Bersih – Polis Kata Jangan

Aku selalu suka mengingatkan ungkapan Tun Abdullah Badawi “polis kata jangan” terutamanya dalam video yang telah diedit oleh seorang blogger (Hanief). Dalam video cut-paste tersebut dipaparkan Khairy Jamaluddin berucap dengan lantang tentang “beruk-beruk di jalanraya.” Persembahan video tersebut memang kelakar.

Bersih. Tak sudah-sudah lagi. Macam mana nak sudah kalau ada pihak merasakan yang pihak lain tak berlaku adil dan ada yang mengatakan suruhanjaya dimanipulasi? Aku tak tahu macam mana keadaannya di negara lain, terutamanya negara maju. Adakah di sana mereka adil seadil-adilanya ataupun terdapat penyelewengan berlaku di mana-mana?

8 tuntutan himpunan Bersih:

  • Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
  • Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  • Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang kali
  • Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
  • Tempoh kempen minimum 21 hari
  • Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
  • Menghapuskan rasuah pilihan raya

Dari segi tuntutan, aku tak rasa benda ni salah, malah ianya logikal dan relevan. Namun cara yang dilakukan (melakukan demonstrasi besar-besaran) untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong adalah agak melampau dan tak bersesuaian dengan negara kita.

 

Demonstrasi sebegini walau aman macam manapun pastinya akan disabotaj oleh pihak-pihak jahat yang mempunyai agenda tertentu. Bayangkanlah, nak tangkap penyimbah asid dulu pun tak tertangkap walaupun satu negara sibuk bercakap tentang isu tersebut, inikan pula nak kawal berpuluh ribu orang atau mungkin beratus ribu orang semasa perhimpunan bersih tu. Pastinya akan ada insiden yang memburukkan imej negara akan berlaku.

 

Memang benarlah apa yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong, demonstrasi jalanan mendatangkan lebih banyak keburukan walaupun niat asalnya adalah baik. Harap tak berlaku kerosakan harta benda awam sepanjang perhimpunan Bersih di stadium nanti.

 

Perhimpunan Bersih belum pun mula, kat laman social media masing-masing hebat kondem itu ini. Tu pun belum pasti lagi orang berkobar-kobar ni dah berdaftar dengan SPR dan akan turun mengundi bila sampai masanya. Harap dengan semangat patriotik itu dapatlah dipanjangkan sehingga ke hari mengundi nanti supaya tanggungjawab untuk mengundi dapat dilaksanakan. Pilihlah ikut kelayakan calon/parti bertanding.

Akhir kata ingatlah, berpolitik bukan bererti patriotik. Jangan jadi beruk di jalanraya.

36 Comments

  • GHAZ AL-MALAZIE

    13 July, 2011 at 8:43 am

    Aku dengar cerita orang tua-tua dulu, sebelum Jepun datang, puji melangit! British pergi berambuas! Bila dah kena lempang menyembur gigi dan kena pijak keluar taik, baru perasaan “British ada law”. Cakap banyak pun tak guna. Macam budak-budak main api. Bila dah hangus, tak guna A. Samad Said, bermadah, berpuisi!

  • Mohd Amirul

    8 July, 2011 at 4:23 pm

    Salam, saya nak kongsikan komen seseorang mengenai Bersih 2.0 ni. Bagi saya komen ini paling komprehensif dalam menjawab 8 tuntutan Bersih 2.0 tersebut:

    ===============

    Peribadinya saya bersetuju kalau dikatakan secara umum, “demonstrasi itu dibolehkan dalam Islam”.

    Walaubagaimanapun, untuk menghalalkan Bersih 2.0, sudah pasti intipati yang lain wajib dilihat juga termasuk aspek alibi, relevan dan logis tuntutan, jawatankuasa, pro dan kontra serta dan hal-hal yang bersangkutan.

    Pertama kita lihat dari sudut tuntutan.

    Tuntutan berkenaan apa? Pilihanraya.
    Siapa mengurus pilihanraya? SPR.
    Maka tuntutan ini umumnya kepada siapa dan untuk siapa? SPR yang mengurus pilihanraya.

    Baik. Kita rujuk beberapa senarai tuntutan (8 kesemuanya); kita mulakan dengan tuntutan ‘hentikan politik kotor’, ‘memperkasakan institusi awam’, ‘menamatkan korupsi’ dan ‘akses media yang adil’.

    Saudara yang saya hormati, antara 4 tuntutan tadi, yang mana agaknya yang SPR ‘ada’ kuasa dan di bawah jurisdiksi SPR. Jujurnya, satupun TIADA. Jadi apa kaitannya 4 tuntutan ini dengan SPR? Lucu bukan.

