
Sebaik sahaja pembelian hartanah saya selesai, simpanan saya telah bertambah dari RM2,000 kepada RM30,000 selain menjadi pemilik sebuah unit kondominium di Petaling Jaya. Saya mula gatal tangan untuk membelanjakan wang tunai RM30,000 yang sedang duduk dalam akaun saya. Banyak sebenarnya tekanan bekerja di sebuah bank yang ternama dan yang paling saya benci ialah pengaruh daripada rakan sekerja. Sangat pelik sebenarnya melihat rakan sekerja yang mempunyai gaji kurang daripada RM3,000 sebulan mampu untuk bercuti ke luar negara setiap tahun, memakai baju kemeja berharga RM150 sehelai yang berbeza setiap hari, jam tangan bernilai RM3,000 dan memandu kereta import. Ini tidak termasuk percutian dua kali setahun, makan tengah hari RM20 setiap hari serta lawatan ke spa dan pusat urut.
Disebabkan saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang berada, saya telah dibiasakan untuk hidup dengan apa yang ada. Walaupun saya tidak mengikat perut setiap hari semata-mata untuk berjimat cermat, saya hanya memakai baju bundle yang dibeli di Chow Kit pada harga RM5 untuk ke tempat kerja. Baju-baju ini murah kerana tiada orang ingin memakainya dan ada yang sudah terpakai. Sama juga dengan seluar manakala kasut saya berharga kurang daripada RM30. Walaupun dengan bajet kecil, saya masih kelihatan kacak bergaya (keyakinan diri perlu ada walaupun poket kosong). Kalau rasa nak mewah sedikit, saya akan berbelanja di Factory Outlet Store (FOS). Bajet makan tengah hari saya adalah di bawah RM3. Saya tidak pernah pergi bercuti samada dalam atau luar negara sepanjang lima tahun pertama saya bekerja dan percutian saya yang pertama ialah ketika bulan madu saya. Bajet pengangkutan saya ialah RM100 sebulan dan ini dicapai dengan penggunaan skuter.
Chapter 2 – Super Yielder – The Pearly Studio,
page 33 WTF? 23 Properties by 30
*****
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Biasanya cerita orang yang susah bertukar jadi senang ni adalah inspirasi dan motivasi yang paling kuat untuk kita berjaya. Saya bertuah kerana mengenali ramai daripada golongan ini.
Kena berjimat cermat sikit. Anak muda ni biasalah, kalau ada duit lebih sikit, mesti gatal tangan nak makan tempat mahal-mahal, pakai baju mahal-mahal atau naik motor yang laju. Sabar. Masanya akan tiba.

Comments
51 responses to “Bersusah-Susah Dahulu”
“Saya tidak pernah pergi bercuti samada dalam atau luar negara sepanjang lima tahun pertama saya bekerja dan percutian saya yang pertama ialah ketika bulan madu saya.”
sgt terasa hokay..hahaa…since keje ni sy rasa tiap2 tahun abis berjalan..duit ntah ke mane….lol……patutlaa xde byk umah lagi till today….huhu…. ^_^
..kesusahan itu mendidik, bila dah senang nanti, tidak mula alpa dan lalai.
bukan sng nk senang, bukan ssh nk ssh.
sbb tu xsuka sgt hidup kt kwsn cm Penang n KL yg ada lifestyle yg sgt memerlukan kos yg tinggi. smonya psl nk bergaya punya psl.
better hidup kwsn yg kos sederhana atau rendah. yg penting keperluan asas smo ada.
xde Manhattan Fish Market pon xpe. 2 bulan skali ke Penang dpt gk rasa. yg penting dpt kontrol perbelanjaan
Tumpang gembira dgn pembelian rumah baru bro, setakat ni belum mampu mau beli rumah sendiri, masih menyewa flat murah jadi PJ. Banyak lagi tanggungan keluarga
Correction. Bukan saya yang beli. Entri ini adalah segmen buku WTF? 23 Properties by 30
kebanyakan orang yg berjaya memang asalnya susah. bila berada dalam kesusahan, lebih mempunyai impian untuk berjaya dan mengubah taraf hidup.
