Berpuasa Di Moscow

Ada pembaca bertanyakan macam mana orang Moscow ni berpuasa. Yelah.. rasanya tahun lepas buat blog.ariff ni lepas raya, jadi takde cerita pasal berpuasa kat Moscow. Terus terang aku cakap, takdelah best sangat. Pengalaman hidup kat Moscow ni banyak yang tak best, tapi aku kongsikan jugak lah untuk korang.

Sahur

Bangun sahur kat sana ikutlah samada aku rajin bangun ke tak. Awal-awal memang rajin, tapi bila dah hujung-hujung macam biasalah semua tu pergi. Bergantung kepada musim, kalau musim panas macam sekarang ni, rasanya sahur sebelum pukul 5 pagi kot. Kan kat negara bermusim ni, siang dia lagi panjang masa musim panas dan pendek di musim sejuk. Jadi kalau berpuasa masa musim panas, memang seksalah. Maghrib masuk pukul 9-10 macam tu.

Makan masa sahur tu takdelah nak makan sangat. Paling simple, susu dengan koko crunch jelah, kalau tak megi, kalau tak roti. Alahai.. orang bujang macam ni manalah nak rajin nak masak pagi-pagi buta macam tu. Cuma kadang-kadang kalau aku ada masa dan rajin sikit nak masak, malam tu sebelum tidur aku buat la makaroni goreng ke, nasi goreng.. Kalau tak masa masak lauk untuk berbuka tu, masak lebih simpan untuk sahur sekali.

Paling penting bab sahur ni susu la sebab susu tu kasi perut penuh. Sebelum tidur pun biasanya dah minum satu dua gelas susu. Kat sana memang aku minum protein supplement dan gainer sebab pergi gym punya pasal, jadi malam memang kena minum supplement tu.

Berpuasa

Orang cakap berpuasa ni memang banyak dugaannya tapi aku kat sana dugaan paling besar adalah keletihan dan kelaparan la. Walaupun masa musim panas ni awek Russia semua pakai memang stok tak tutup semua (yelah panas punya pasal), takdelah aku ni nak bernafsu je sepanjang hari.

Orang cakap kena jaga mata, kalau tak kurang pahala tapi aku kat sana nak jaga macam mana kan. Pandang kiri nampak itu, pandang kanan nampak ini. Depan belakang tak payah cerita lagi la. Sebab dah terbiasa sangat dengan persekitaran macam ni, aku dah macam tak endah sangat. Lainlah kalau kat Malaysia, selalu je aku nampak kat public lelaki tua mahupun muda ni muka bernafsu habis bila tengok perempuan pakai tutup tak cukup ni. Entahlah.. Jadi aku tak rasalah pahala aku kurang pun kalau pandang kering-kering macam tu. Buat hal sendiri dan teruskan hidup sudah.

Bila dah balik kelas, memang penat sangat. Nak kena masak lagi. Aku paling benci nak masak time bulan puasa ni sebab dapur penuh. Kepada kawan Moscow sebelah bilik kalau ada yang membaca, sorrylah. Nak buat macam mana kan.. dah memang aku ni macam ni. Untuk mengelakkan kesesakan, biasanya aku akan masak awal. Senang. Masak awal ni elok sebab time tu dapur tak bersepah lagi, belum huru hara macam tongkang pecah. Kadang-kadang ada je insan yang tak reti kemas lepas memasak ni.. erm..

Masak satu lauk je.. Kalau datang seru, masaklah dua lauk. Lagi satu bila masak time ramai-ramai ni, adalah orang nak masak 3-4 lauk padahal orang lain tengah tunggu turn nak masak ni. Yeah.. Lagi satu tak best. Cuba dan tolonglah faham ye. Dapur tu dah la kongsi dan limited, kalau nak masak 10-20 lauk bila semua orang tengah tunggu nak masak tu macam tak patut la kan.

Berbuka dan Terawih

Berbuka pun nak cerita ke? Biasanya aku berbuka solo je. Roomate aku adalah out of question. Duduk depan komputer, pasang movie atau tv series yang baru download tadi dan berbukalah aku.

Kalau macam hujung bulan puasa tu, adalah buat majlis berbuka puasa satu batch. Makan kat surau tingkat 10. Time tu relax sket sebab tak payah masak. Yeay!

Terawih pulak, ikutlah aku rajin nak pergi ke tak. Tapi diorang memang ada buat pun kat surau tingkat 10. Kalau hari esok ada kelas, biasanya akan ada kerja yang perlu disiapkan, jadi memang tak dapatlah nak berterawih. Dulu sebelum dapat surau, solat terawih depan bilik aku sebab memang kawasan bilik aku tu kawasan orang Malaysia. Penghuni keempat-empat bilik kat koridor hujung hostel tu orang Malaysia. Time tu kalau ada meeting ke, buatlah kat depan bilik.

Jadi itulah cerita aku berpuasa kat Moscow. Takde yang istimewanya. Dalam hal ni, memang hujan emas di negeri sendiri la.

2010/2011 Premium Sponsor

50 Comments