    ‘Hentikan politik kotor’ saya kira ini berlaku di kedua-dua belah pihak. Seorang Altantuya dan seorang China Doll. Cuma bezanya ada yang ada video, DNA dan ada yang tak ada apa-apa bukti kecuali cerita. Jadi kalau memo hendak dihantar, ia sepatutnya kepada kedua-dua BN dan PR.

    ‘Menamatkan korupsi’. Korupsi berlaku di peringkat pentadbiran kerajaan dan swasta. Pecah amanah dan sebagainya. Jadi apa kena mengena SPR? Apa kaitan dengan pilihanraya? Dan menguruskan hal berkaitan korupsi ialah SPRM.

    ‘Memperkasakan institusi awam’? Ini adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan dan tiada mengena dengan pilihanraya adil. Hal-hal sebegini sudah pasti boleh dibawa ke parlimen bukan yang dipenuhi sekitar 45% ahli pembangkang?

    ‘Akses media yang adil’. Tuntuan ini ada sedikit relevan. Namunpun demikian, ini bukanlah hak serta jurisdiksi kepada SPR. Ini hal Kementerian Penerangan. Malahan, dengan akses media cetak yang pelbagai (Harakah, Sin Chew, Suara Keadilan), media cyber dan elektronik, laman sosial dan sebagainya, tuntutan ini ternampak tidak sekukuh mana.

    Lain-lain tuntutan adalah ‘tempoh minima 21 hari berkempen’. Apa relevannya? Bukankah kedua-dua BN dan PR berkempen di media cetak dan media cyber sepanjang tahun dan 24 jam sehari? Dalam mana ruang politik kita masih anak-anak (berasaskan kaum dan sentimen ajak benci-membenci), adakah kita berminat memanjangkan tempoh kempen dalam keadaan mungkinnya berlaku pergaduhan itu ada?

    ‘Penggunaan dakwat kekal’. Cuba kita semak dan teliti, contoh negara yang menggunakannya. Di mana? India. Mengapa agaknya perlu sistem dakwat kekal ini disana? Jawapannya mudah, India walaupun kini antara kuasa ekonomi Asia, harus diingat sistem pendaftaran warganya masih tidak lengkap. Jangan kita tertipu dengan kuasa ekonominya kerana di India, sistem kasta memastikan yang kaya terlalu kaya dan yang miskin, kad pengenalan pun tak ada! Jadi itulah gunanya dakwat kekal… kerana itu tanda pengenalan mereka sudah mengundi bagi yang tak ada tanda pengenalan. Di negara yang moden seperti Malaysia ini, yang dah ada kad pengenalan nak buat apa pakai dakwat kekal?? Setuju tak kalau saya katakan dakwat kekal ini SANGAT-SANGAT BOLEH diciplak? Kad pengenalan lagi susah nak tipu!

    ‘Tuntuan pilihanraya yang saksama perjalanan’ dan ‘perubahan pada sistem undi pos’. Ini ada sedikit relevan. Pun masih boleh dipertikai dan lebih bersifat pertuduhan (ada nak disertakan bukti ke?). Cuba kita lihat berapa jumlah negeri yang dipegang oleh pembangkang? Kelantan dipegang sejak bila? Harus kita ingat dan mesti kita jangan lupa undi pos cuma 1% SAHAJA dari 99% pengundi. Relevan sangatkah tuntutan yang ini sampai perlu berarak? Cuba kita fikirkan sekejap. Kalau betul hendak ditipu sistem pilihanraya dinegara ini secara 99% kurang-kurangnya (termasuk undi pos) macamana Kelantan boleh sentiasa pada pembangkang dan 5 negeri boleh ditawan? Benarkah pilihanraya di Malaysia ini sangat-sangat tidak adil? Logik?

    Maka dari huraian saya tadi berkaitan alibi, relevan dan logis tuntutan ternampak hampir 70% tuntutan samada tidak begitu relevan, goyah dan boleh dipertikaikan. Adakah kita merasa 30% itu cukup banyak untuk berdemonstrasi dan berarak di jalan?

    Masih merasa 30% itu sebab relevan untuk berarak? Mari kita lihat berkaitan jawatankuasa pula. Saya separuh bersetuju kalau di katakan dalam tuntutan yang sepatutnya bersifat neutral, ia mesti diketuai oleh NGO. Tetapi saya mahu menambah, bahawa NGO-NGO ini juga mesti bersifat non-partisan, berkredibiliti baik dan hingga ke peringkat jawatankuasa pun TIDAK BOLEH ada orang berkait politik.

