Bertahun Kerja Gaji Banyak Tu Jugak?

Reading Time: < 1 minute

gaji rendah

Saya sertai sebuah kelas ni. Dalam kelas kenal orang lain yang turut serta dalam kelas tu. Kena perkenalkan diri dan masing-masing ditanya tentang gaji.

Seorang dah kerja hampir 7 tahun di sebuah IPTA. Mungkin ada diploma je. Suami dan isteri kerja tempat sama. Mungkin lepas 6 tahun kerja gaji paling busuk pun RM3k seorang, tapi yang mengejutkan ialah bila diberitahu gajinya combined suami isteri tak sampai RM4k.

Saya terkejut beruk. Kenapa teruk sangat?

Kemudian ada seorang lepasan ijazah. Dah kerja 3 tahun di sebuah syarikat pasaraya besar. Kalau tak silap dah level manager/asistant manager. Gaji baru RM2,400. Increment setahun? RM80 je. Rasa nak maki je bila dengar hakikat ni.

Sekali lagi saya tanya, kenapa teruk sangat?

Cost of living meningkat gila-gila, tapi gaji naik punyalah seciput. Adakah disebabkan kemasukan pendatang asing dengan mudah menurunkan kadar gaji di negara ni? Syarikat persendirian lebih suka hire pendatang semata-mata nak maksimakan keuntungan.

Itu kisah orang yang ada kerja la. Belum cerita 400,000 graduate yang masih menganggur. Amat bersimpati kepada mereka yang kurang bernasib baik.


Posted

in

by

Comments

13 responses to “Bertahun Kerja Gaji Banyak Tu Jugak?”

  1. ohcikgu Avatar

    Ya.

    Kesian dengan budak-budak sekarang.

  2. akubiomed Avatar

    Itu lah realiti sebenarnya. Setelah 4 tahun tiada kenaikkan. Tahun 2014 baru ada kenaikkan 4%.

    Saya rasa bergantung kepada industri juga.

    1. Ariff Avatar

      4 tahun takde increment?

      Speechless.

      1. akubiomed Avatar

        Ya bro. Perlu adapt kenaikkan kos untuk 4 tahun tiada kenaikkan.

  3. sFaezah Avatar

    itulah hakikat zaman skrg..sbb tu ramai yg buat part time job..jual ubat, jual vitamin, jual tudung. semua tu utk menampung kos yg xckup.

  4. Juan Avatar

    itulah realitinya atiff, aku pun kerja dah 6 tahun gak, memang ciput lah

  5. Nurul Avatar

    itu memg hakikat skrg ni..kenaikan hrga brg x setimpal dgn kenaikan gji rkyt msia..
    especially swasta, ble ad kenaikan itu ini psti akn bharap increment lbih sket..tp hampeh..lg kurg “kenaikan” gji tu adlh..sdgkan yg dah keje 4-5 thn pn blh dpt bonus lg sket dr yg bru keje 1-2 thn je..

  6. UpProfits Avatar

    Realitinya memang kesian..tapi itulah hakikatnya yg terpaksa diterima oleh sebahagian besar kita sebagai pekerja di Malaysia.. tiada keseriusan kerajaan utk membela nasib pekerja .. nk tetapkan gaji minimum pun amik masa 12 tahun.. sebahagian besar dari kita yg berpendapatan RM3k ke bawah sebenarnya tergolong dari kategori miskin especially di bandar .. tu sebab layak dapat BR1M..

  7. fazrol Avatar

    Kenaikkan yang tak sama dgn kadar Inflasi…

  8. Tengku Syukri Avatar

    kos sara hidup makin tinggi. gaji pula tak seberapa. rm2000 atau rm3000 sebulan masih tak cukup..

    1. minyak
    2. tol
    3. barang dapur
    4. perubatan
    5. dan lain-lain.

    memang boleh buat ‘sesak nafas’ dengan situasi ni. ada seorang kakak.. lulusan degree multimedia.. kerja dekat setahun.. gaji masih rm1500.

  9. Izyan Raihana Avatar
    Izyan Raihana

    Tahun lepas kan keje kat nilai..gaji naik rm65 je..pastu skang keje kat subang jaya..company involve in oil and gas industry..gaji naik 7%. But still tak cecah rm3k. Cuma sy bujang lg la.. Boleh la nk hidup..mungkin ekonomi tak memberangsangkan atau prestasi kerja sy yg tak cemerlang.. Skang ngah berusaha mencari kerja lain.. Doakan ye..

  10. Khairul Zamri Avatar

    Saya pun masih baru bekerja sejurus tamat belajar alhamdulillah terus mendapat peluang pekerjaan dan telah jumpa dan berurusan dengan pelbagai jenis orang. Syarikat swasta memang lebih mengutamakan keuntungan semata-mata dan lebih suka mengambil pekerja asing dan kontrak kerana bayaran lebih murah berbanding warga tempatan.

    Kadang-kadang ada juga salahkan sikap kita sendiri kerana tidak serajin warga asing yang datang bekerja disini.

    Tapi bagi saya itu tak dapat dibandingkan, kita bekerja di tanah air kita sendiri inginkan sebuah kehidupan dan sistem aliran hidup yang baik bukan bekerja semata-mata.

  11. Afiq Avatar

    Kenaikan kadar gaji tahunan RM80 sahaja? Aduhai kesian… hakikat dunia yang terpaksa ditempuh. Setahun lagi mungkin nasib aku sama seperti mereka kalau tidak ada pelan awal…huhu