Betul tu ariff.. orang muda sekarang kena celik sikit pasal cara nak manage wang dengan betul..
Ramai yang suka pegang prinsip “Biar Papa, Asal Bergaya”
Wow…translation yang sangat bagus!
betul tu,,bersusah2 dahulu,,akakpun wat prinsip camtu,,insyaAllah,,tp budk2 skg biar bergaya wlu kedana,,,hermmm
bersusah-susah dulu asalkan xsusah masa depan…duit boleh dicari nak habiskan duit pun senang…ape pun kene berjimat cermat..mekasih admin atas perkongsian
Best baca entri ni..hehehe…susah2 dahulu…senang-senang lepas ni la..
Good Job on the transalation bro…
boleh botak kepala tau tak. hahah
wah walaupun sedikit je motivasi tu.. memang terasa dalam kalbu.. membuatkan aku lepas ni kena berjimat cermat…. aku suka ayat yang terakhir tu.. Sabar. Masanya akan tiba.
aku baca buku ni pun terasa banyak. hehe..
mana nak dapat buku ni??
menarik ni untuk di baca….cari kat kedai sekitar pertama tak de…
Cari kat MPH. Rasanya dah ada kat rak best seller
Berjimat ini pada pendapat sy : Hati kena kering. Org lain susah kita buat donno je. Masalah sy ni ialah cepat tersentuh hati. Ex-classmate sy mengadu tidak terbayar sewa rumah, kereta kena tarik, anak di rumah kelaparan …. tidak sampai hati sy membiarkan dia terkapar2 begitu. Sy dpt tunggakan gaji +/- RM3K. Separuh je dah bagi ke dia sbb kesian. Itulah masalah sy daripada sudut bersusah-susah dahulu.
kes mcm ni biasa selalu kena. kalau die memang jenis bayar tak apalah. kalau bayar kemain lambat, buat taktau je hutang memang kena hati keraslah.
Dia sbnrnya nk pinjam 3K tapi sy cuma bagi 1.7k shj. Kat kampus dulu dia tak pernah pinjam duit tapi pernah pinjam stokin. Dia pulangkan stokin yg dah kotor – kalau dia berakal dia akan basuh dulu stokin tu. Slps sy bagi pinjam 1.7 dia sepi seribu bahasa. Mungkin xde duit nk top up telefon kot. Setahun lepas tu dia sms nk pinjam lagi 1.6K. ( Yg 1.7K hari tu pun blum byr lagi). Sy minta maaf tidak dpt menolongnya kali ini kerana ….. duit sy tak sampai sepuluh ringgit & sedang menghitung hari utk mendpt gaji.
short paragraph tu buat hati trtarik kuat nk dptkan buku WTF tu…
mmg selalu cite usahawan/org bisnes yg brjaya datang dari kesusahan dan kepayahan kan… kan mlsyia pun ada ramai…
banyak tips yang boleh dikutip dari buku ni. tak sabar nak dapatkan buku ni di mph…
oh boleh dapat kat MPH, ok kena beli ni..
berjimat cermat beli mana penting sudah cukup :)
how come pelaburan hartanah boleh boost up lagi RM28k? pelik. boleh target buku ni.. tapi blog AH pun tak habis godeh lagi.
fuhh..terkesan bila baca..mmg susah nak bersusah dulu ni=)
semoga kita dapat jadi org yg berjaya dan tak boros atau mata kelabu asap dgn duit yg bertimbun2
:)
kalau berbaju bundle sekalipun, orang tak tau..hehehehe.. sebab aku pun pakai baju bundle. mana ada orang perasan..hahaha. yang penting, mengikut kemampuan aku… jika ada rezeki lebih , baru lah merasa pakai baju2 yang mahal sikit
betul tu.sikit2 lama2 jadi bukit2.hahaha
kena sentiasa berdisiplin dan ada sifat tahan nafsu yg tinggi bila ada duit banyak ni
kena pandai mengurus duit sebelum melangkah ke alam rumahtangga..
bila dah ada anak.. semuanya sudah berjalan lancar..