    Tetapi siapa ada dalam jawatankuasa Bersih 2.0? Ahli Jawatankuasa Bersih tokoh-tokoh politik pembangkang iaitu Mohamad Sabu, sebagai Timbalan Bersih yang juga Timbalan Presiden PAS; Tian Chua, AJK Publisiti Bersih yang juga Naib Presiden PKR; Dr Hatta Ramli, AJK Mobilisasi Bersih yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat; Syed Shahril Mohamud, Ketua Cabang PKR Kelana Jaya; Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor dan Badrul Hisham Shaharin, aktivis PKR.

    Jadi ini sebenarnya apa? Aktiviti politik jalanan dan bukan aktiviti non-political, setuju? Datuk Ambiga pengerusi Bersih sepatutnya MENOLAK SEKERAS-KERAS nya penglibatan politician tetapi tidak berbuat demikian? Mengapa?

    Bab kredibiliti jawatankuasa saya fikir sudah tercalar. Itu belum mengambilkira kredibiliti pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga dikatakan ada kaitan dengan kes murtad dan Lina Joy yang pernah menggemparkan negara dan begitu juga IFC. Soal benar atau tidak ia mungkin boleh didebatkan. Tetapi seandainya dalam keadaan tidak pasti, apa perlu orang Islam berarak bersama dengan insan yang mungkin dihati ada tujuan tidak elok?

    Dari segi pro, memanglah rakyat boleh menyuarakan rasa tidak puas hati (tetapi itupun saya saya sudah rungkai, tidaklah relevan mana). Tetapi kalaulah berlaku pertembungan antara Bersih dan Patriot, dan ia sudah hampir pasti mungkin menimbulkan huru-hara dan pergaduhan, adakah Himpunan Bersih 2.0 masih perlu diadakan?

    Banyak lagi saluran lain yang boleh disuarakan hal-hal berkait tidak puas hati. Bukan tiada langsung pun, malahan banyak juga.

    Saya fikir penilaian-penilaian ini sudah membuktikan betapa kalaupun betul rakyat ada hak untuk bersuara dan ini harus diiktiraf, buat ketika ini ternyata langsung tidak perlu ianya dilakukan melalui Bersih.

    ===============

    Sumber: http://www.ismaweb.net/v4/2011/07/bersih-yang-bersih/comment-page-1/#comment-2692

  • mardhotillah

    7 July, 2011 at 3:07 pm

    Khalifah Umar b.Abdul Aziz di hadapan kaum muslimin menunjukkan kepimpinannya sbg seorg khalifah.Khalifah m’punyai kemampuan retorik yg baik.Pidatonya mampu memukau hadirin.Namun kali ni ada sesuatu yg lain.Tdk seperti biasa,khalifah sering memegang & m’gibas2kan bajunya ketika b’pidato.Ke kanan & ke kiri.Selesai b’pidato,khalifah turun dr mimbar lalu ada seorang menanyakan kepelikkan khalifah hari ni.Lalu khalifah menerangkan yg bajunya belum benar2 kering.Mahu tak mahu khalifah memakai baju t’sebut krn tdk m’punyai baju lain.Baju yg masih basah sdh tentu tdk selesa utk dipakai.Sebab itulah khalifah sentiasa m’gibas2kan bajunya.Suatu hari ada seorg wanita drMesir yg dtg ingin b’temu dgn khalifah.Tiba di tmpt yg di tuju dia b’temu dgn seorg perempuan yg b’pakaian lusuh dan seorg lelaki yg dikotori dgn tnh yg sdg memperbaiki rumahnya yg rosak.Stlh di tanya rupa2nya perempuan itu adalah isteri khalifah dan lelaki t’sebut adalah khalifah Umar.Apabila wanita mesir itu melihat pelayan khalifah yg sungguh kurus lalu dia b’tanya.Apakah makanan pelayan kamu.Isteri khalifah m’jwb kami m’berinya mkn kacang.Wanita mesir pun kata,tdk ada lg kah makanan yg lebih baik.Hanya itu makanan yg kami ada dan itulah makanan saya dan khalifah setiap hari. Tidak kira siapa cuba kt lht pemimpin kt skrg…ketenya…pakaiannya…hidup sehariannya…dr phk kerajaan @pembangkang…so apa yg nak dibersihkan? MAY JANNAH BE OURS,BRING ISLAM BACK.

