwah. Contoh macam pisau la, kalau kita gunakan ia dengan betul, ianya amat memudahkan kerja didapur. sebaliknya, ianya juga boleh mencederakan orang atau membunuh. So benda-benda macam ni,kita yang tentukan. Yang tak elok kenapa perlu diikut. Gunakan hanya untuk kebaikan.
Just my 20 cent
team fencing aku pn ada la hoodie2 tu..
p/s: ko xde keja kan sengaja crk pasal..
sokong cakap zara, dah otai mula..
orang pun mula nak timbul konspirasi pulak la..adoi2
tapi lambang ni buruk Mark…haha*gelak jahat*
Aku sokong..Mesti pencipta profile facebook gaya baru(yang pro5 buruk tu) cipta design ni..haha
kalau ko check dalam wikipedia, Mark dah declare diri dia atheist (golongan tak percaya pada tuhan). tak semua benda di buat ada kaitan. kebykkan nya secara tak sengaja menyerupai.
BTW, Google dan beberapa company besar lain ada hoodie company sendiri yg semua staff dapat.
Company Malaysia bila lagi? haha..
orang malaysia perlukan hoodie ke? haha. aku pakai baju paling lembut dan sejuk pon still boleh berpeluh sakan :p
perlu2. baru la hip hop sikit. hahahaha!
nak hoodie gak la. sejuk woooo kat isb skrg ni. hehe.
Urgh~
Kejap lagi semua orang pun akan tulis cam kau buat Ariff~