Contoh langkah berjimat cermat yang ekstrim. Maybe sesuai dengan cara hidup aku kut. haha..
Blog untuk arnab saya.. http://rabbitjunction.blogspot.com/
sekali-sekala. takde salahnya. jangan hari-hari. pokai awek. haha..
Perit nak dapat kehidupan macam sekarang ni.. Dulu masa mula2 start keje dulu Ya Allh tuha jer tahu, bermulany hidup berdikari… G keje naik bas, tak kira lah hujan panas.. memang perit.. Tapi Allah tu maha Adil.. Kita susah dulu, kesenangan akan datang kemudian hari..
terasa sangat dgn the last paragraph…
Kena berjimat cermat sikit. Anak muda ni biasalah, kalau ada duit lebih sikit, mesti gatal tangan nak makan tempat mahal-mahal, pakai baju mahal-mahal atau naik motor yang laju. Sabar. Masanya akan tiba.
ehem. ok fine.
ini truestory ke bro? coz quite similar to me.
True story penulis buku WTF tu.
wah dh beli rumah..xpe susah2 dl bersenang2 kemudian..watpe bergaya tp sbnrnye papa kedana bl akhir bln sbb byk berhutang..hee
Itu adalah petikan daripada buku WTF?. Tapi memang ada kebenarannya. Biar susah dahulu, senang kemudian. Tapi apa jadi jika tak sempat nak bersenang kemudian tu? Itu yang ramai berbelanja sakan. Yang penting perlu bersyukur dengan apa yang ada.
Betul tu bro… kalau tiba-tiba dapat duit lebih mesti naluri hari tu nak belanja lebih dari kebiasaaan… selalu ingatkan diri agar selalu derma/sedekah kalau ada rezeki lebih
Semasa remaja biarpun bergaji 3k atau lebih namun untuk memanjakan diri membeli barangan yang mahal2 memang tiada dalam kamus hidup. selagi blh cermat memang akan simpan utk yg lebih penting..
aku pon dididik supaya tak bermewah-mewah sangat.. maklumlah, bukan datang dr keluarga yang kaya.. hidup sederhana je.. tapi bila ada rezeki lebih, kadang2 tu teringin juga nak bermewah-mewah.. bukan selalu kan.. tapi masih beringat-ingat..
bila dah selalu sangat bermewah-mewah ni nanti akan jadi terbiasa.. takut hilang kawalan je.. tengok kemampuan la macam mana..
Dengan susah2 dulu baru kita dapat mengejar kejayaan dengan hasil usaha kita yg bersungguh…usaha dan doa juga penting.
wah, memang bagus lah buku ni..
bro Ariff ta nak buat GA ke? Hehehe
Insya Allah bila sampai masanya, akan dibuat
ramai orang rasa kehidupan mereka cukup selesa sebelum ditimpa musibah..rata rata tak beringat..bila orang rasa susah baru mereka nak usaha lebih..kalau tak mereka kebanyakannya akan kata.. syukur dengan apa yang ada…
Anak muda pantang ada duit ditangan. Tangan berasa gatal untuk dibelanjakan.
Sedang berusaha nak mencari buku ni. Tengok sinopsis sangat best. Kalau ada jual ebook mesti lagi laris.
Cari kat MPH. Versi ebook memang takde la
bro,buat le versi ebook.pasti meletop.haha
Yang tu kena tanya penulisnya sendiri. Tapi boleh je cari buku ni kat kedai buku sekarang