  • iema

    6 July, 2011 at 11:00 pm

    sangat setuju….
    xpernah la demonstrasi kalau xrosak segala harta benda awam 2…

    yang beria2 berkempen bersih kt fb 2 macam la diorng 2 pergi mengundi….

  • wie

    7 July, 2011 at 10:52 am

    Ada ke kerajaan yang telus dan amanah zaman sekarang ni ??

    Tidak kisah kerajaan mana yang akan memerintah selepas ini dengan syarat Agama Islam terus menjadi agama rasmi negara dan Hak keistimewaan orang melayu tidak dinafikan serta Kuasa raja dihormati.

    cintai keamanan!!!

  • syahirul

    7 July, 2011 at 9:41 am

    perhimpunan aman tu tak salah. sama seperti le tour di langkawi dan sebagainya. jika mahu dibuat di jalanan sekalipun, pihak berkuasa kena mainkan peranan menyediakan jalan dan mengawal jalan. kalau larian2 yang selalu kita lihat, bukankah pihak berkuasa beri kerjasama menyediakan laluan dan bagi tahu berapa lama akan digunakan jalan tersebut.

    bila pihak berkuasa tak mahu beri kerjasama, maka akan berlakulah pelbagai perkara yang tidak diingini. jangan fikir negatif sahaja. lagipun matlamat perhimpunan ni untuk rakyat juga. dalam islam sendiri tak menjadi suatu yang haram jika berhimpun secara aman. oleh itu pihak berkuasa dan sesiapa pun jangan mulakan prvokasi apabila rakyat mahu bersuara.

    banyak contoh kalau nak tunjuk yang perhimpunan ni takde masalah selagi takde provokasi. tengok macam jomheboh atau konsert2 yang diadakan dalam negara, walaupun kebanyakkannya bertentangan dengan syarak kerana melanggar hukum islam, tapi masih tak ada apa2 terjadi dalam perhimmpunan itu bukan? kerana apa? kerana tiada provokasi. lagipun ada pihak yang tolong kawal.

    jadi, fikirlah dengan lebih meluas. rakyat ada hak bersuara.

    nak tahu hukum, mari baca, dengar dan tonton:

    Artikel:
    1. http://layarminda2.blogspot.com/2011/06/hukum-demonstrasi-bersih-20-antara.html
    2. http://layarminda2.blogspot.com/2011/06/aksi-demonstrasi-dalam-pandangan-islam.html
    3. http://suffer.frenzyfm.my/2011/07/sabtu-ini-ramai-rakyat-di-jalanan.html
    4. http://drmaza.com/home/?p=1436

    Video:
    1. http://www.youtube.com/watch?v=Ziq38NAYhys
    2. http://www.youtube.com/watch?v=F2b8Vi9cCJQ
    3. http://www.youtube.com/watch?v=SR8WkaHSE0M

    Audio:
    1. Ceramah: http://www.mediafire.com/?yad1dkyad3jah4q
    2. Soal jawab: http://www.mediafire.com/?7h9003x1x7yy46p

    • tarmizishukri

      7 July, 2011 at 10:45 am

      yang pegi jom heboh, larian, atau apa2 event seperti tu pegi dengan emosi yang stabil. Yang bersih ni tak berapa nak stabil, macam2 boleh berlaku. Seperti perhimpunan yg sebelum ni, aku sendiri ada kat situ ambik gambar.

    • paeh

      10 July, 2011 at 6:29 am

      sebelum menyokong perhimpunan yang dikatakan aman tu. lihat apa tuntutan mereka…

      ya…! memang pentadbiran sekarang tak sempurna. tapi jika dilihat tuntutan tang dibuat. lebih teruk… nak ke macam tu brader.

      adakah pihak kerajaan nak berdiam juga bila himpunan itu dibuat dengan membawa tuntutan yang lebih tak tentu hala.

    • Pacifista - X

      7 July, 2011 at 10:20 am

      haha…sokong!
      rasanya kalau pihak pembangkang yang menjadi kerajaan,adakah kita akan sokong pembangkang jugak?atau kita ni kaki bangkang?dah namanya politik.zaman sekarang ni takdenya yang betul2 bersih…
      ada pro dan ada contranya.harap yang buat demo tu betul2 ikhlas nak bantu rakyat.jangan semata2 demi kepentingan politik sahaja…

  • ekspresiruang

    7 July, 2011 at 6:09 am

    itulah cabaran berpolitik dalam negara berbilang kaum. apa2 pon jgn sampai pihak lain menyelit ambil kesempatan di celah2 lobang2 ketirisan yg terdapat dlm sistem pentadbiran negara kita.

