Bila Mahu Pulang?

Aku rasa musim panas tahun ni memang aku tak balik Malaysia. Faktor utama adalah sebab nak jimat kos sebab kalau balik kena beli tiket penerbangan yang berharga lebih kurang tiga ribu ringgit. Lagipun tinggal enam bulan je lagi belajar kat sini, jadi macam tak berbaloi nak balik lepas tu sambung balik kat sini sekejap.

Kalau tak balik, memang beraya sorang-sorang lah aku kat sini, atau dengan budak junior baru. Puasa pun kat sini, confirm lebih mencabar sebab musim panas, waktu siang lebih lama. Nak tunggu masuk waktu maghrib silap-silap boleh sampai pukul 9 malam atau lebih. Bila fikir balik semua ni buat aku lemah pulak nak tinggal kat sini waktu summer. Baik balik Malaysia je. Waktu puasa pun normal, petang-petang boleh jalan kaki pergi bazar Ramadhan kat USJ4. Dapat makan sedap-sedap. Sanggup ke aku nak korbankan semua tu hanya disebabkan nak jimat duit 5-6 ribu kalau aku balik Malaysia?

Cakap pasal nak habis study, kawan aku ada yang habis hujung semester ni. Aku lebih satu semester daripada diorang, tapi bukan repeat eh. Course diorang lagi pendek. Tak tau la samada course aku yang terlebih satu semester ni boleh menaikkan tangga gaji aku lebih tinggi daripada diorang atau tidak masa kerja nanti. Apa-apa pun diorang dah dapat tempat kerja kat Kelantan, jadi juruteknik kat pengkalan Sukhoi. Oklah tu. Tak payah pening banyak-banyak. Balik je kerja dah menunggu. Sukhoi beb.. Don’t play-play. Kira berbaloi lah jugak kegilaan hidup kat sini.

Adalah nampak samar-samar masa depan aku macam mana. Tapi perancangan tuhan takde siapa yang tahu..

eleh..

Berbalik pada cerita musim panas ni nanti, kalau aku tak balik mesti rindu giler kat kucing aku. hahaha. Aku tak tau la apa nak buat kat sini, nak pergi jalan-jalan sekeliling Moscow skodeng sana sini tak boleh sebab puasa. Kat negara mat saleh ni bila sampai musim panas bersepah je orang berjemuran kat taman-taman mahupun kat tepi sungai Moscow tu. Mat-mat skodeng mesti suka pergi taman time ni. Tapi sebab dah 4 tahun kat sini, aku boleh cakap aku dah lali dengan keseksian orang kat tempat awam. Jadi bila ternampak pendedahan yang terlebih daripada biasa tu takdelah efek sangat, chill je.

Orang selalu sibuk suruh Eurotrip la itu ini. Memang ah Moscow ni dekat je dengan mana-mana destinasi menarik kat Eropah ni tapi aku tak pernah bernafsu sangat nak travel, lebih-lebih lagi kalau dengan lelaki. Pada aku, sangat tak best kalau travel satu group semua jantan. Mungkin aku ni independent sangat, aku tak suka ikut orang kalau aku boleh survive sendiri. Aku selalu berangan kalau nak pergi Eurotrip ni semua elok dengan awek/bini. Camtu barulah best. Tapi kalau dah rasa nak berjalan sangat, aku bantai pergi sorang je. Baru thril..

Paling teruk pun kalau aku tak balik ni adalah duduk dalam bilik main game je sampai tangan lebam. Perancangan lain ada, cuma tak best la kalau cerita semua kan.. Kalau jadi, jadilah.

Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

35 responses to “Bila Mahu Pulang?”

  1. iz-fiza Avatar
    iz-fiza

    abang ariff tak payah balik la 6 bulan je lagi.. rasa lah saat2 terakhir kat moscow tu… nnti bila pulak nk rasa..

  2. Umairah Avatar

    Macam best jer study kat moscow ,camne student kat situ ramah x ,excited pasal x nah gi luar abroad ne,tp sabojela 6 bulan je g,pastu boleh balik daa

  3. pneumedic Avatar

    oo 6 bulan je..xlame lagi je..3k tiket??..waa…banyk tu..

  4. abrablog Avatar

    wahh..kalau balik, 5-6 ribu hilang..banyak tuu..leh angkat kancil sebijik tu.second punya. haha..

  5. madlut Avatar
    madlut

    “travel tak best kalau dalam satu group semua jantan”…hahaha, menarik tuh

  6. mizzmira Avatar

    huhu best2..
    xnak smbg master ke..

    1. ariff Avatar
      ariff

      cukuplah setakat ni study..

  7. suffer8zine Avatar

    wahhh mesti best kan :P

    Terkini : 700 Ribu Kondom Hilang

  8. minn Avatar

    wah, yang penting bukan repeat ye cik arip!!! hihi :)

  9. cEro Avatar

    balik laa..ape salahnya…
    kalo duk sane tak wat pape pon tak best gak, kan??

