
Facebook Timeline memudahkan orang lain untuk melihat segala public status dan pergerakan public anda dalam Facebook sejak anda mula menggunakannya. Kenapa saya tak guna? Malas nak go through status lama untuk padam apa yang tak patut dan outdated.
Cuba ingat balik, dalam status lama Facebook anda, mungkin ada:
- Status tangkap leleh masa zaman pra-matang bercinta dengan orang lain dulu
- Status maki orang sebab gaduh dengan orang lain kat Facebook. Nampak childish sangat
- Status-status lain yang tidak sesuai dibaca oleh ahli keluarga (dulu mak ayah adik beradik mana ada akaun Facebook)
- .. dan lain-lain yang sewaktu dengannya
Jadi sebelum gunakan timeline atau masa mula gunakan, silalah pastikan status-status lama ni tak memalukan diri anda. Sangat mudah sebenarnya nak go through status ikut archive tahunan dan bulanan kalau dah start guna Timeline. Kalau yang guna layout lama, nak baca status bulan lepas pun dah cukup terseksa.
Dan kemudahan ini sangatlah sesuai untuk memudahkan stalker anda (kalau ada) untuk mengorek apa-apa maklumat dalam status Facebook lama anda.
Sekadar peringatan kepada semua =) Take care.
Nota: Atas permintaan pembaca, saya dah lakukan beberapa carian tentang cara untuk disable Timeline. Malangnya, ciri ini adalah salah satu ciri yang akan dipaksa kepada semua pengguna Facebook (seperti pembaharuan yang lain) dalam beberapa minggu lagi. Jadi, bila dah dapat Timeline, adalah digalakkan supaya Timeline anda ditapis terlebih dahulu.

Comments
55 responses to “Berhati-hati Bila Menggunakan Facebook Timeline”
x pandai la guna tweet nie..
hati-hati la bila menulis dalam FB,elakan mengguris hati orang lain,khasnya bila buat komen kat gambar orang.
agree that.nice blog:)
hoho..tak berapa suka facebook timeline ni.
thanks 4 remembering
bila perubahan itu berlaku ….secara perlahan-lahan kita akan biasakan diri (adpat ) dengan ciri-ciri baru tersebut…. ;-p
Saya nak tukar balik facebook profile tu guna layout lama,tapi tak boleh..saya tengok kebanyakan profile yang di tukar jadi timeline ni pasal dulu pernah tukar layout jadi timeline. Rasa menyesal pula dulu tukar layout. Lagi satu guna timeline ni,pening nak tengok profile.
aku tak kesah. tak ada apa yang perlu dimalukan atau disorokkan. kalau ada orang mahu lihat. Sila, sila..haha..
Elakkan memberi maklumat lengkap or sensitif data di FB. Personally, aku sangat prananoid dgn medium sosial app yg ada sekarang ini. Gunakan ia dgn cermat, ia mungkin berguna untuk kita semua.
aku still layout lama la..hari tue ada dengar orang cakap, fb kite akan automatik bertukar ke timeline even kite sendiri tak tukar..betol ke?leceh la macam nie..layout lame lagi ok kot..
setakat hari ini, facebook masih suci murni, jadi tiada apa2 kenangan silam yang perlu disorokkan…. biasa gunakan kata2 ‘berfikir sebelum menulis’
marah, suka duka, gembira – amat berhati2 untuk dizahirkan melalui media sosial.
Mmg nampak keburukkan timeline fb ni dan kalau leh mmg takmo tukarlah kn. tp cmne kalau dorg wat auto je tuka timeline ni tanpa kebenaran user?
kita guna dorang pny produk so kita kena ikut dorangla..lgpn dorang bg kita pki fb ni secara free. so nk tak nak kita kena ikut some change yg dorang bt…
klux, just deactive je fb tu..dorang cuba utk musnahkan kita dlm keseronokan.. ;)
memang tak leh disable…ada option untuk setting korang punya privacy, tak effective sangat tapi boleh la
tunggu dah force to use TL baru la aku terima dengan hati terbuka.. sekarang ni malas nak tukar2… biar auto je lahh..
There is nothing to be ashamed of good & bad memories.. History will remain as a history.. history shapes the future and memory is what is left when something happens and does not completely unhappen. Never denied of what we were, everybody went through ‘ignorance’ phase in order to become knowledgeable. A person is never happy except at the price of some ignorance. Viva la Vida.
ala, kalau nak privasi senang je, remove friends dengan orng yg kita tak kenal, tu jer…kot, hehehe
info baik. jazaa kallahu khaer
Lain orang lain pendapat,lain orang hati serta perasaan
aku malas nak tukar lagi..pakai jela yg lama dulu..tunggu tukar sendiri jela..hehe
errmmmm…rasa2 memang tadek stalker pun.hehe comfirm ni.
rasanya timeline dah jadi default.. takleh reverse kot.. apa2 pun aku suka timeline sebab ada cover yang besar gedabak, designer2 memang suka. Pasal privasi, kalau dah susah sangat, tak payah kot ada FB.. pakai twitter je. Bagi aku tak ada yang nak disembunyikan sangat melainkan no telefon & alamat rumah..