  • en.jung

    7 July, 2011 at 3:53 am

    Bagi aku, setakat semalam selepas wakil Bersih menghadap Tuanku. Boleh dikatan semua org suka hati, sebab, Kerajaan tak pening, Bersih pun mendapat Tempat yg diberikan bantuan. kita sebagai rakyat – bantu mana yg terbaik untuk memajukan negara.

  • saw

    7 July, 2011 at 1:55 am

    demontrasi dan perhimpunan adalah perkara berbeza..yang bersih buat adalah perhimpunan dan media perdana sahaja yang provok kata demontrasi

    • kembang setaman

      7 July, 2011 at 8:35 am

      saya pernah berada semasa bersih buat perarakan satu mase dulu…banyak buruk dari baiknyer..tu bukan perhimpunan…bile emosi dah menguasai diri..

      • kembang setaman

        7 July, 2011 at 8:43 am

        saya n d geng tepakse sembunyi di kedai waktu kami nak sopping time tu n memg rase x aman…takoott

  • soscod

    7 July, 2011 at 12:17 am

    isu yg tgh panas skg nie..tuntutan mereka nie bagus….tpi di dunia nyata tiada satu negara pun yg mengamalkan seperti apa yg diminta dn perfect segala2 nya….cth:
    >Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang

    bolehkah dilakukan?…
    tiada satu pun dlm dunia mengamalkan capaian media aliran utama kepada pembangkang….

    singapura sebuah negara maju sbg cth lg teruk…kawasan2 yg dimenangi pembangkang sekatan akan dilakukan dri segi pengangkutan.(dedahan nie tidak dilakukan..tpi info dri penduduk sana…

    dn bila media aliran utama diberi kepada pembangkang…tidakkah akn berlaku byk kekeliruan info..wlupun tujuan tue baik…? kita lihat jer akhbar..cuba kita baca segala akhbar yg ada dimalaysia nie….metro,bh,utusan,harakah,akhbar keadilan…….rasa bagaimana?….itu juga akn berlaku bila media aliran utama dibagi kepada pembangkang…so disini rasanya pilihanraya menjadi faktor utama dn siapa yg menang advantage tue untuk yg menang….itu sajer..pendapat nie hanya pendapat peribadi berkaitan post artikel diatas..no hard2 feeling….heheheheh….

    • yusri

      7 July, 2011 at 9:01 am

      adakah fakta tu termasuk semua negara kat dunia ni..kalau ada tolong bagi link tu nak baca..satu lagi tak ada negara kat dunia boleh buat tak semestinya kita tak perlu usaha nak buat..

  • fyzal

    6 July, 2011 at 11:37 pm

    walau bagaimana pun ada perkara yang tidak logik dalam tuntutan tersebut. sebagai contoh penghapusan rasuah pilihan raya? bagaimana boleh menuntut penghapusan rasuah kepada SPR sedangkan ia bukan dalam bidang kuasa SPR. rasuah adalah urusan SPRM. maka sepatutnya tuntutan tersebut di buat kepada SPRM. jika SPR memandai mandai nk hapus rasuh, seolah olah SPR cuba take over SPRM. SPR seperti kata dalam hal rasuah SPR kena mendapatkan kerja sama PDRM, bukannya boleh pandai-pandai sendiri.

    • Apex_021

      7 July, 2011 at 6:54 am

      Sbnr nye, rasuah 2 sendiri2 pny hal. Seseorg pegawai SPR atau sape2 la ade 2 pilihan kalo ade org nk bg “duit Kopi” terima @ tidak. Kalo terima, bkn SPR yg salah. Pegawai@petugas SPR yang salah. Sebg muslim patut tahu rasuah tue haram dan berdosa, die xkn mkn rasuah.

  • zharmin

    6 July, 2011 at 10:54 pm

    Benda macam ni xkan habis sampai bila2 pun.. Hanya utk menyerahkan memorandum, tak perlu pun nak wat perhimpunan seperti ini..wat habis masa dan duit je

      • yusri

        7 July, 2011 at 9:11 am

        perhimpunan tu menunjukkan bahawa memorandum tu di sokong oleh ramai orang.kalau setakat hantar pakai pos tak ada orang tahu dan orang tak ambik tahu silap2 boleh di tong sampahkan mana kita tahu?.ini juga satu gertakan kepada kerajaan supaya laksanakan beberapa benda yang di tuntut…bukan bermakna menang 4 negeri tu bermaksud bersih dah pilihanraya..kita mahu penambahbaikan salah ke?…cuma cara tu tak di senangi oleh orang ramai kerana menggangu urusan harian diorang..