  10. wawaa Avatar

    haha.. beg aku jadi alas tempat moshi cantik tu lepak.
    Ala ariff, xnak balik pasai nak saving balik mesia nak kawen la tu. engaged dah, kawen xlama la tu. =p

  11. Ezany-Kun Avatar

    kalo ade duit lebih ape salahnya balik.. dapat gak spend time ngan family..

  12. MatNaggeR Avatar

    mesti best Russia! Tapi lame sangat confirm rindukan kampung kan ^_^

  13. syahirul Avatar

    5-6 ribu tu ko buat pegi umrah lagi baik :) hehehe

  14. Naqib Mohamad Avatar
    Naqib Mohamad

    boleh la bloggers lepak rumah kau cuti nanti. tak pergi mana2 kan? haha

  15. dari kelate ke copenhagen Avatar

    dilema orang perantau memang mcm tu

  16. rohaizad Avatar

    Balik untuk kahwin je Ariff… lagi seronok.
    heh

  17. Adzriel AB Avatar

    6 bulan je.. kos tiket tu boleh buat macam2. sabor2 ye ariff.

  18. lord zara Avatar

    Balik Ariff.
    balik.
    XD

    This time kalau balik, ada sebulan dapat puasa sini.
    XD
    Dapat raya pun kau tak payah ponteng lama2~
    XD

    Apa pun, kalau nak balik, aku nak kirim Tee~
    Boleh lah~
    Bolehlah~
    XD

  19. Ayuni Avatar

    comeynye kucing tu…

  20. siTokei Avatar
    siTokei

    wah mahal benor ekk ticketnya….
    bagi siTokei better x yah balik lagi2 mcm AR ckp tinggal lagi 1 sem…satu boleh jimat lagi satu habis saat di Negara org pasni belum tentu sampai lagi hihihihi…

  21. Kap Avatar

    syabas, aku belum lagi lali dengan keseksian.
    hahah.

  22. iva Avatar

    huhuhu…bila fikirkan kerugian…xberbaloi plak balik malaysia then balik sana balik…pasal kerja tu masing² punya rezekikan…InsyaAllah doakan yg baik² ajek…semoga berjaya menempuh bulan puasa dengan jayanya…amiinnn

    1. budakecikz Avatar
      budakecikz

      mate tu kne jge..ta pasal2 dpt dosa zina mate free2…kot yer pon tak lali lagi..biase an…

  23. jah Avatar

    salam arrif..memang mencabar sikit puasa waktu summer..ala duit blog kan dah banyak..balik je la..nak melancong tunggu ada wife, baru best..kalau masih nak melancong gi umrah masa bulan puasa nanti..hehehe..selamat melancong n beribadah

  24. mcjust~ Avatar

    susah jugak nak buat decision tp serba salah jugak nak balik, tinggal 6 bulan je lagi nak abis.

    kalau aku pun aku tak balik…kot

  25. Izwan Avatar

    jimat 5 – 6 ribu ?..berbaloi2 utk masa akan datang.. tapi kalau keje nnti gaji 5 – 6 ribu,baik balik umah.. hehe

  26. faiz Avatar

    susah gak kan study kat overseani…time cuti je jadi delima..

  27. ila ni Avatar

    haha caption sechoet kat gambar kucing tu jugak yg buat saya tergelak heret haha

  28. cidut ciput Avatar

    mahalnye tiket nak balik! to me, baik balik sebab musim panas memang panas!! (tak suke summer -.-”)

  29. jackieKOH Avatar

    haha..ak dapat rasa apa yg en. arif dpt rasa..haha..

  30. namaakulynn Avatar

    -tak yah la balik..haha..lgpun,xlama dah nak balik sini terus..baik nikmati moment2 terakhir kt sn..bila lagi nak beraya dgn junior,bila lagi nak puasa lebih lama dari biasa..kan2?.;) tapi satu je,bln puasa tu,jgn p join org2 sn bjemur sudah..hahaha
    -g trip pon oke gak..g US ke kan?;)y not..kalau x pon,tggu je lah da kawen…
    -habis sgt xde plan,duduk je la dlm bilik..gaming+blogging sampai 10entri sehari??mungkinkah?;)

  31. sweetlife Avatar

    baliklah.. minta berkat.. lebih2 lagi dah nak abes..
    minta restu agar dipermudahkan jihad dan fardu.
    apalah nak bandingkan duet yang boleh dicari dgn berada bersama dgn keluarga..

    ikut kata iman (hati) :)

  32. Mr. Swift Avatar

    Haha, macam same je ape yg aku buat kalau aku tak balik cuti.
    Main game sampai kepale jadi keras. HAHA.

    *best gila ohh blaja ovesea. jeles gua.

  33. ekspresiruang Avatar

    gi eurotrip dgn mmbr2 laki br best, bro. sewa 1 van, tsesat di kawasan gunung Bratislava, chill gile. Pengalaman seumur hidup :)