Bro, saya sedih try facebook timeline. tak dapat menggunakan layout lama T.T
betul juga tu, status lama yang agak sensitif atau memalukan kena remove dulu satu per satu kalau nak guna timeline ni. kot2 nanti ada yang terungkit balik
saya tak suka layout timeline tu…pening nak baca..gambar pon jadi tak cantik…tp, semua orang akan wajib guna ker? atau sekadar option
nasib baik aku dah x de facebook. kalau ada pun, status emo mmg selalu didelete x smpai 24 jam.. haha
hehe.. Jalan penyelesaian yang terbaik
haha.betul.betul.bila terbaca semua status lama tu, malu sendiri.haha.dgn bahasa yg entah apa-apa.yg jiwangnya lagi.haha.mmg tak berapa nak matang kot.alahai. mcm mana nak buatkan.mmg kena terima juga timeline.harap tiadaa stalker tegar.hehe.
inilah salah satu penyebab kenapa delete fb.. hehee.. status status lama yang merunsingkan jiwa.. hahaa~ nak delete satu2 penat ahh~ last2 decide utk delete fb terus..!
seriously mmg tak suke dgn timeline FB nie…asal rajin sgt Mark nie nak tukar2 layout..adoi byk kot status nak kena buang…hurmm..berfikir mcm nak buang FB account…
timeline paksa ke? x pon..smpai skrng saya x klik utk ubah kepada timeline..still klasik n proud of it :)
Layout dah macam Friendtster pula kalau tengok. The reason orang suka fb ialah sebab kelainan dia dari friendstar, masa mula popular dulu la. But now dengan adanya Timeline (dah ler secara paksa), tak mustahil populariti fb akan jatuh macam friendster dulu. And what more interesting, tahun depan akan ada iklan berbayar (sponsored ads) yang diletakkan kat new feed pengguna fb.
da mcm blog pulak fb timeline ni. erm, mmg senang la stalker nak tgk segalanya-segalanya! haha. :D
cane nak tapis timeline ni? so far, aku lum guna lg timeline fb ni…tunggu paksaan je =.=’
Aku dah guna FB timeline ni.
Bila aku start guna sahaja, benda pertama yang aku cari adalah bagaimana nak mengekang sumber-sumber luar, terutama yang melibatkan privasi daripada orang luar baca. Lucky me takde stalker (untung jadi tak cantik. mih mih mih).
Dan ya, macam kamu kata, benda ni akan dipaksa guna, benda paling menyampah adalah status lama pun ada orang LIKE lagi. Kegilaan apakah ada orang perangai merepek begitu sekali? =.=”
Mungking saya tidak ada terkesan mengenai Facebook kecuali sudah tentu tidak layak untuk menyertai Contest atau Giveaway blog kerana tidak ada akaun Facebook. :-)
Ada juga perasaan kekecohan pasal timeline ni.malas nak cuba,lagi pun fb dah rasa macam memboringkan sejak akhir2 ni.
jarang update status, rasanya tak de status yg melampaui batas kot
setuju sgt.. dah la nampak serabut… serius baik x yah pkai.. makin xde privasi… yg lama lagi bagus…
Jangan risau, ada je cara nak remove timeline nie..
berapa lama pun boleh patah balik. sampai masa dia jadikan sebagai default.
Kalau tak salah, tak perlu takut akan semua itu. ^^
aku pon x gunakan pon fungsi nih
Oo begitu, terima kasih Ariff.
Menakutkan juga ni sebab ada je stalker. Dulu2 tulis status pun emosi bagai. Haha~
Nasib baik tak tukar lagi. Tapi dengar2, diorang nak laksanakan juga pada bulan Jan ni kalau tak silap.
Ha.. nasib baik. Tapi kalau facebook tukar suruh semua orang guna, kenalah delete status yang lama2 tu. Ingatkan kawan2 lain
Ok, terima kasih. Akan dipanjangkan kepada kawan-kawan yang lain =)
betul juga tu.. hehe.. tapi best la time line bila mudah nak melihat kisah lampau.. kena jadi pengguna FB yang baik…
camne nk disable timeline ekk? hehe
Nanti kalau ada cara aku letak sini
best gak timeline ni….
naseb baik sy kurang update status emo2 ni…jd kuranglah sikit kerisauan hehehe
biasanya perempuan banyak..
btol tu, bro. setuju sgt. menda ni kdg2 bila dh sampai peringkat sedang matang ni, perkara2 lama mls nk dikenang
kalau dah buat fb timeline, ada cara ke untuk ke fb layout yang lama? kalau ada boleh share tak bro?
oh. yang tu tak pernah explore pulak sebab belum try lagi Facebook Timeline ni. Try tanya Amanz. Mungkin diorang ada solution
nasib x pakai lagi.benda tu nampak agak serabut.