
Sekarang memang best kalau nak pergi kerja, aman damai je. Takde traffic jam langsung. Kalau bawak kereta, kurang daripada 20 minit dah sampai ofis.
Bila KL takde traffic jam? Masa cuti sekolah. Paling bagus masa ada hari bekerja di antara dua hari bercuti macam hari Isnin yang lepas. Kalau ada hari yang macam tu, nak bawa kereta pergi tempat kerja pun takde masalah sebab kereta tak banyak. Ramai orang ambil cuti kat tengah-tengah tu.
Biasanya saya tak suka ambil cuti time tu sebab kadang-kadang boss pun ambil cuti masa tu. heheh.. paham-paham sendirilah kan feeling kat tempat kerja kalau boss takde. Tak kisahlah boss baik atau boss garang, perasaan feel good tu tetap ada.
Lagi satu ‘peraturan’ yang perlu anda tahu tentang KL (atau Lembah Klang in general), shopping mall akan penuh sesak bila ada cuti selain cuti hujung minggu. Traffic jam nak menghala ke shopping mall dan mana-mana laluan berhampiran penuh sesak secara luar biasa.
Orang Malaysia ni macam dah diprogram untuk pergi ke shopping mall especially kalau ada cuti umum di pertengahan minggu. Sanggup meredah traffic jam semata-mata nak melawat shopping mall. Misteri sungguh.

Comments
30 responses to “Bila KL Takde Traffic Jam..”
sbnrnya apa yg kita rs misteri, org lain rs xrs cmtu.
cnthnya mcm di perlis ni.
waktu cuti sekolah, penuh mmjg je tmpt parkir di kuala perlis sbb org2 kl pergi langkawi n parking kereta diorang di kuala perlis. even ikan bakar di sana pon penuh je org gi makan waktu cuti sekolah. mahal plak tu sbb dh ada org luar dtg. kita yg org tempatan tros rs frust dan geram sbb xleh nk enjoy life kt sana mcm slalu.
kdg2 dan tertanya2 apsal la xde tmpt lain ke nk pergi melancong slain ke langkawi. buat menyemak kuala perlis je.
-dan mungkin itulah juga perasaan yg ariff rasa di sana dlm konteks shopping mall tu…
Betul jugak ye. Mungkin ramai dari luar KL datang ke bandar masa cuti ni. Sebab duduk terperap je dalam bandar ni tak nampak pulak daripada sudut tu.
Kat lembah klang ada 1 port ni, sentiasa jem. x kira la weekdays or weekend. Kalau x percaya, luangkan masa anda di federal hghway depan mid valley. Jem dia memang terbaik!
Kalau bawa moto, memang langsung tak jejakkan tayar kat Federal Highway. Tak sanggup walaupun ada lorong motor
alhamdulillah, sebagai financial consultant aku jarang berkecimpung dlm jem ni.. nak buat appoinmnt ngan client mmg aku bajet masa baeekkk punya
simpang masuk ke mall, memang jem selalu masa cuti. kadang-kadang, susah juga nak predict waktu lengang nih..
paling kesian orang yang ke hospital. Dah tua-tua, parking jauh/susah. hadoii
tak boleh buat apa dah. Public transport kita unreliable
:) Haruslah !!
Bila lagi nak serbu haha
Sekarang Ini Saya Tidak Mengalami Masalah Kesesakan Lalu Lintas Kerana Saya Tidur Di Pejabat. Saya Menjadi Setinggan Pejabat Sejak 12 November 2012 Kerana Poket Seluar Saya Koyak : Tidak Sedar Bila Kunci Tercicir. Seluruh Rantau Berlorek Diperiksa Namun Sia-Sia. Nasib Baiklah 13 November 2012 Cuti 15 November 2012 Cuti Awal Muharam 1434.
Tetapi Minggu-Minggu Seterusnya …. Petang Ahad Bersama Pakaian & Maggi Ke Pejabat Naik Bas. Pagi Sabtu Naik Bas Balik Ke Rumah Bersama Kain Kotor. Saya Sudah Tanya Kedai Motor …. Apek Tu Cakap Bawak Motor Ke Kedai. Haiya !!! Mcm Mana Nak Sorong Motor, Motor Sudah Terkunci Maa !! Sementara Waktu Ni Tidur Baring Kat Pejabat. Gaji Bulan Hadapan Saya Mahu Rasuah Pekerja Bengkel Motor Supaya Dapat Datang Ke Pejabat Tukar Kunci Motor.
kawan aku tak pernah trap dlm jam bila nak g kerja..katanya dia teringin nk rasa situasi tu. nmpk urban katanya..lol!
haha.. dia tinggal kat mana?
susah betul nak jumpa kl yang tak ada traffic jammed sebenarnya.. bagaikan satu rahmat..hehehe
Bukan KL jer, KK pon lengang. Seronok kawe drive semalam – cari barang2 utk budak naik skul… Hari sure sesak balik.. adehhh…
Tak pernah sampai ke KK lagi. Bilalah agaknya
Sudah ada pengalaman dahulu. Kalau setiap perayaan jalan TAR sentiasa akan sesak dengan pengunjung. Pernah ditanya kenapa hendak pergi jalan TAR walaupun keadaannya sesak alasannya adalah untuk mendapatkan ‘feel’ membeli persiapan raya.
Kalau dah jawab macam tu, tak boleh buat apa lagi la..
Sibuk dgn kerja kot jadi tak da peluang nak shopping…hari cutilah peluangnya..
Sesetengah pekerja dah dapat gaji/bonus,cuti sekolah – shoping terakhir baju anak2 :)
selangor cuti kl jem. hehehe.. Pernah internship dekat KL. ingatkan nk elak jem naik public transport. rupanya sama ja.. asyik delay and rosak..
Orang kata sekarang dah kurang sikit
bukan setakat sesak nak ke shopping mall. nak cari parking pun susah. car park full or kena pusing bnyk kali untuk cari parking. dush!
Tawaf parking lot tu biasa sangat dah
Misteri bagi wanita bro. pada lelaki jadi pak sanggup ngan pak turut je, menunggu sambil menggaru kepala fikir misteri sungguh pompuan ni. *jgn marah ye kaum pompuan*
hahahah… Kalau bini baca mesti mengamuk. Kalau ada bini lah kan..
Salam..
realiti orang bandar ni, bila
cuti je ke KLCC, parking manjang
penuh..saya dah 12 tahun kerja
sana..naik muak tengok kelibat
berbondong-bondong manusia
dengan anak seawal habis pantang
pun bawa pasaraya :(
Kalau kat kampug, diorang lepaskan aje anak sepah2. Kalau kat bandar, anak kecik2 dah dibawa pergi shopping mall.
Budak kecik macam tu manalah sesuai bawa keluar selalu sangat
Lagi satu, KL akan jem kalau Selangor cuti. Fact. Hahaha
Normal la tu. Mentaliti semua orang “harini Mid Valley mesti tak jem”
hahaha, pasal pergi shopping mall tu memang tak dinafikan… sekarang ni jadi trend budak2 melepak di mall kalau cuti sekolah