Bila Blogger Dah Berkerjaya Dan Berkahwin

Reading Time: 3 minutes

20140621-010232-3752751.jpg

Masa student dulu paling banyak masa terluang. Ada hari takde kelas, ada hari dapat balik awal dan ada hari ponteng class. Kalau bandingkan beberapa tahun dulu dengan sekarang, memang banyak bezanya. Time study nak update blog hari-hari pun boleh.

Paling best nak jadi blogger masa study dulu sebab saya kat Russia. Ya, duduk belajar di negara sejuk beku ni berjaya melahirkan blog ini.

Habis belajar, berkerjaya. Bekerja ni memang komitmen besar. Itu sebabnya ramai orang tak sanggup bekerja dan lebih sanggup buat bisnes. Jadual tetap dan kalau nasib tak baik, terpaksa kerja lebih masa. Kalau kerja ni, ukuran dia gaji je. Benda-benda lain tak kisah sangat. Kalau gaji tinggi, benefit lain dapat tu bonus. Kalau gaji rendah, memang menyumpah tiap-tiap hari datang kerja.

Masa ni kena berkira-kira dah. Kalau nak update blog, kena betul-betul bagi komitmen. Saya tak taulah orang lain macam mana, tapi kalau saya, nak update blog kena allocate sekurang-kurangnya sejam untuk hasilkan sebuah entri. Saya bukan penulis yang hebat.

Ramai orang nak jadikan kerjaya penulisan blog sebagai kerjaya utama mereka. Pada saya, what for? Kenapa nak kongkong diri dengan satu sumber income (blog) sahaja? Kalau kerja + blog tak ke lagi masyuk? Dan itulah sebabnya saya dari dulu lagi degil tak nak jadi full-time blogger sebab saya percaya mempunyai kerjaya sendiri dan maintain blog sendiri adalah laluan yang terbaik untuk saya.

Tuan Denaihati adalah saksi kedegilan saya masa tu sebab dia pernah offer saya jadi fulltime blogger dulu. hehee..

Sehingga hari ini saya tak menyesal buat keputusan tersebut. Walaupun awal-awal dulu susah dan ramai pertikaikan kerjaya saya, tapi rezeki tu ada untuk mereka yang sabar dan sentiasa berusaha. Alhamdulillah, fasa susah tu tak lama. Rezeki isteri saya jugaklah sebab lepas kahwin baru dapat tukar kerja dua kali dan naik gaji setiap kali tukar kerja. Jarang berlaku lebih-lebih lagi kalau tukar kerja dalam bidang yang sama. Sekarang, career wise dah ok. Peluang untuk naik pun, alhamdulillah ada nampak bayang-bayangnya..

Bila dah berkahwin, hidup memang berubah. Perangai hidup masa bujang dulu kena buang slow-slow, termasuklah jadual blog yang terus jadi kucar-kacir. Saya kalau menulis satu entri memang slow, then kena bagi tumpuan sepenuhnya pada entri yang nak ditulis. Kalau tak, mood dan idea hilang, kena tunggu mood datang balik baru boleh. Saya tak tahu orang lain macam mana.

Sekarang nak update blog kena pandai curi masa. Masa wife tido paling sesuai nak update, tapi kalau mengantuk sebab update tengah malam sangat pun tak jalan jugak. Idea manalah nak datang kalau dah mengantuk. Kalau tak, draft jelah mana yang sampat dan bila ada masa dan idea, sambung draft sampai dapat publish.

Bila dah ada bisnes PruBSN Takaful ni, weekends are practically gone. Tapi takpelah. In a way, saya suka job takaful ni sebab saya boleh jumpa ramai orang dan berinteraksi dengan mereka. Expand skill set. Since my career pun banyak handle customer (cuma dalam kerjaya, saya handle customer dan spare part kapal terbang yang berharga ratusan ribu USD), people and presentation skill ni penting. Kalau naik jadi manager, every month kena hadap customer all around Asia.. and sometimes kena menghadap boss kat Europe. haa.. kan best tu.

Jadi bila je saya ada time nak update blog? Kalau hari bekerja, malam tu boleh kalau saya tak penat sangat atau tak busy layan client kat Facebook atau Whatsapp. Weekend, maybe. Itupun kalau takde event atau takde jumpa client.

Haritu datang idea gila nak jadi agen unit trust dan agen hartanah. Tapi bila fikir balik, too much nanti dan saya tak dapat perform. Kerja, blog dan takaful pun rasanya cukup dah.

Kalau ada anak nanti? hmm….

