Lebih Bergaya Dengan Nombor Pendaftaran Peribadi Tahun Hadapan

Reading Time: < 1 minute

Kalau sekarang ni semua orang tengah sibuk dengan nombor pendaftaran kenderaan WWW, saya pula lebih teruja menunggu sistem Nombor Pendaftaran Peribadi (NPP) atau dalam bahasa Inggerisnya Personalised Plate Number (PPN). NPP ni dah lama digunakan di luar negara terutamanya di US & UK.

Disebabkan terdapat permintaan yang sangat tinggi untuk nombor pendaftaran istimewa (ramai sebenarnya orang Malaysia yang kaya raya) sehingga dikatakan nombor pendaftaran untuk WWW1 boleh mencecah sehingga RM500,000, sistem ini adalah sangat digalakkan kerana boleh menguntungkan JPJ untuk jangkamasa yang panjang.

Walau bagaimanapun, kita tak tahu lagi sistem yang macam mana akan digunakan. Seeloknya biarlah terdiri daripada kombinasi huruf dan nombor dengan jumlah lima atau enam patah untuk memudahkan pengguna memilih nombor pendaftaran ekslusif mengikut kreativiti mereka.

Sekadar yang dapat saya fikirkan semasa menulis entri ini. Saya percaya anda lebih kreatif

Perlu fikirkan nombor pendaftaran peribadi yang sesuai untuk superbike saya nanti. W4KLU tu macam stylo gak. Jangan curi ye!


Posted

in

by

Comments

31 responses to “Lebih Bergaya Dengan Nombor Pendaftaran Peribadi Tahun Hadapan”

  1. Hafizul Avatar

    Wahh.. Rakyat malaysia sudah kaya raya ekk. Haha..

  2. zah SJ Avatar
    zah SJ

    yang ku nak cumaa nombor plat Z4H 1123 :P

  3. ProfHariz Avatar

    Em. Em. Nak try HAR 15 :)

  4. Mus Avatar

    silap-silap harga no. plat lebih mahal dari kereta tu..

  5. Fazreen Avatar

    kalau macam tu aku mau een atau 33n tak pun fazr33n

  6. Amir Said Avatar

    Kat Australia dah ada NPP ni. kawan aku beli kereta Mazda, guna no plat Amzar 9.

  7. sutera Avatar

    cayalah boleh pilih no plat sendiri nnti hehe

  8. Ekspresi Ruang Avatar

    mmg byk yg berkenan nk ltk kat kereta.
    tp kalau sampai nk kena tender puluh2 ribu, rasanya tak berbaloi kot.
    ntahlah, mungkin ada jugak yg suka buat cmtu utk kepuasan sendiri.
    lgpon money is worth when it has been spent. kalau stkt simpan dlm bank just bley tgk nilai je. huhu

  9. Zarul Umbrella Avatar

    WWW1 – RM500k tu…fuhhh

  10. noorsyamsul Avatar

    NPP yang cantik memang menjadi idaman setiap orang. cuma bila memikirkan tentang duit yang perlu dikeluarkan, mungkin ramai yang membatalkan hasrat dihati…

  11. fiq09 Avatar

    Nice blog, Gua suka baca blog anda haha.
    great. We all support blogger macam anda. Teruskan perjuangan dalam online marketing bro.

  12. arrizz Avatar

    RU M4D

    hehe..

  13. hatiputera Avatar

    terlalu mahal untuk membeli nombor plate peribadi,,kalau dapat duit terpijak bolehla kot,,,,

  14. donnyien Avatar

    cantik plat www ni, sama cantik dengan harga tersebut

  15. Sya Isya Avatar

    Err.. tak nak lah NPP ni. hehe… no yg ada sekarang pun dah ok, cantik dah :D Tapi kalau ada NPP ni memang stylo lah.

  16. titan Avatar

    hoho..aku pernah nak beli dulu. tapi bila fikir harga mahu dekat 4-5 ribu juga..kira kansel la. haha..

  17. Yuyu Avatar

    aku rs boleh pilih combination nombor&huruf/nombor shj/huruf shj and max 6 characters..i think..

    so aku book | Y SO SAD | :) and | LOVE YA |

  18. Anwar Osman Avatar

    Agak2 sapa la dapat plate WWW 404 ek? Ni mmg klu JPJ cari x jumpa punya sebab dlm database tulis “car not found”.
    Tapi kalau private number aku prefer nama aku tapi kompom mahal gila. Heh..!!!

  19. budakserius Avatar

    Best kalau ad no sendri.HAHA

  20. akhiyy Avatar

    nak beli no plate cantik kene ade duit yang cantik..huhu..so aku tak dpt memilikinya..

  21. Shahrul Avatar

    macam membazir je no plate mahal2, tapi gaya tu penting :D

  22. azriMy Avatar

    garang gila guna NPP nama W4KLU

  23. azmanisma Avatar

    ramai yg setuju.Saya pun nak nombor sendiri.

  24. Fahmi Raazali Avatar

    Siapa ada duit lebih bolehlah beli NPP. Kalau orang biasa nak beli kena fikir berkali-kali sebab ia bukan satu keperluan pun. :-)

  25. Nadhirah Avatar

    dulu kt uk, guna prvte plate juga. org bg hdiah .. L4 WAL. balik mlysia, xdpt guna dh.. syg btull..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      alahai. ruginya..

  26. akubiomed Avatar

    Bro sudah pasang angan-angan untuk sambar Superbike. Sudah boleh fikir nombor plate yang menarik. :-)

  27. Anarm Avatar

    smart jugak dapat no.plet W4KLU.. hahaha..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kalau jpj baca pun mesti panas je hati

  28. MK Kimi Avatar

    agak2 KIM 1 boleh smpai RM500,000 tak? haha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      tak kot. sebab tak popular :P