Bernina Express adalah perkhidmatan keretapi panorama yang melalui banjaran alps dan glacier merentasi sempadan Switzerland-Italy. Terdapat sebanyak 55 terowong, 196 jambatan dengan sebahagian daripada laluan Bernina Express diiktiraf sebagai Unesco World Heritage atas sebab keunikannya yang tersendiri. Bernina Express adalah laluan wajib kalau di Switzerland kerana tak terlalu panjang dan padat dengan pelbagai pemandangan cantik sepanjang pergunungan alps dan glacier.
Saya gunakan Bernina Express sebagai laluan masuk ke Switzerland dari Tirano, Italy. Ada yang bertolak dari Switzerland awal pagi untuk menaiki tren Bernina Express dari Chur masuk ke Tirano, Italy dan patah balik masuk Switzerland mengambil tren yang sama.

check-out apartmen jam 11 pagi
Tirano adalah bandar yang tak ada apa-apa selain daripada merupakan bandar transit untuk Bernina Express. Walau bagaimanapun, lokasinya yang terletak di celah gunung-ganang menyajikan pemandangan yang tak kurang cantiknya.
Dengan Swiss Travel Pass, harga tiket ditanggung sepenuhnya untuk laluan Bernina Express dan anda hanya perlu membayar kos untuk tempahan tempat duduk sahaja (antara CHF10 – 16 setiap seorang, 50% off untuk kanak-kanak bawah 6 tahun). Tanpa Swiss Travel pass, harga tiket sehala untuk Bernina Express dari Tirano – Chur adalah sebanyak CHF63 (RM265), tidak termasuk tempahan tempat duduk.
Saya beli Swiss Travel Pass dari Klook.com. Dapat free gift travel adapter dan barangan lain. Trusted site.
Kalau ke Switzerland, travel pass adalah pilihan terbaik sebab sistem pengangkutan awamnya sangat efisyen. Kos memandu kenderaan dalam Switzerland adalah sangat mahal dengan kawalan undang-undang yang sangat ketat. Buat salah sikit memang terus kena saman.

Tiket kelas kedua dah cukup selesa sepanjang perjalanan selama 3 jam+. Kami bertuah sebab banyak seat kosong kerana sewaklu lawatan kami masih lagi shoulder season dan bukan musim cuti.
Seperti semua tren dalam Europe, anda boleh makan dan minum dalam tren Bernina Express asalkan jaga kebersihan.

Antara keunikan utama laluan Bernina Express adalah di Brucio circular viaduct, sebuah jejambat yang berbentuk bulatan. Pilih gerabak paling hujung untuk melihat sendiri kepala keretapi mendaki jejambat ini.

Kebanyakan jejambat ini telah dibina lebih 100 tahun yang lalu menggambarkan kemajuan teknologi pembinaan mereka pada masa itu membuna struktur yang rumit di celah-celah pergunungan tanpa peralatan yang canggih.
Kalau dengan anak-anak, eloklah bawa activity book untuk mengisi masa mereka. Budak-budak bukannya reti sangat nak appreciate pemandangan hutan alps dengan snow-capped mountains.

Setibanya di Chur, kami terus menaiki tren ke kampung Wolhusen yang terletak berdekatan dengan Luzern. Nanti sambung cerita Wolhusen dan Luzern. Tren ke Wolhusen juga percuma dengan Swiss Travel pass. Saya akan buat satu blogpost khas berkaitan Swiss Travel Pass nanti.
cantik betul pemandangan dkt sana… kena masukkan dalam travel list nanti.. blh la plan awal utk trip naik bernina express nanti…