Jalan-Jalan Eropah (Siri 16) – Berlin Free Tour

Reading Time: 2 minutes

Jalan-jalan Eropah diteruskan ke lokasi terakhir sebelum aku berangkat pulang ke Moscow. Untuk perjalanan pulang, aku ada dua pilihan samada menaiki keretapi dari Berlin ke Moscow atau kapal terbang. Atas sebab ingin menjimatkan kos dan mood adventurous aku takde, aku memilih untuk menaiki kapal terbang sahaja dari Berlin.

Tiket kapal terbang berharga 170 euro termasuk tiket perjalanan keretapi ekspres (25 euro) yang boleh digunakan di seluruh Jerman 24 jam sebelum/selepas tarikh penerbangan. Kalau ikutkan perjalanan sehala dari Biberach ke Berlin dah mencecah 190 euro, jadi aku memang beruntung di situ.

Perjalanan dimulakan dari Mannheim, sebuah bandar yang terletak berdekatan dengan Stuttgart. Kami bermalam di rumah seorang rakan warga Malaysia yang sedang menjalankan kerja praktikal di situ. Perjalanan dari Mannheim ke Berlin mengambil masa 5 jam berbanding 9 jam dari Biberach.

Wifi dan power socket disediakan. Adalah menjadi perkara biasa dalam ICE tengok orang buat kerja kat laptop. Orang sebelah aku siap boleh tulis program lagi..

Ekspress train kat sini yang dikenali sebagai ICE (Inter City Express) memang high class. Lebih baik daripada KLIA Ekspress dan berpuluh kali lebih baik berbanding keretapi kat Russia ni. Cuma satu benda yang tak best, setiap kali stop mesti ada orang check tiket kalau orang yang periksa tiket kita tadi bukan orang sama.

Sampai Berlin, perkara pertama yang dicari macam biasa adalah internet. Kalau ada internet senang, nak pergi mana-mana pun boleh. Selesai urusan di hauptbahnhof (stesen keratapi), aku terus pergi ke Bradenburg Gate untuk join free tour.

Free tour ni dibuat oleh sekumpulan individu yang menetap di Berlin (kebanyakannya pelajar) dan mereka buat duit daripada duit upah (tips) yang diberi oleh pelancong yang mengikuti tour mereka. Oleh itu, semua orang tak kira bajet boleh join tour ni dan bayar ikut kemampuan.

Tour yang aku ikuti dikelolakan oleh Sam, seorang pelajar dari Humbolt University, Berlin yang kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD dalam jurusan Sejarah. Agak bertuah sebab Sam memang minat tentang sejarah Jerman dan juga merupakan seorang yang agak kelakar. Serious tour tu langsung tak bosan dan aku rasa lebih bosan kalau aku pergi sorang-sorang untuk discover tentang sejarah Berlin.

Berlin terkenal dengan Bradenburg Gate, Holocaust Memorial dan Wall of Berlin. Free tour ni memang cover semua lokasi tersebut. Tak banyak gambar yang aku ambil sebab tak sempat beli bateri kamera, tapi banyak video yang diambil menggunakan Samsung Galaxy S.

Holocaust Memorial

Daripada tour tu juga aku belajar sejarah Berlin Wall. Tak sangka pulak dinding tu baru jatuh di penghujung tahun 80-an (1989). Kiranya baru lagilah tapi Jerman masih dapat berkembang maju.

Deutscher Dom

Aku kasi 5 euro je kat Sam walaupun aku rasa tour 3 jam setengah tu dan penerangan dia yang memang terbaik memang tak setanding dengan nilai yang aku bagi. Harap dengan menulis tentang perkhidmatannya dalam blog ini akan sedikit sebanyak dapat membantu dia. Aku memang rekemen perkhidmatan free tour ni dan tour-tour lain yang mereka anjurkan sebab ianya murah dan mudah difahami.

Lepas tour, terus balik ke stesen keretapi. Tak tau apa nak buat sangat malam tu sebab flight aku pagi, jadi tak boleh amik risiko sangat. So aku terus bergerak ke airport untuk tidur di sana setelah membaca review di internet.

 Nak je stay kat Berlin lama sikit lagi. Kalau boleh aku nak join semua tour yang ada, tapi takpelah. Mungkin di lain hari, lain waktu. Memang berazam nak datang kembali ke Jerman suatu hari nanti.. Info tentang tour boleh didapati dari laman web Berlin Free Tour.

Untuk video lain, boleh check out video channel blog.ariff.


Posted

in

by

Comments

19 responses to “Jalan-Jalan Eropah (Siri 16) – Berlin Free Tour”

  1. salman ahmad Avatar
    salman ahmad

    tips yg baik esp. berlin free tour by student, murah .

    akan cari guide ini nanti.wunderbar und auf wiedersehn.

    alles gut, ende gute.

    1. ariff Avatar

      Free tour tu ada banyak lagi di bandar utama lain sekitar Eropah. Highly recommended.

  2. chempaka Avatar

    really wanna round the world bile baca catatan pengembaraan nie..huh ~

  3. zulkbo Avatar

    Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
    selamat berpuasa buat sahabat,
    moga Allah permudahkan anda
    untuk beramal di bulan mulia
    penuh barakah ini…
    :)

  4. alex adriana Avatar

    wah, dah berakhir eh episod travel Jerman nih. mesti terasa kejap je kan. huhu

  5. abangensem Avatar

    Berbelit-belit lidah aku nak menyebut semua nama tempat yang ada dalam Jelajah Eropah ko tu Bro cuma satu je yang aku tak puas hati.. “kenapa takde langsung gambo awek yang ko amik?”..

    1. ariff Avatar

      Gambar awek takleh tunjuk dalam blog. hehe..

  6. Dari Kelate Ke Copenhagen Avatar
    Dari Kelate Ke Copenhagen

    Thank for the info.
    Plan nak pergi Berlin in this October

    1. ariff Avatar

      Join semua Sandemans Berlin tour tu. Murah dan berbaloi-baloi.

  7. el Avatar

    bestnye ko dapat gi berlin..aku tak smpt pun..huhuhu..anyway ICE mmg best..IC pun ada sediakan meja and soket.. aaaa Germany is a beautiful country with lots of nice people :)
    pulang ke moscow dengan selamat yeh :)

  8. mas Avatar

    sgt berbaloi utk dicuba. tq for the link!

  9. Syazwan Sarawak Avatar

    wow. free tour tu. kiranya macam lawatan sambil belajar eh?

  10. Pacifista - X Avatar

    kalau nak jalan2 kat negara orang ni,nak kena ada guide.kalau tak sesat nanti…

  11. iddin Avatar

    mau jalan2 juga satu hari nanti

  12. haiqal Avatar

    Yeah betul teka skrin laptop.Oyeah.Kalau tour guide free,mmg kena bagi ke or kau bermurah hati?

    1. ariff Avatar

      dah nama pun tip. Ikut keikhlasan & kemampuan nak bagi la. Tapi pada aku, kalau aku boleh kasi lebih lagi, memang dia layak dapat lebih lagi.

  13. ekspresiruang Avatar

    aku pon pernah duduk duduk depan srg eksekutif muda ni. buka je laptop terus sambung buat design dalam AutoCad. mmg xbuang masa diorang ni.

  14. Pacifista - X Avatar

    haha…kan betul bukan ipad tapi laptop.hehe…

  15. afiq aiman Avatar

    Wow. Dari pembacaan aku, Berlin boleh dikategorikan tempat wajib-lawat! Teringin jugak nak travel jauh2 ni.