Bila Nak Balik?

Reading Time: 2 minutes

Tiap-tiap hari mesti ada orang tanya bila nak balik. Saya pun tak tau lagi. Kalau dulu bajet nak balik sebelum Malaysia Social Media Week sebab ada harapan menang award, tapi semua tu terkubur bila penganjur ubah syarat.

Sebelum ni mereka tulis 50% undian je dikira, selebihnya ada markah daripada hakim serta kena buktikan ‘populariti’ blog dengan maklumat trafik dan sebagainya, tapi sekarang takde dah. Pemenang award dipilih berdasarkan undian. Mereka baru umumkan pemenang dipilih berdasarkan 80% vote dan 20% lagi daripada trafik, content & kualiti [link]. Adalah harapan sikit-sikit..

Apa-apa pun saya berterima kasih kepada 622 yang telah mengundi setakat ini, sangat diluar jangkaan. Pada saya kalau dah lebih 10% daripada bilangan ahli di Facebook page, memang sangat memberangsangkan dah tu.

Demam, migraine dan selsema sejak dua tiga hari ni menguatkan lagi perasaan nak balik. Dengan kesejukan melampau kat Moscow ni dan malas nak masak, alangkah sedapnya kalau balik sekarang. At least pagi-pagi kalau lapar boleh je cari kedai mamak atau orang jual nasi lemak tepi jalan. Paling koman pun boleh panggil telefon McD atau mungkin Nando’s. Memang best! Maka dengan itu, mulalah mengintai-intai tiket balik. Harga tak kisah sebab boleh claim.

Belum confirm

Tapi memikirkan internet kat Malaysia yang menelan belanja sekurang-kurangnya RM150 sebulan, fikir 2-3 kali gak. Internet saya kat sini RM90 je sebulan dan berbayar sampai bulan April. Takde internet macam mana nak update blog kan. Dah la pusingan terakhir gadget impian sedang berlangsung.

Sekarang kena berkira sikit dengan perbelanjaan ni. Mana ada dah elaun lepas ni. Sementara nak dapat kerja silap hari memang bergadai emas jugaklah nanti. Nasib baik harga emas tengah naik.

Siberian cat

Adik saya suruh bawak kucing Russia ni balik. hmm…. Bila nak balik? Entah la.. Agak-agak tak larat duduk sini, memang beli terus tiket dan balik the next day.


Posted

in

by

Comments

26 responses to “Bila Nak Balik?”

  1. arrizz Avatar

    comelnye neko..hehe..murah jugak ea internet kat sane..mesti laju

  2. Izwan Avatar

    ayat last tuh.. agaknya bila dah rasa bosan giler2, pack2 ala kadar terus balik.. hahaha..

  3. Muna Munie Avatar

    Jemput ke entri baru blog Muna. Ada mention nama abg dan ada buat pbandingan kcomelan kucing di situ! hee.. Btw, kucing memang sgt comel ok? :) hee..

  4. Muna Munie Avatar

    Huh!.. comelnya kucing tu.. geram Muna tengok. Abg Ariffshah sila tengok entri terbaru Muna. Pinjam gambar kucing abg buat bahan entri :) hee.. Ada lagi kucing lagi comel.

  5. kakyong Avatar

    selamat berjaya..

    internet rm90 tu broadband ke…

    kalo nak murah guna streamyx le.. tp kalo nak yg laju kena amik pakej mahal rm100++ lah jugak.. kakyong masih guna pakej rm60

  6. yanmie Avatar

    Salam,

    Tulah terkejut jgk bila 100% dari vote, macam tak nampak apa istimewanya awards tu huhuhu, patut kena kekalkan macam sebelum ni, kena tunjuk bukti pencapaian blog sekali barulah betul2 layak menang, kang kalau 100% votes je macam lepas abis awards xde apa dah specialnya, menang semata2 hadiah tapi pencapaian dalam blogging tidak selari,, sebab tu akak rasa awards ni kena bg pada mereka yang benar2 layak.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      dia baru tweet balik betulkan. 80% je daripada votes. jom pakat kasi DH menang

  7. TopiJerami90 Avatar

    wau..murah nya internet kat sana…
    kat malaysia biasa2 je…
    hehe

  8. akubiomed Avatar

    Biasa yang berlaku pelajar Malaysia sebelum balik Malaysia akan transit beberapa negara untuk melancong dahulu. Bro tidak pelan macam tuh?

  9. Syafiq Лomoтехн Avatar

    weh weh kucing tu bawak balik :D

  10. titan Avatar

    internet banyak yang murah la. lainlah ko nak laju-laju punya. tu memang mahal la. haha..

  11. abangensem Avatar

    Lu nak touchdown je, roger je sama gua. Nanti gua hantar beemer untuk pick up lu.

  12. Azman Avatar

    Alah tenet kat sini dalam harga 60 rm dah boleh update blog :)

  13. sha myheart Avatar

    naik dekat pukul 3 pm, sampai pukul berapa? 6jam 50 minit tapi beza waktu? tetiba seronok pula kira-kira pasal geo ni.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      waktu yang tunjuk kat situ adalah waktu tempatan

  14. sha myheart Avatar

    duduk sana selagi mampu.. bila agak-agak rasa tak larat dah, cepat-cepat balik. haha~

  15. LynnAiza Avatar

    selalu student Msia dah habis,mesti nak cepat2 balik. ni terbalik pulak kan. haha. takpe,enjoy dulu kejap kat sana. habis elaun segala,baru balik. haha.
    anyway, kucing Rusia itu sangat comel! bwk la balik. ada la jugak buah tangan bernyawa. :P

  16. namee roslan Avatar

    dah sampai sakit2, balik jela. kucing tu comelnya, boleh bawak balik ke ?? rasa macam nak pesan satu.

  17. Piratz Avatar

    balik nek A380 tue… Wow!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      haa… ada pun orang nampak. hehe

  18. nurmisnan Avatar

    balik jerlah.. ternet beza banyakkan pun takper janji jumpa
    mak adik badik.. lagi cool kan.. dgr riuh rendah diorang..

    itu kalau selsema minum air serai cepat baik..atau air limau..
    kaau sumbat hidungnyer ambik vicks + air panas dlm
    besen.. kau tadah ler muka tutup kepala dgn tuala.. sedut.. lega nanti

  19. yangbaik Avatar

    ha ah… baru nak tanya bila nak balik eahh…
    bajet macam la kenal sangat dengan ariff… hehehe
    bila dah balik Malaysia memanglah … macam2 ada yang murah dan yang mahal juga pilih aje mana satu…

  20. ejam Avatar

    baliklah nak…baliklah… *saiko*

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hahahaha

  21. naihusna Avatar
    naihusna

    Comelnye kucing…kucing russia ke tuh?? ok je bwk balik sini…bleh kacukan dgn kucing sini…hehe..

  22. Yuyu Avatar

    sejak bila kau ada kucing tu..?

    dgr cakap org yg dah balik msia..selagi belum ada confirmation kerja, duduk la kat sana..nanti dah balik rindu SANGAT sakit ok..urgh!