Jadi kepada pembaca setia, maafkanlah kalau tertunggu-tunggu penulisan yang tak seberapa daripada saya. Ada lagi ke? hmm…


Posted

in

by

Comments

21 responses to “Bila Blogger Dah Berkerjaya Dan Berkahwin”

  1. Ein Avatar

    kalau buat bnyak kerja mmg betui payah nk tumpu..tambah2 anak kecik2 lg..nk serah tugas 100% kat wife pn x kena jgak kan..anak2 tanggungjwb bersama ye tak..nk buat best bersama..nk jaga x kan wife terkapai sorang2..hihi..tp sekarang anak dh mula besaq skit senang nk control, bleh kot nk mula jinak buat blog sedangkan org lain dh lama dh kaut untung..tgh cuba try test ja la ni..kerja pn kerja, buat blog pn baru dok blajaq n prubsn takaful pn dh ada lesen…client ja blum ada..huhu

  2. Rizuan Avatar

    Samalah dengan aku. Dah berkahwin ni agak sukar nak tumpukan pada blog. Kena ada ilham dan mood nak menaip entri. Isteri pernah tanya “bila nak update blog? “. Aku bagitau slow2 kat isteri aku kerja menaip entri bukan mudah. Kalau tak ada idea dan modd, entri pun jadi tak best. Just tangkap muat je entri.

    1. Rizuan Avatar

      *mood :) excited sangat nak taip.. tengah ada mood tu.. kiki

    2. Ariff Avatar

      Kalau lelaki memang susah nak update blog sebab lelaki bukan multi-tasker. Kalau nak update blog, kena fokus kat update blog je.

  3. Izwan Avatar

    blog ni kena ada komitmen tinggi nak update.

    selalu banyak cerita best tak sempat dikongsi.

    mungkin punca dari, set password blog pelik2 sampai tak hafal. kena simpan dalam notepad. :lol:

  4. brohantu Avatar

    masa mula2 buat blog saja suka-suka jer.. Bile ramai blogger tayang income, rasa tercabar pulak

  5. Mohd Hayat Elias Avatar
    Mohd Hayat Elias

    Teruskanlah penulisan. Penulisan saudara bagus. Banyak manfaatnya.

  6. Denaihati Avatar

    Bila kita ada matlamat yg jelas walaupun tertekan dengan masa dan desakan pekerjaan kita tetap suka sebab kita macam nampak akan yg berlaku di masa depan selainnya serah ALLAH.

  7. UpProfits Avatar

    Bila dah berkerjaya dan berkeluarga kena la bijak bahagikan masa untuk berblogging..tak perlu jadi full time blogger jika dah ada kerjaya yg memberi income tetap..income blog tuh kira side income jelah sebab ada pasang surutnya.. ;-)

  8. hani Avatar
    hani

    Still waiting for a niece/nephew hmmm lol

  9. Ianfaizal Avatar

    Sekarang masih study mmg ada masa update blog. Tak tahu masa dah keje nantikan. mesti busy

  10. akubiomed Avatar

    Biasalah belum nak lean lagi. :-)

  11. nameeroslan Avatar

    Esok ada anak lagi emmm emmmmm macam emmm terpaksa bangun 4 pagi tulis entry client. Lepas tu nak balance kan entry iklan dan personal tu agak mencabar. Sbb pembaca x suka baca iklan sgt…nak kisah blogger tu. In a week at least kna ada 2 entry personal. Mmg nnti ada anak lg commitment la. Nak2 untuk blogger perempuan.

  12. mrtip Avatar

    teruskan komitment tn ariff moga berjaya dunia akhirat

  13. #JomKurusPH Avatar

    Boleh maintain income itu penting :)

  14. Abang ensem berkepak Avatar

    Apa kata kita pakejkan blog2 kita ni untuk dijual. Dapat sorang RM100K, cukup la buat tambah orang rumah lagi.. Oppssss tambah rumah lagi.

    1. Ariff Avatar

      Bagus jugak cadangan lu tapi buat masa ni gua belum rasa nak jual lagi. Maybe in the future?

      Rm100k tu gua nak buat downpayment beli kereta Beemer lah. Ok tak?

  15. mtbink.com Avatar

    Blogger dah kahwin selalunya camnilah, lol, tak boleh elak punya.

  16. Faizal Fredley Avatar

    terus teringin nak kahwin…weee…..

  17. ohcikgu Avatar

    sebab yang lebih kurang sama bila aku dah tak minat jadi full time.

    Haha..

  18. Afiq Avatar

    Terbaik!

    Penulisan santai tengah malam :)

    Aku pun mula-mula ni mungkin kerja dengan orang dulu, takpun bisnes sendiri. Blog ni part time + passive income.

    Kena ada banyak channel income, baru rasa selamat sikit hihi