Bila Ibu Bapa Tak Boleh Percaya Anak Sendiri

Inilah jadinya bila ibu bapa tak percayakan anak sendiri. Setiap saat dan ketika sampaikan dah hantar anak pergi sekolah pun nak kena pastikan jugak anak tu jejak kaki masuk ke kawasan sekolah dan hadiri kelas. Sampai macam tu sekali ye..

Apa yang silap kat sini? Kenapa dah tak boleh percaya langsung kepada anak-anak? Adakah disebabkan mereka ni tak percaya dengan didikan mereka sendiri sampai tak boleh berikan sedikit ruang kebebasan kepada anak-anak? Atau ada sebab-sebab lain?

Pada saya, hubungan antara anak dengan ibu bapa ni kena ada tahap kepercayaannya yang tersendiri. Kalau tengok anak sendiri macam penjenayah, setiap saat nak cari salah mereka, lama-lama nanti akan berlaku keretakan dalam hubungan dengan anak-anak.

Anak-anak sendiri tertekan kalau dipantau macam banduan dalam penjara 24 jam. Sendiri fikir la kan, kalau kat tempat kerja, anda sendiri rasa tak sedap hati kalau bos tak habis-habis nak pantau anda buat kerja atau tidak.

Anak anda ponteng sekolah? Well, kadang-kadang budak-budak ni nakal sikit. Hey, saya dulu pun ponteng sekolah tapi takde pun hancur masa depan. Kalau anak nakal sangat, there’s always something wrong with the parents or family. Reflect balik dan betulkan apa yang silap.

Sekadar komen sebagai seorang anak.


Posted

in

by

Comments

28 responses to “Bila Ibu Bapa Tak Boleh Percaya Anak Sendiri”

  1. sha myheart Avatar

    berikan sdikit kepercayaan kepada sesiapa shj xkira la anak ke pekerja ke pasangan ke. Berikan kebebasan..

  2. Hafizul Avatar

    haha sama la..aku dulu pun suka juga ponteng sekolah..rasanya tak perlu la dipantau sampai mc tu sekali..sesiapa pun aklan rimas..ni boleh terbantutkan pemikiran budak..

  3. fantasi Avatar

    ada juga yang mengatakan, kalau anak sentiasa dikongkong, bila besar nanti kurang keyakinan diri… emm

  4. cEro Avatar

    Benda ni, kalau diadaptasi jadi tag kepada barangan harian mcam kereta, motor, laptop, or selipar, maka mampu mencegah dan menangkap sindiket curi barangan yang berleluasa di seluruh negara..

  5. onlajer Avatar

    Tapi aku rasa benda ini kalau dijadikan untuk keselamatan anak-anak pun ok juga, dapat juga membantu membenteras kes anak-anak kena culik.

    1. Hafizul Avatar

      setuju bro…makin hari, makin canggih..dengan cara ni mungkin tingkah laku anak-anak tak liar sgt..hehe

  6. Khumaera Ismail Avatar

    salam kenal.
    budak zmn skrg memang kena pantau extra.dgn environment sekeliling, pusat2 membeli belah tumbuh cam cendawan, dgn teknologi tanpa wayar lagi, byk faktor2 utk depa melepak dan ponteng.zmn kite, manala ada menda2 nie sgt.huhuhu~

  7. KiD Avatar

    bila buat benda ni, macam2 yang akan berlaku nanti..

  8. hafiz Avatar

    mungkin keadaan sekarang yang membuatkan ibu bapa kurang percaya kot..tiap2 hari dalam paper ada kes buang anak, kena bunuh, kena bakar..mau tak kena pantau..zaman dah berubah bro..

  9. tuanbri Avatar

    ada bagus gak..

    kalau anak kena culik ke,
    ada orang bawa lari ke Lombok ke,,
    at least boleh la track back..

  10. hanisaleeya Avatar
    hanisaleeya

    Macamlah bebudak tu tak boleh tanggalkan tag, tinggalkan kat kelas dan pergi ponteng.. tak pun lagi senang suruh kawan bawakan tag tu ke kelas atau tinggalkan je kat kelas tak payah bawa ke mana2..

  11. hazman aka species1980 Avatar

    Kalau sistem nie diperkenalkan….. company yang buat gadget tu gak yang UNTUNG BESAR….

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      itulah tujuan dia sebenarnya. Teknologi yang bukan keperluan diaplikasikan pada pendidikan. Sampai bila-bila boleh buat duit

  12. hatiputera Avatar

    tak perlu pakai apa-apa device untuk pantau anak sebab aku percaya apa yang anak aku buat. Sebagai ibu bapa adalah tidak logik jika kita tidak percaya kepada anak kita. Kalau tidak percaya,,salah siapa..siapa yang didik mereka.haha

  13. Akak Tulip Avatar
    Akak Tulip

    Sbg seorg anak – mmg x syok kalau parents asik syak wasangka.bkn dia x kenal saya ni mcm mana.grad jg.tak la sempurna tp x la teruk.dah beranak pinak ni pun asik kena marah lg dgn mak.aduiiii…Tuhan berilah kekuatan. Sebagai seorg mama-anak-anakku x boleh di tegur dgn kasar.ckp lembut2,peluk,usap, insyaAllah, melentur buluh biar dari rebungnya.apa yg saya tau, kalau mak bapak kongkong sgt,anak2 tensen.mak kuat bebel,lg la anak x dgr. Adik sy lg suka bercerita dgn saya sbb kalau dgn mak asik kena pangkah je.

