Beza Skim Perumahan MyHome1 Dengan MyHome2

Reading Time: 2 minutes

myhome rumah 1

Apa beza skim MyHome1 dengan MyHome2? Rujuk jadual di bawah.

[table id=14 /]

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Merupakan rumah pertama
  3. Memenuhi syarat kelayakan pendapatan bulanan
  4. Warga negara Malaysia

Kalau berminat, terus is borang dan hantarkan permohonan anda sekarang.

MyHome ni tak sama dengan skim PR1MA. Kedua-duanya di bawah badan yang berbeza. Skim MyHome bagi insentif sebanyak RM30,000 kepada pemaju swasta untuk bina rumah dan pasarkan melalui skim ini pada harga seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas.

RM30,000 ni tadi bolehlah dijadikan sebagai 10% deposit untuk pembelian rumah. Kalau dapat loan 90%, silap-silap boleh dapat excess cash daripada bank selepas pembelian. Win-win situation untuk pembeli dan pemaju.

Manakala untuk PR1MA, mereka bina rumah dan jual kepada pemohon yang layak. Advantage kepada orang yang dah ada rumah kerana PR1MA bukan untuk pembeli rumah pertama sahaja. Rumah PR1MA lebih tertumpu pada kawasan yang lebih hot dan urban.

myhome rumah

Kelebihan skim MyHome ini ialah pemaju swasta boleh bina rumah di lokasi panas mereka macam Setia Alam di bawah SP Setia. Last time saya check, apartment medium cost mereka seperti Seri Mutiara Setia Alam layak untuk skim MyHome2 ni. Jadi mungkin SP Setia akan mula dulu dengan skim ini?

Keburukannya? Yang bertuah je dapat sebab pemohon yang berjaya dipilih melalui balloting.

Dengan skim ini, rumah terjual bukan kepada investor tegar yang sanggup beratur panjang untuk balloting seperti mamat ni tetapi terjual kepada pembeli rumah pertama. Kuranglah sikit persaingan untuk mereka yang betul-betul nak beli dan tinggal di kawasan tersebut.


Posted

in

by

Comments

12 responses to “Beza Skim Perumahan MyHome1 Dengan MyHome2”

  1. ohcikgu Avatar

    g tengok borang dia jap.

  2. halif Avatar

    Siapa yg berkelayakan sila la grap pluang ni. nnt kang dia buka pd ‘org biasa’ secara undergroud.

  3. Izwan Avatar

    for future plan, bagus apply. tapi,kena kahwin dulu.

  4. Azman Ishak Avatar

    ariff, dekat dalam borang dia tu kan, tadek diminta email atau nombor telepon pon. khuatir plak aku macam mane depa nak contact nanti.?

    1. Ariff Avatar

      Bab borang tu aku belum tengok in detail. Mungkin kena login and check manually?

      Atau mungkin dia hantar surat kat rumah?

      Atau mungkin daftar dulu, balloting dan bila dah ballot dan no. IC terpilih dia akan check balik melalui LHDN/KWSP?

      1. Azman Ishak Avatar

        ooo ok, nice info. thanks.

  5. Siti Avatar
    Siti

    Syoknye klau dapat beli rumah sebelom kawin…tpi duit x cukup lagi..

  6. Ammar Avatar

    Bilalah dapat beli rumah sendiri ni. Kalaulah ada rumah sebelum kahwin kan best.

    1. Ariff Avatar

      Kalau ada rumah sebelum kahwin, memang power.

  7. Nurul Avatar

    menarik…
    tp msh blum berkahwin..huhuhu
    mmg sudah psg niat utk bli rumah sendiri..

  8. Abang Ensem Berketak Avatar

    Apasal takde backlink ke akaun gua?? Dem.

  9. myvitrd Avatar

    peluang bagi yang ingin memiliki rumah pertama..