  14. akubiomed Avatar

    Kalau ada peranti ini sekurang-kurang ibu bapa boleh pantau pergerakkan anak-anak supaya mereka berada disekolah bukan di tempat lain.

    Teknologi ini telah lama digunakan diluar negara dan di Malaysia, Sani Express telah mengunakan untuk memantau pemandu bas supaya mematuhi had laju dan awasi perjalanan bas.

  15. Fauzi Blues Avatar

    Aku pula mempuntai pandangan berbeza…sbg bapa..bukan isu ponteng. Sepatutnya cip ini dicipta bukan utk cegah ponteng. Tapi inovasi sebegini dicipta demi keselamatan anak2 yg ke sekolah utk timba ilmu. Aku tidak lagi merasakan persekitaran kita selamat. Kerap kali kita dihidangkan dgn berita jenayah termasuklah kes penculikan kanak2. Ponteng bukan isu besar…nyata pelajar yg ponteng juga boleh berjaya..spt Ariffshah sendiri…tetapi anak2 yang hilang mmdiculikmenjadi igauan ngeri kpd setiap ibubapa skang ni..hilang tanpa dpt dikesan..tanpa diketahui nasib anak2 samada masih hidup atau dah mati…andai mati pastinya ibubapa nak tgk mayat anaknya dan dikebumikan sebaik mungkin…kalau x tau nasib anaknya pula macam mana…?

  16. Zarul Umbrella Avatar

    bukan senang nak didik anak zaman yg serba mencabar sekarang ni..apa2 pun memang kita ibubapa harus beri ruang kepada anak untuk memilih jalan hidup mereka ibubapa hanya boleh membimbing dan menasihati

  17. Tho Ha Avatar

    Hendak pantau anak bukannya dengan cip pada kad pelajar. Kad pelajar itu boleh dipindahkan ke tangan org lain (pelajar lain). Sebetulnya kalau nk tau lokasi anak kena tanam cip pada gigi diorang.

    Sebenarnya sy adalah anak yg dicurigai cuma mungkin isunya berbeza.

    Suatu petang hujan turun dgn lebatnya. Sy menunggang motorsikal dari tempat kerja dan balik ke rumah. Sy basah kuyup dan semuanya basah termasuk dompet sy. Kakak sy mengeringkan dompet dgn mengeluarkan kesemua isi dompet termasuk gambar ayah dan ibu sy.

    Sy telah disoal siasat berkenaan dgn gambar tersebut. Sy kata tiada apa2. Saja suka simpan. Beberapa hari kemudian saya mendapat gaji. Seperti biasa sy memberi ayah saya RM300.00 dan ibu sy RM300.00 + RM50 utk beli udang galah. Salah satu daripada wang kertas tersebut ada sedikit lipatan. Skrg baru saya sy tahu bahawa sy dicurigai. Ibu sy berkata lipatan pada wang diberi itu ada makna. Kemudian sy dituduh membawa gambar (ayah dan ibu sy) dlm dompet sy kpd bomoh untuk tujuan yang tidak baik.

    Slps peristiwa itu, sy tidak menyimpan gambar sesiapa pun dlm dompet buat beberapa tahun. Skrg sy menyimpan gambar sy sendiri iaitu ketika sy berumur 12 tahun. Sy pilih gambar tersebut kerana ada kisah duka pada usia tersebut.

    Sy masih dicurigai sehingga detik ini. Sy tidak dibenarkan menuang kopi dlm cawan sendiri. Kalau hendak minum kakak sy kena tuangkan. Sekiranya sy tuang kopi dlm cawan, keseluruhan kopi dalam teko akan dibuang. Sy tidak fikir ada pembaca blog ini menghadapi fitnah seperti yg sy hadapi.

  18. jeff Avatar

    Budak takkan ponteng kalau sistem pendidikan tak membosankan.Kena kaji balik sistem pendidikan.Seriously, sekolah sekarang sungguh bosan terutama pada pelajar lelaki. Asyik2 bukak buku teks dan tumpu pada peperiksaan.

  19. ReM Avatar

    Nak tunggu Ariff komen sebagai bapa pula. Mungkin pendapat pun sama atau dah berlainan.

  20. Ekspresi Ruang Avatar

    Setuju dgn pendapat Ariff.
    Kebebasan tak bererti sepenuhnya bebas.
    Yang penting ibu bapa tu pon kena fikir betul ke didikan diorang selama ni.
    Saya dulu pon selalu je ponteng2 ni tapi resam sbg student la, kan?
    Selalunya kalau dipantau cmni, anak2 lg akan memberontak.

  21. azriMy Avatar

    huhu, mustahil le ade orang yang tak pernah ponteng langsung seumur hidup diorang..

  22. Denaihati Avatar

    memang mencabar mendidik anak2 abad terkini … akhirnya didikan agama juga yg paling penting walaupun bukan pasti ..

  23. Shahrul Avatar

    tak perlu rasanya benda alah tu semua, apa yang perlu adalah didikan atau asuhan terbaik dari ibu bapa…pakai benda tu pun budak2 boleh tipu lagi

  24. arnamee Avatar

    Pesanan Sayidina Umar Al Khatab :

    ” Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya kerana mereka dilahirkan bukan pada zamanmu.”

    – jangan terlalu lepas bebas dan jangan terlalu tak percaya , nanti anak anak pun akan hilang kepercayaan juga . :(

    1. halif Avatar

      Setuju sgt. Memang benar mutiara kata di atas.

      1. Dilla Avatar

        setuju sgt sgt pndapat di atas